BAB 67

1.3K 57 4
                                    


      "Ain dah tahu??" soal Nazril. Dipandang wajah adiknya itu.

      "Ouh, Ain dah tahu. Maira beritahu dia sendiri. Dia okey. Dia boleh terima" ujar Nasuha sambil tersenyum.

      "Lagipun Ain dah jadi darah daging Maira jugak" ujar Nasuha.

      "Tak apa lah tu. Dia boleh terima" ujar Izian.

      "Maira tinggal sini ke??" soal Nazril.

     "Ha'ah. Dalam sebulan dua macam tu lah. Ada hal dekat syarikat. Lepastu Maira balik sana lah" ujar Nasuha. Nazril menganggukkan kepalanya.

      "Ouh ya, boleh Maira tanya?" soal Nasuha. Dipandang wajah pasangan suami isteri di hadapannya.

      "Suami Maira meninggal sebab apa? Dan bila dia meninggal?" soal Nasuha. Terkedu Nazril. Dia terus memandang isterinya di sebelah.

     "Er...suami Nas..eh Maira meninggal sebab kemalangan juga. Lepastu Maira bawak diri pergi Sabah dengan Rauhah" ujar Nazril. Izian terus menganggukkan kepala mengiakan sahaja apa yang suaminya cakap.

      "Maira nih jahat kan. Sebab tak ingat langsung tentang suami Maira" ujar Nasuha. Dia tersenyum hambar.

     "Tak apa lah along. Maira masuk bilik dulu" ujar Nasuha dan terus masuk ke dalam biliknya.

    Terus dibaringkan tubuhnya ke atas katil. Terkebil kebil matanya memandang shiling yang berwarna putih itu. Keluhan terus dilepaskan.

     Nasuha pov

      Aku terus mengeluh dan mengeluh
Hmm...dalam fon tak ada gambar aku dengan suami. Dalam bilik nih pun tak ada. Haih, muka suami aku sendiri pun aku tak ingat. Siapa suami aku eh???

      Macam mana aku boleh tak ingat muka suami aku eh??

   Terus aku membuka tudung. Almari berwarna putih menjadi tujuanku. Pelahan lahan aku membuka almari tersebut.

     "Purdah??" soalku sendirian. Terus aku mencapai satu purdah berwarna hitam yang tergantung di dalam almari aku.

     "Aku pernah pakai purdah ke??? Seingat aku pergi mekah dulu adalah sekali. Tapi aku dah buang dah lepas tu" ngumam aku lagi. Pelik???

    Bermacam macam warna pulak tu purdah aku. Dan tudung tudung labuh serta jubah. Makin berkerut wajah aku. Mungkin macam nenek dah kut...haha

     Terus aku mencapai purdah berwarna hitam lalu aku pakaikan di muka aku. Cermin yang berada di meja solek aku terus menjadi sasaran aku.

    Aku pandang wajah aku dalam dalam. Macam pernah tengok macam nih.

   Secara tiba tiba kepala aku terus menjadi sakit. Seperti dihentak di satu tempat yang keras.

    Mataku kini dihiasi dengan satu peristiwa.

      "Cantiknya Nas" puji seseorang. Aku rasa yang memakai purdah hitam itu adalah aku sebab mata kelabu miliknya itu. Dan ada seseorang di hadapan diri aku. Dia memuji aku???

     Pelahan lahan aku mendekati mereka. Nampaknya mereka tak perasan akan kehadiran aku.

    "Bukan kah itu Aleya??" soalku sendirian.

     "Memanglah cantik. Isteri aku kut" dan munculnya seorang lelaki yang segak berkurta sedondon dengan baju gadis berpurdah itu.

     "Adakah itu suami aku??" soal aku sendirian. Malangnya wajah lelaki itu aku tak nampak. Ia kabur. Dan  tangannya secara tiba tiba menggosok kepala gadis berpudah itu. Cukup mesra di mata ku.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now