BAB 72

1.5K 54 0
                                    


    "Ummi" panggil Nasuha apabila terpandang kelibat umminya. Terus Puan Yasmin mendekati anaknya.

    "Kenapa??" soal Puan Yasmin. Dilabuhkan punggungnya disebelah anaknya itu.

     "Nas dah ingat" ujar Nasuha. Puan Yasmin tersenyum kelat.

     "Hmm...Nas...iik..ingat apa??" soal Puan Yasmin. Dia menyembunyikan riak wajahnya. Nasuha tersenyum.

      "Macam mana Nasuha dulu" ujar Nasuha. Dia terus meletakkan kepalanya di bahu Puan Yasmin. Dicapai tangan Puan Yasmin dan terus digenggam.

      "Nas pakai purdah, Nas tak macam Maira yang dulu" ujar Nasuha. Puan Yasmin tersenyum lalu mengusap lembut kepala anaknya itu.

       "Maafkan Nas atas kematian abi" ujar Nasuha.

       "Aip...tak nak cakap macam tu. Semua nih dah tertulis. Dah ditakdirkan untuk kita. Perancangan yang kita buat memang baik tapi perancangan DIA jauh lebih baik dari kita" ujar Puan Yasmin.

        "Baiklah, Datin Yasmin" balas Nasuha dan terus tergelak kecil. Puan Yasmin terus mencubit lembut pipi anaknya sebelum ketawa bersama anaknya itu.

         "Cantiknya langit malam nih" puji Nasuha. Kepalanya didongak memandang jutaan bintang yang bercahaya menghiasi langit.

          "Cantik" bisik Puan Yasmin.

          "Nas cadang Nas nak tinggal sini" ujar Nasuha sambil memandang umminya sambil tersenyum.

        "Ummi okey sahaja. Lagipun meriahlah sikit rumah nih dengan cucu ummi" ujar Puan Yasmin. Dia membalas senyuman anaknya.

         "Suami Nas dulu macam mana??" soal Nasuha tiba tiba. Puan Yasmin tersenyum kecil. Matanya kembali memandang bintang bintang di langit.

       "Dia macam abi. Baik dan juga kelakar. Suka mengusik" ujar Puan Yasmin.

       "Kacak tak??" soal Nasuha. Terus Puan Yasmin tergelak kecil.

        "Mestilah dia kacak macam abi. Senang kata dia macam abi" ujar Puan Yasmin

   'Ya Allah tempatkanlah suami aku di sisi mu. Sungguh aku merinduinya' bisik Puan Yasmin. Dikerling ke arah Nasuha yang ralit memandang bintang bintang.

     "Maafkan mama Nas" ujar Puan Yasmin pelahan.

     "Hei~ cepat bersiap nanti lambat pulak kita bertolak" balas Nasuha lembut. Dipandang ke arah fua orang beradik itu. Terus dicekak pinggangnya sambil wajahnya dibuat garang.

     "Asy' Amierul dan Ain Insyirah, cepat" panggil Nasuha. Terus dua beradik itu memandang mama mereka sambil tersengih. Pantas mereka berlari masuk ke dalam kereta vellfire.

     "Dah jom. Makanan dengan minuman dah ada ke??" soal Izian sambil mendukung bayi.

      "Dah ada, semuanya dah bereh" ujar Nasuha. Nazira yang baru bersiap terus masuk ke dalam kereta.

      "Fareeha dengan Taufiq dah masuk ke?" soal Puan Yasmin. Nasuha menganggukkan kepalanya. Selepas mendapati semuanya siap dia terus masuk ke dalam kereta juga.

       "Kita nak pergi berkelah dekat mana??" soal Amierul dengan riangnya.

          "Kita nak pergi berkelah di...." Nasuha terus memandang anak lelakinya sambil tersenyum penuh makna.

         "Rahsia" balas Nasuha sambil memandang wajah anaknya yang teruja itu.

        "Aloooo....mama nih" terus Amierul mencebik bibirnya lalu berpaling dari memandang mamanya. Nasuha tergelak kecil.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now