"Ina kena tolong akak" pinta Fina. Dia memandang ke arah adiknya."Tolong apa akak??" soal Rina. Terkebil kebil dia memandang kakaknya yang bergitu cemas. Terus Fina menarik adiknya masuk ke dalam sebuah bilik. Dikuncinya pintu bilik itu.
"Akak mengandung Ina" jujur Fina. Terus Rina memandang kakaknya itu. Terbuntang matanya mendengar pengakuan kakaknya itu. Sungguh dia tak sangka...
"Macam mana akak boleh mengandung. Siapa yang buat?!" marah Rina. Kakaknya yang bergitu lembut dan amat menjaga batas pergaulan boleh mengandung??!
"Janji jangan beritahu sesiapa" Rina pantas menganggukkan kepalanya. Fina menarik nafas pelahan lahan lalu dilepaskan.
"Ayah.." jawab Fina pelahan. Mutiara yang jernih terus menitik pelahan lahan jatuh membasahi pipi mulusnya. Ya memang tak dinafikan kakaknya mempunyai wajah yang cantik. Almaklumlah kami kacuk korea.
"What??!" terus Fina menutup mulut Rina. Takut jikalau sesiapa mendengar suara Rina.
"Ayah...takkanlah ayah sanggup buat macam tu??" soal Rina. Sungguh dia kurang yakin. Tapi tak mungkinlah kakaknya yang dikenali seorang yang jujur sanggup menipu pulak.
"Ya ayah rogol akak. Waktu semua balik. Yang tinggal hanya akak dengan ayah. Akak tak tahu nak buat macam mana dah. Malam tu, sebelum akak tidur ayah masuk bilik akak.." terus tangisan Fina kedengaran. Rina menepuk pelahan lahan belakang kakaknya itu.
"Malam tu, ayah cakap cakap dengan akak lepastu ayah terus cekup akak atas katil. Akak tak tahu nak buat macam mana dah...akak tak boleh lawan..isk..isk..isk...akak takut" terus Rina memeluk kakaknya itu.
'Ya allah, dugaan apa yang kau berikan kepada aku nih' rintih Rina.
"Ayah ugut akak. Dia cakap kalau akak beritahu ayah akan akan halau akak. Akak takut. Akak dah cakap dengan mama. Mama tak percaya akak. Mama marah akak" rintih Fina.
"Shhh..dah dah..adik percaya kakak. Kita pergi dari sini yea. Akak tinggal dengan adik dekat rumah adik. Kita tak payah dah tinggal dekat sini. Adik akan selalu dengan akak" pujuk Rina. Fina terus menganggukkan kepalanya dan kembali memeluk adiknya itu.
"Nih rumah adik. Maaflah kalau kecik sikit dari rumah kita tu" ujar Rina. Fina menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
"Takpa. Asalkan kakak dapat lari dari neraka itu"ujar Fina.
"Mari masuk. Azan sekrang nih outstation. Minggu depan baru balik. Bila dia balik nanti adik akan bincang dengan dia. Takpa. Mungkin dia faham" ujar Rina. Mereka berdua terus masuk ke dalam rumah dua tingkat itu.
3 tahun kemudian...
"Adik janji dengan akak. Adik akan jaga Rayyan nih" ujar Fina. Rina mengerutkan wajahnya sambil memandang wajah kakaknya.
"Aikk....kenapa akak nak pergi mana mana ke??" soal Rina. Dia memandang Rayyan yang sudah berusia 2 tahun setengah. Comel!
"Taklah, cuma akak just mintak tolong jer. Adik, akak nak mintak maaf kalau banyak menyusahkan adik. Akak mintak halalkan segala makan minum akak" ujar Fina. Rina tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
"Taklah akak. Lagipun akak tak menyusahkan adik pun. Seronok jer Am ada kawan. Lagipun beza umur mereka tak banyak pun" ujar Rina. Dia memandang Ammar dan Rayyan yang sedang bermain bersama. Comel sahaja gelagat dua orang budak itu.
"Ha'ah betul tu. Akak tak menyusahkan kami pun. Tu, seronok jer diorang berdua main" ujar Azan. Rina tersenyum sambil memandang suaminya itu.
"Yelah akak. Sama umur diorang nih" balas Rina sambil tersenyum. Fina terus merapati Rayyan. Dia terus menggosok kepala anaknya itu.
"Ray, ingat pesan mama yea sayang. Kalau ada sesuatu yang Ray tak nak jadi tapi terjadi Ray mesti reda dan terima. Mungkin itu yang Allah dah tentukan untuk Ray. Dia tahu yang terbaik untuk Ray" pesan Fina lembut. Pipi Rayyan terus dicium dengan penuh kasih sayang."Baik mama. Ray akan ingat pesan mama" ujar Rayyan yang sudah petah berkata kata.
"Apapun, akak nak naik atas dulu" ujar Fina. Dia terus berlalu menuju ke biliknya. Rayyan di bawah dibiarkan.
"Akak! Turun makan" panggil Rina. Aih, berapa kali dah dia panggil tapi tak turun lagi. Terus Rina menuju ke bilik kakaknya itu. Tombol pintu dipulas tapi berkunci. Nasib ada kunci pendua. Dia terus membuka pintu bilik kakaknya itu.
"Ya Allah! Abang!!" terus terduduk Rina memandang kakaknya yang sedang tergantung di kipas. Mulut terus ditekup. Sungguh dia tak mahu memandang jasad kakaknya sebergini.
"Kenapa Ina??" soal Azan. Terus terkejut dia memandang kakak iparnya yang tergantung. Dia terus menelefon ambulans.
"Mama??" Rayyan terus masuk ke dalam bilik. Terkaku dia memandang jasad mamanya itu. Dia memandang pula ibu saudaranya yang sedang menagis.
"Ray" terus Rina memeluk tubuh kecil itu.
"Ina, awak bawak keluar dulu Ray. Jangan bagi dia tengok mama dia macam nih" ujar Azan. Rina terus menganggukkan kepalanya. Dia terus mendukung Rayyan dan terus keluar dari bilik itu.
Adik akan jaga Rayyan macam anak adik sendiri. Takpalah akak. Kalau itu jalan yang akak pilih. Adik tak boleh nak buat apa dah. Semoga roh akak tenang di sana. Akak dah terseksa di sini. Adik akan sentiasa doakan kakak.
Ina sayang kakak....
Ina akan jaga Rayyan. Atau nama penuhnya....
Rayyan Amier Nazhan....
"Amier, nanti panggil aunty mama yea sayang" pesan Rina. Budak kecil yang comel itu pantas menganggukkan kepalanya. Senyuman turun dihadiahkan kepada Rina. Rina tersenyum.
Terus menitik mutiara jernih dari pipinya. Tumpah simpatinya kepada budak kecil itu. Sejak dari itu dia mula memberikan sepenuh kasih sayangnya kepada Amier.
Sehinggalah dia lupa akan sessorang yang juga memerlukan kasih sayang seorang ibu....
Hyeee..assalamualaikummm...hehehe..pakabar semuaaa. Hari nih author update malam pulak. Nih author tak taulah ambik gambar sapa. Jumpak dlm google. Anggaplah mata dya warna kelabu...hehehe😅
Ainul Humaira Nasuha
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...