setahun sebelum kemalangan..."Rauhah" panggil Nasuha. Dia terus menuruni tangga dengan payahnya. Almaklumlah sekarang nih kandungan dia dah berusia 8 bulan. Doktor pun kata dia kena bersedia awal awal.
"Yea kenapa??" soal Rauhah. Dia memandang Nasuha yang baru keluar dari bilik. Haih, tengah hari nih baru nampak batang hidung dekat rumah kalau cuti. Selalunya Nasuha akan terperap je dalam bilik bila waktu cuti.
"Tolong aku jap" balas Nasuha. Dia terus menghampiri Rauhah.
"Ubat tidur aku dah habis" ujar Nasuha. Dipandang wajah Rauhah.
"Series arh dah habis. Cepatnya. Wei tak elok kau makan ubat tidur nih. Membahayakan kesihatan wei. Tambah lagi kau tengah mengandung sekarang nih" balas Rauhah. Risau dia dengan keadaan sahabatnya yang sekarang nih.
"Alah, aku tak boleh tidur. Susah" balas Nasuha. Dipandang wajah sahabatnya itu. Rauhah turut memandang wajah Nasuha dengan simpatinya. Dapat dia lihat sesuatu yang dipendam melalui mata sahabatnya itu. Dia terus mengeluh.
"Aku tak kenal kau dah, Nas" balas Rauhah pelahan. Dia terus melarikan anak matanya dari memandang wajah sahabatnya.
"Aku tak faham" ujar Nasuha. Berkerut wajahnya sedangkan dia tahu apa maksud yang tersirat di sebalik kata sepupu yang merangkap sahabatnya itu.
"Kau dah berubah Nas. Kau kenapa??. Kalau ada masalah ceritalah dengan aku. Buat apanya kalau aku ikut kau tapi kau tak anggap aku macam sahabat kau. Aku rasa macam aku nih tak berguna sebagai sahabat aku. Buat apanya kalau aku ikut kau ke sini tapi aku tak berguna untuk kau. Aku ikut kau sebab aku tau kau akan jadi bergini. Sekurang kurangnya beban kau kurang sikit kalau ada aku tapi tak rupanya" balas Rauhah. Dipandang wajah sahabatnya itu.
"Maaf" ujar Nasuha pelahan. Dia terus menunduk. Tidak langsung menatap sepasang mata yang sedang memandangnya.
"Aku bukan apa tapi kau dah membahayakan kesihatan kau dan kandungan kau. Bahaya untuk bayi kalau kau macam nih saja. Kau nak ke kehilangan anak nih??" soal Rauhah. Pelahan lahan wanita di hadapannya menggelengkan kepala. Rauhah mengeluh.
"Aku mintak tolong sangat sangat. Tolong kembalikan Nas yang dulu. Aku tak nak Nas yang macam nih. Aku dah tak nak...kehilangan orang yang aku sayang Nas. Aku dah cukup menderita dah. Bagilah aku rasa bahagia pulak" balas Rauhah. Dia cuba membuang kenangan pahit di mana semua ahli keluarganya mati di hadapan matanya.
"Allah takkan uji hambanya kalau hambanya tak boleh tahan. Kalau Allah uji kau macam nih maknanya kau boleh. Kau kuat. Aku tau kau sakit. Sakit sangat dekat dalam nih" ujar Rauhah. Dipandang wajah sahabatnya itu. Ada sendu di sebalik anak mata kelabu itu.
"Aku boleh kuat takkan kau tak boleh. Kau boleh Nas tapi keyakinan kau tak ada. Cubalah kau bangun semula macam mana kau bangun sewaktu abi dah tak ada" ujar Rauhah.
"Nas yang aku kenal tak pernah tau apa tu erti putus asa. Dia tak pernah mengalah dan sentiasa senyum walaupun dugaan datang" ujar Rauhah. Dia memegang kedua dua pipi Nasuha. Diukirkan senyuman manis kepada sahabatnya itu.
"Senyum sikit" Nasuha terus mengukirkan senyuman manis. Terus dipeluk tubuh Rauhah. Disembamkan wajahnya di bahu gadis itu. Tersendu sendu dia menahan dari menangis. Tapi dia tewas juga. Air mata nih degil sangat nak keluar.
"Nangislah. Aku selalu ada untuk kau selamanya. Aku tak suka tengok sahabat aku pendam segalanya. Rasa aku bukan sahabat yang baik. Kan kita nak masuk syurga sama sama" balas Rauhah. Dia menepuk pelahan pelahan belakang Nasuha. Biasalah wanita yang mengandung emosi dia lebih lagi.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...