BAB 16

2.1K 83 1
                                    


And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...

_____________________________________________

•            •            •


    YASSIN melabuhkan duduknya di atas kerusi. Lelah melayan beberapa pesakit tadi masih terasa.

   Seketika bayangan wajah seorang gadis terlintas di fikirannya. Senyuman kecil terbit di bibir jejaka itu.

    "Hmmm....siapa eh gadis tu?" soalnya sendirian. Dipusing pusing kerusinya itu selaju lajunya akibat kebosanan yang melanda dirinya sekarang itu.

   Jejaka itu langsung tidak menyedari kehadiran Nazril di dalam biliknya itu. Anak saudaranya itu melemparkan pandangan pelik.

    Kening tidak gatal milik Nazril digaru garu. Matanya memandang simpati bapa saudaranya yang masih tidak henti henti memusingkan kerusi. Keluhan kecil dikeluarkan, ini mesti sakit.

     "Hoi! Berangan" tepukan kuat di meja Yassin membuatkan jejaka itu terkejut besar. Akibatnya membuatkan jejaka itu terus berdiri di atas kerusinya sambil membuat gaya ultraman.

    Ketawa besar Nazril meledak, latah bapa saudaranya itu sentiasa menghiburkan hati. Aduh duh, perutnya sakit kerana terus menerus ketawa.

    "Kau ni kan, ada juga yang makan penumbuk aku nanti" Yassin kembali membetulkan duduknya. Sorot mata Yassin jatuh memerhati Nazril yang masih dengan sisa sisa ketawanya itu.

     "Wahai tuan pengarah, dah tak ada kerja ke datang bilik ni?" jejaka itu menyoal. Tangan disilang di dada lalu badannya disandarkan di kerusi.

    "Aku tak ada kerja, kalau ada sekali pun aku takkan duduk sana. Kau tahu, kalau hantu cina itu nampak aku, haiyaa tak mampu aku nak bayangkan apa yang akan jadi lepas tu" bulu romanya menegak apabila wajah seseorang tebayang di fikirannya.

   "Banyak pula alasan kau" bibir dicebik. Tiba tiba dia terasa kepalanya diketuk. Dia terus mengaduh sambil memegang kepalanya.

    "Kenapa kau pukul bapa saudara kau yang rupawan ni" jejaka itu mengaduh kesakitan. Wajah comelnya ditayangkan

     "Eee, kau buat muka macam tu lagi aku lempar kerusi ni, meremang tau tak"

   Yassin mencebik, usianya dan Nazril tidak jauh bezanya. Jadi atas sebab itulah Nazril dianggap seperti sahabatnya sendiri walaupun secara faktanya jejaka itu adalah anak saudaranya sendiri.

      "Dah kau pergi buat kerja tu. Aku banyak kerja lagi ni. Sekejap lagi aku ada temu janji dengan pesakit. Kau tak apalah, Tuan pengarah" halau Yassin. Nazril terus bangun dari kerusi.

      "Kalau aku tak nak?" cabar Nazril. Dia tersenyum sinis. Yassin membalas senyuman sinis Nazril. Dia mengakat telefonnya pelahan lahan.

      "Okey kalau macam tu, tadi si Farisya call aku tanya kau dekat mana. Dia cakap kalau nampak sayang dia minta call dia. Tak salah kan aku tolong dia??" senyuman sinis terukir di bibir apabila wajah cuak Nazril tertangkap di matanya.

     "Okey okey aku pergi ni" cebikan diberikan kepada Yassin, sekarang dia kalah.

   Pintu bilik Yassin dikuak, Nazril menjegulkan kepalanya keluar, lorong itu dipandang. Nafas lega ditarik apabila susuk tubuh Farisya tidak kelihatan
 
    Segera jejaka itu mengorak langkah untuk pergi dari situ. Dia menyiul keriangan, aman hidupnya tanpa kehadiran si minah itu.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now