BAB 61

1.3K 59 11
                                    


     "Mier dah rancang. Kitorang akan bernikah hujung bulan nih" ujar Amier secara tiba tiba di meja makan. Nasuha terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya secara bersahaja. Ammar mendiamkan dirinya. Ada kalanya dia akan mengeluh.

    "Ikut Amier lah. Papa okey sahaja. Buat dekat masjid nih je lah" ujar Tan Sri Azan. Nampaknya dia sudah tawar hati. Fikirnya Amier akan mengubah keputusannya tapi tak rupanya. Haih...

    
     "Papa nak pergi masjid dah ke??" soal Nasuha. Tan Sri Azan tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Sejak dia memberikan syarikatnya pada Ammar dia mula menjejakkan kakinya ke masjid. Nasuha dan Ammar pun selalu mengikutnya. Kadang kadang kalau isterinya rajin isterinya pun turut akan mengikutnya.

    "Ha'ha. Jom cepat bersiap. Papa tunggu" ujar Tan Sri Azan. Terus Nasuha tersenyum. Pantas dia menuju ke biliknya untuk bersiap.

     "Jom papa" balas Ammar. Dia memebetulkan songkok di atas kepalanya. Tersenyum Tan Sri Azan melihat perubahan secara mendadak dari Ammar. Sungguh sifat itu masih lagi ada rupanya cuma terselindung.

     "Kejap tunggu Nas. Dia tengah bersiap" balas Tan Sri Azan. Ammar menganggukkan kepalanya sambil mengawal riak wajahnya. Sungguh dia masih lagi belum bersedia mahu berjumpa dengan gadis itu.

     'Am ingat satu jer Am. Dia isteri orang. Isteri Amier. Lagipun dia dah mengandung. Mengandung anak Amier' bisik hatinya. Pelahan lahan dia memegang dadanya. Pedih di sini tak dapat orang lain gambarkan.

    Tan Sri Azan memandang anaknya. Dia tersenyum. Dia tahu apa yang terselindung di sebalik anaknya. Dah 25 tahun dia jaga Ammar. Semestinya dia tahu perangai anaknya itu. Pelahan lahan dia memeluk bahu jejaka itu.

     "Am, tahan. Allah dah ciptakan yang terbaik lagi untuk Am. Papa tahu. Papa tahu Am berubah sebab dia. Dan alhamdulillah Am sudah kembali. Siapa gadis itu??" soal Tan Sri Azan. Ammar tersenyum hambar.

   'Rauhah' entah kenapa nama gadis yang ceria itu terbisik di hatinya. Adakah gadis itu yang mengubah dirinya.

    "Jom" balas Nasuha dan terus mematikan perbualan antara Ammar dan Tan Sri Azan.

   Dan berlalulah mereka bertiga ke rumah Allah. Amier???

   Entah hilang ke mana lagi lelaki itu.

    "Amacam dah jumpa??" soal Amier. Tajam matanya memandang lelaki di hadapannya.

     "Aku dah siasat. Ada orang perangkap kau. Aku tak jumpa bukti lagi. Tapi malam tu geng yang pukul kau tu dah diupah. Macam sebuah rancangan" ujar lelaki di hadapannya. Amier menganggukkan kepalanya. Selama dia menghilang nih dia hanya mencari bukti. Firasatnya mengatakan bahawa dia diperangkap.

     "Tapi aku jumpak gambar yang kau dan perempuan tu dimasukkan ke dalam sebuah van warna hitam" ujar lelaki itu.

     "Bagus Kamal. Tak sia sia aku suruh kau ikut aku malam tu" ujar Amier sambil tersenyum. Semoga semua nih hanyalah perangkap buatnya.

   Tapi siapakah perlakunya???

     "Bagi aku tengok gambar tu" ujar Amier. Terus Kamal menunjukkan gambar yang sempat diambilnya di dalam telefon miliknya.

     "Dan aku dah check hotel yang kau check in haritu. Diorang cakap ada seorang lelaki yang check in. Aku mintak maklumat tentang lelaki itu tapi pihak hotel tak beri. Aku tak boleh buat apa" ujar Kamal.

