BAB 60

1.4K 59 8
                                    


      "Assalamualaikum bos" ucap Rauhah dengan ceria. Haih, hari hari dia memang ceria. Semua staf dah masak benar dengan perangai kebudak budakkan si Rauhah nih.

      "Hmm..waalaikumussalam" balas Ammar. Senyuman kecil turut dihadiahkam kepada PA nya itu sebelum masuk ke dalam biliknya.

    "Hye darling!" terus Ammar mengakat wajahnya memandang pintu biliknya. Minah mana pulak yang sesat dekat pejabat dia nih.

     "Farhana. What are you doing here??" soal Ammar. Farhana tersenyum. Dia terus merapati Ammar.

      "Datang tengok you lah. Dah lama kita tak jumpa. I miss you sangat sangat. Bulan lepas I tengok you masuk surat khabar. Tak sangka you dah jadi CEO" ujar Farhana. Dia mengusap wajah Ammar. Ammar terus menepis tangan Farhana.

      "PA I tak ada ke??" soal Ammar.

      "I tengok meja PA you kosong jer. Mungkin dia pergi tandas kut. You tak payahlah sibuk. Now, I ada depan you nih. You tak miss I ke??" soal Farhana.

     "Sayang!!" terus pintu bilik Ammar dikuak oleh seseorang. Terus Ammar menjauhi Farhana.

    "You siapa??" soal Lydia. Dia tajam memandang Farhana yang berada bergitu dekat dengan Ammar. Farhana tersenyum.

   "Well well, tengoklah siapa yang datang nih sayang" balas Farhana. Dia mendekati Lydia.

    "Sayang, siapa perempuan nih??" soal Lydia.

     "I girlfriend dia. And kitorang akan kahwin nanti" ujar Farhana. Dia memandang wajah Lydia. 'Not bad' bisiknya.

      "Hei, I lah girlfriend dia. Kitorang dah janji nak kahwin nanti. You gila ke??" balas Lydia. Ammar diam. Dia menggaru keningnya itu.

    "Ish, apa yang aku nak buat nih??" soal Ammar sendirian. Dia lupa yang dia masih ada beberapa girlfriend. Susahlah macam ni.

     "Hei, you bohong. Mana mungkin Am nak kahwin dengan you. Dah lah tak cantik. Busuk pulak tu. You pakai perfume air longkang ke??" soal Farhana. Dia tersenyum sinis sambil menyilangkan tangannya.

      PANG!!!

   Farhana memengang pipinya. Mencerlung matanya memandang Lydia yang sudah tersenyum sinis.

    PANG!!!!

    Kini giliran Lydia memang pipinya yang turut ditampar oleh Farhana. Terus rambut Farhana ditarik bergitu juga dengan dia. Rambut dia juga ditarik.

     "Bos, nih...." terus berhenti langkahnya. Dia memandang Ammar dengan membuat isyarat 'apa yang jadi??'. Ammar mengkat kedua dua bahunya lalu menyeluk tangan dalam poketnya.

    "Cik cik, sila bawak bertenang. Ni pejabat dan bukannya gelanggang" ujar Rauhah. Dia mendekati dua orang wanita tersebut. Dipegang bahu Lydia dan Farhana.

    PANG!!  PANG!!

    "You diam!" balas Farhana kepada Rauhah. Dia kembali bertekak dengan Lydia.

   Terus kaku Rauhah. Dia memegang pipinya yang baru lepas ditampar oleh Lydia dan Farhana. Tercegang Ammar memandang wajah Rauhah.

    "Lydia! Farhana! Ni ofis I okey! So please get OUT! NOWW!!" jerkah Ammar. Tajam dia memandang Lydia dan Farhana.

     "Tapi Am..."

      "Shut up!"

     "Tunggu apa lagi. Tolong keluar" balas Ammar lagi. Terus berlalu Lydia dan Farhana. Ammar terus memandang Rauhah yang ingin juga berlalu.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now