"Maaf??" terkebil kebil dia memandang dua orang lelaki di hadapannya. Ada sesuatu ke?? Siapa mereka?? Dan kenapa terkejut sangat nampak dia??"Err...maaf, kita pernah berjumpa ke??" soal Nasuha. Dipandang wajah dua orang lelaki yang kacak itu.
"Nasuha??" soal Amier. Dia memandang wajah Nasuha yang tidak berpurdah itu. Dia pasti ini adalah isterinya.
"Ya saya memang Nasuha tapi orang panggil saya Humaira kebanyakkannya. Tapi Nasuha itu hanya untuk orang yang saya kenal dan rapat" balas Nasuha.
"Maaf tapi saya kenal awak ke??" soal Nasuha. Berkerut wajahnya memandang dua orang lelaki itu. Dipandang Rauhah sekali lagi meminta penjelasan.
"Ni abang. Nas tak kenal abang ke?? Suami Nas" soal Amier bersungguh sungguh.
"Maaf, suami saya dah meninggal" ujar Nasuha. Terus terduduk Amier. Terkedu Ammar memandang Nasuha.
"Tapi muka awak macam saya pernah tengok. Kita pernah kenal ke?? Atau pernah berjumpa ke??" soal Nasuha. Dia memandang Ammar. Dipandang wajah itu dengan teliti.
"Saya Ammar, Maira. Rakan baik awak sewaktu kecil" balas Ammar.
"Awak, Paan!" ujar Nasuha. Terkedu Ammar buat kali ke dua. Dia turut memandang ke arah Rauhah meminta penjelasan dari gadis itu. Hampa nya dia apabila gadis itu hanya mendiamkan diri.
"Boleh kita mulakan meeting. Saya nak cepat lagi nih. Banyak kerja lagi" ujar Nasuha. Ammar menganggukkan kepalanya. Dia memandang Amier yang tampak terkejut.
"Wei, boleh kau terangkan dekat aku sekarang siapa lelaki yang gelarkan dia tu suami aku?? Kau kata suami aku dah meninggal dunia sebelum aku kemalangan 4 tahun yang lepas" desak Nasuha. Tajam matanya menikam wajah Rauhah di hadapannya."Betul suami kau dah meninggal sebelum kau kemalangan lagi. Dan aku pun tak kenal siapa lelaki tadi" ujar Rauhah takut takut. Bersungguh sungguh dia menegakkan apa yang dikatakannya. Nasuha mengeluh.
"Baiklah aku percaya" ujar Nasuha. Rauhah menarik nafas lega. Nasib Nasuha memepercayainya.
"Eh, jom Mierul dengan Ain tengah tunggu dekat bawah" ujar Rauhah. Nasuha menganggukkan kepalanya dan mereka berdua terus menuju ke lobi. Kelihatan Ain dan Amierul sedang bersembang dengan seorang mak cik cleaner. Ramah sungguh dua orang budak itu.
"Mierul Ain jom balik" panggil Nasuha. Dia merapati anak anaknya. Dia turut menundukkan kepalanya sedikit kepada mak cik cleaner itu.
"Mama!" terus Ain dan Amierul memeluk ibu mereka. Tergeleng kepala Nasuha dengan telatah anaknya itu.
Rauhah hanya mendiamkan dirinya. Rasa bersalah di hati mula bersarang. Dia mengeluh. Ya allah apa yang dia dah buat.
"Jom singgah Giant dulu. Nak beli barang sikit untuk ummi nanti" balas Nasuha. Rauhah terus tersentak. Pantas dia menganggukkan kepalanya.
"Mama, jom kita pergi beli mainan. Ain nak barbie" terus Ain menarik hujung baju Nasuha.
"Mama Mierul nak nak robot" Amierul terus menarik lengan baju Nasuha juga. Nasuha tersenyum. Dia terus memandang Rauhah.
"Kau pergi dulu kejap. Aku nak tengok mainan kejap" ujar Nasuha.
"Mak cik pergi dulu. Kami nak pinjam mama kejap" ujar Amierul dengan petah. Rauhah tergelak kecil dan terus berlalu pergi.
"Ain nak yang mana???" soal Nasuha. Dia memandang ke arah anak perempuannya yang sedang membelek anak patung barbie.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...