    "Takkan polis tak boleh buat apa apa kut??" soal Amier. Kamal menggaru kepalanya.

    "Aku lupa bawak kad polis aku" ujar Kamal. Amier mendengus. Tak guna punya kawan.

    "Perempuan tu?? Macam mana kau kenal dia??" soal Kamal.

    "Aku kenal dia waktu first time aku masuk U. Kami mula rapat. Dan aku cuba bina taman yang terbiar dekat belakang bagunan tu. Cadangnya mahu suprise kan dia waktu hari lahir dia. Tapi dia yang suprise kan aku. Aku time tu kerja part time dekat sebuah hotel. Dan waktu aku nak service hotel tu. Ada satu adegan yang tak sepatutnya aku tengok. Dia dengan lelaki lain dalam satu bilik" ujar Amier pelahan. Peristiwa tu membuatkan dia mengukir senyuman sinis. Terasa bodoh lah pulak dia time tu.

      "Tapi aku dah tak kisah dengan dia. Yang sekarang nih. Aku lebih sayangkan isteri aku sendiri. Tapi aku tak boleh dekat dengan dia. Aku takut kalau dia dapat tau aku siapa. Aku takut kalau dia dah jijik nak pandang aku. Kau pun tahu kan aku nih datang dari mana" ujar Amier. Kamal terdiam. Memberi ruang untuk Amier meluahkan segalanya.

      "Tapi takpa. Aku akan ikut dulu gerak geri perempuan itu. Dan malam tu aku akan ceraikan perempuan tu dengan semua bukti dan jelaskan pada isteri aku tentang segalanya" ujar Amier. Dia tersenyum lebar. Berharap semoga rancanganya berjalan dengan lancar.

      "Sayang sungguh kau dekat Nas. Untung ler dah kahwin. Aku nih. Ada isteri tapi isteri alah bau aku. Terpaksalah hantar dekat rumah ibu dia. Tinggallah aku seperti bujang semula" ujar Kamal. Amier tersenyum lalu tergelak.

     "Untung ler dah ada anak" ujar Amier. Kamal tersenyum.

     "Kau bilanya lagi??" soal Kamal membuatkan senyuman Amier bertukar hambar.

     "Bukan nya tak nak atau tak ready. Tapi aku takut kalau anak aku tau yang ayah dia berdarah kotor. Aku tak nak macam tu. Aku takut kalau diorang jijik dengan aku satu hari nanti" ujar Amier. Kamal tersenyum.

     "Amier, kau tak boleh hidup dalam kisah silam. Cuba kau bangun dan terangkan segalanya. Kalau kau terangkan aku yakin Nasuha takkan jijik dengan kau. Lagipun bukannya salah kau. Kau kan kenal Nasuha macam mana. Dia akan terima kau seadanya. Tolong jangan berfikiran negatif sangat. Cuba positif sama" ujar Kamal. Amier tersenyum.

    "Thanks Kamal. Terasa ringan sikit beban nih" ujar Amier. Kamal tersenyum.

     "Hey, apa gunanya kawan kau yang sorang nih" balas Kamal dan terus tergelak. Amier tersenyum.

      "Aku tak taulah apa yang akan terjadi nanti. Dan aku harap semua kembali elok" balas Amier pelahan. Kamal tersenyum.

      "Eh, jom pergi masjid solat dulu. Magrib dah masuk nih. Lepastu kita terus ke isyak" ujar Kamal. Amier terus menganggukkan kepalanya. Mereka terus menuju ke masjid yang berdekatan seusai sahaja membayar di kaunter.

   'Nas, maafkan abang sebab bersikap begini. Abang mintak maaf sesangat. Abang harap masih ada lagi masa untuk abang betulkan segalanya. Abang sayang Nas.....

   Helluuoooo, Assalamualaikum yu olls readerrsss yang disayangi sekali. Uhuk! Tercekik cinta lah pulak.

Eheh...

 


  

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now