Nasuha menarik nafasnya. Dadanya sesak. Dia meramas ramas tangannya. Dia menghembuskan nafas dan terus melangkah masuk dengan kaki kanannya.
"Okey, korang semua boleh jawab sekarang" dia menarik nafas. Pen yang dipegang terus menari nari di atas kertas.
"Oit, Nas. Amacam tadi susah tak?" soal Aleya. Macam biasa dia terus melabuhkan punggungnya di hadapan Nasuha. 'Dia ni kalau tak terkejutkan aku sehari memang tak sah la jawabnya' bisik Nasuha.
"Salam mana salam cik adik yang ku sayang" balas Nasuha. Dia menghirup jus oren di hadapannya.
"Assalamualaikum" balas Aleya sambil tersengih.
"Ha waalaikumussalam cik Aleya ku" jawab Nasuha dan membuatkan mereka ketawa. Mereka berdua terus memesan makanan memandangkan Aleya lapar. Makan banysk tapi tetap kurus macam tu jer.
"Wei, amacam tadi. Susah tak?" soal Aleya sebaik sahaja mereka keliar dari cafe.
"Setakat ni aku oleylah. Alhamdulillah la boleh jawab semua. Kau?" soal Nasuha."Aku pun okeylah. Apa yang aku study semua masuk" balas Aleya.
"Eh, wei. Jom gi kampus. Study untuk esok" balas Nasuha. Mereka berdua terus menuju ke kampus.
"Ermm...akak" Nasuha yang ralit mengulang kaji terus mengakat kepalanya memandang budak junior di hadapannya. Pen diletakkan di atas meja. Tubuhnya beralih memandang budak junior tersebut."Er, Liza. Kenapa yea?" soal Nasuha sambil tersenyum. 'Apasal pulak budak junior nak jumpak aku ni?' soalnya di dalam hati.
"Ni ada sorang senior sebaya akak bagi bunga dengan coklat" Liza terus menghulurkan coklat dan sekuntum bunga ros.
"Sapa bagi?" soal Nasuha. Dia memandang bunga dan coklat di tangan Liza.
"Dia kata dia tak boleh beritahu" jawab Liza. Nasuha mengambil coklat dan bunga ros di tangan Liza. Liza tersenyum"Uh, thanks Liza" balas Nasuha dan menyambut huluran Liza. Liza menundukkan sedikit kepalanya dan terus berlalu pergi.
"Siapa bagi tu?" soal Aleya. Nasuha mengakat kedua dua bahunya tanda tidak tahu.
"Entah. Aku pun tak tau. Dulu selalu lah dapat. Tapi sejak masuk tahun baru aku tak dapat dah. Tapi sekarang ni aku dapat pulak coklat lah, kad berbau wangilah ataupun bunga. Sapa pulak yang bagi ni?" soal Nasuha sambil membelek coklat dan bunga ros.
"Assalamualaikum" Amier tersenyum memandang Aleya dan Nasuha. Dengan muka selambanya dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Nasuha. Senyumannya terus mati bila melihat bunga ros dan coklat di tangan Nasuha.
"Lelaki mana bagi tu?" soal Amier. Nadanya seakan akan cemburu. Aleya tersenyum.
"Ha?. Ni. Entah saya pun tak tahu" balas Nasuha selamba.
"Buanglah. Buatnya ada dia letak apa apa ke dekat bunga dengan coklat untuk buat awak suka dekat dia mana kita nak tahu" balas Amier selamba.
"Ha tu, buang jelah. Dulu kau dapat kau buang je. Mana pernah kau SIMPAN semua tu. Dulu takpa la tak ada orang cemburu. Sekarang ni dah ada dah orang cemburu" balas Aleya yang masih tersenyum. Amier menggarukan keningnya yang tak gatal.
"Memang nak buang pun" balas Nasuha dan terus meletakkan bunga dan coklat di sebelahnya.
Mereka bertiga terus mengulang kaji semula.
"Hoi" Izian mengakat muka dengan malasnya. Dia mengakat kening memandang lelaki di hadapannya.'Buat menyemaklah mamat ni' bisiknya.
"Apa lagi?" soalnya dan kembali membelek laporan kesihatan pesakitnya. Nazril terus duduk di atas kerusi di hadapan Izian.
"Esok kau free kan?" soal Nazril. Izian hanya menganggukkan kepalanya. Malas nak cakap banyak.
"Esok kau ikut aku. Make sure kau pakai tudung dengan baju kurung" balas Nazril.
"Hah, untuk apa?" soal Izian. Pelik mendengar apa yang diberitahu Nazril.
"Kita nak pergi jumpak umi aku" jawab Nazril selamba.
"What?!"
"Ish kau ni. Buat aku terkeju jer. Tak boleh bantah. Kau kena ikut aku jugak. Esok aku ambik kau dekat rumah" balas Nazril selamba dan terus berlalu.
"Eh kejap" Nazril terus beralih memandang Izian sambil keningnya diangkat.
"Kau tau ke rumah aku kat mana?" soal Izian.
"Aku kan pengarah. Semua biodata pasal kau ada jer dekat tangan aku" balas Nazril. 'Erh, bajetnya' bisik Izian. Dia kembali menyambung kerjanya.
"Ha!" Amier terus melabuhkan punggungnya di sebelah Nasuha tanpa menghiraukan pandangan maut.
"Hish, nasib saya tak ada sakit jantung kalau tak..."
"Saya meninggal dekat sini ha. Awak jugak yang susah. Betul tak?" balas Amier seperti sudah menghafal apa yang hendak dikata oleh Nasuha.
"Malaslah layan awak. Saya pergi naik atas dulu. Nak study. Esok exam" Nasuha terus berlalu menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas.
"Ray, Ray sayang" Amier terus memandang wanita di hadapannya. Masih segak walaupun sudah berusia 30 tahun lebih.
"Ibuu!" pantas anak kecil itu memeluk wanita yang dipanggil ibu.
"Ibu kenapa tak balik haritu. Ray rindu ibu tau. Ibu dah tak sayang Ray ke?" soal anak kecil itu. Wanita itu terus tunduk. Dia memegang lembut pipi anak kecil itu.
"Mana ada ibu tak sayang. Ibu sayang Ray lah. Ray janji dengan ibu yang Ray akan dengar cakap aunty. Okey" balas wanita itu lalu memandang mata bulat anak kecil.
"Ray kan kuat. Ibu nak pergi mana ibu. Ibu jangan tinggal Ray sorang sorang. Ibuu!!!!"
"Ibuu!!!" Amier terus tersedar. Dia memandang jam di dinding. Dia teris meraup wajahnya yang berpeluh walaupun bilik itu mempunyai aircond.
"Ya allah. Apa yang aku mimpi ni" soalnya sendirian.
"Baru pukul 2 pagi. Kenapa dengan mimpi ni. Apakah pertunjuk yang engkau hendak tunjuk dekat aku ya allah" soalnya sendirian walaupun dia tahu soalanya takkan dijawab oleh sesiapa.
******************
Heyyooooo, assalamualaikum. Author nak mintak maaflah sbb lambat update. Sepatutnya author update pagi tadi. Tapi disebabkan author sakit kepala dgn batuk batuk. Tu yg author update malam ni. Sorry...
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...