And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...
_____________________________________________
• • •
NASUHA membetulkan purdah di wajahnya itu. Mendengar bunyi Amier turut, sorot mata gadis itu beralih menatap wajah Amier.Senyuman kecil terukir di bibirnya apabila Amier menatap dirinya dengan senyuman yang juga turut terukir di bibir jejaka itu.
"Eh, kembali kepada ustaz pula hari ni?" Nasuha menyoal seraya ketawa kecil dilepaskan.
"Kejap kejap" Nasuha meneliti Amier dari bawah hingga ke atas. Berkerut keningnya, membuatkan Amier hampir hampir ingin meledakkan ketawanya itu kerana Nasuha kelihatan comel pada matanya.
"Awak sengaja eh pakai baju sama warna dengan saya eh?" gadis itu bersuara. Sorot matanya memandang Amier dengan penuh rasa curiga.
"Mana ada pun. Kebetulan je tu" balas Amier. Dia segera menarik kerusi dan terus duduk. Tak sabar untuk sarapan kerana perutnya sudah berkeroncong sedari tadi lagi.
"Awak, dah tahu tak lagi tarikh peperiksaan akhir sem tu bila?" soal Nasuha. Dia terus mencedok nasi goreng seafood ke dalam pinggan Amier. Patutlah tak sabar nak makan, Nasuha masak nasi goreng kegemaran dia rupanya.
"Tak sure pula saya. Oh ya, bulan depan kita start puasa kan?" soal Amier. Nasuha yang berada di hadapannya hanya sekadar menganggukkan kepalanya.
"Oh ya, awak pakai make up ke klau ke kelas?" jejaka itu menyoal seraya matanya memandang tepat ke dalam mata milik Nasuha.
Terkejut dipandang sedemikian, Nasuha segera melarikan matanya.
"Saya make up, sekadar mascara dan celak di mata. Supaya tak nampak kusam sangat" balas Nasuha.
"Awak tak ada kelas ke hari ni?" Nasuha menggelengkan kepala seraya tersenyum kecil.
"Awakkan ada kelas. Cepatlah pergi, dah lewat ni" Nasuha membalas.
"Awak halau sayalah ni?" soal Amier. Dia berdiri selepas menyarungkan kasutnya.
"Ha'ah. Saya halau awak. Ni saya nak keluar beli barang sikit boleh tak, dekat pasaraya deoan tu sahaja" balas Nasuha. Tangan Amier diraih lalu disalamnya.
"Eh kita pergi sekali lah nanti, waktu saya balik" Amier membalas.
"Tak apa, saya nak beli barang sikit sahaja. Boleh yea, sayang saya??" tersentak kecil jejaka itu. Sorot mata itu beralih memandang Nasuha. Terkejut dengan kata kata yang diucapkan itu.
Ketawa kecil Nasuha meledak, wajah terkejut Amier benar benar mengeletek hatinya.
"Hmm, yelah yelah hati hati tau. Kalau jumpa orang mencurigakan terus call saya, ataupun pergi minta tolong dekat sesiapa tau" pesan jejaka itu. Kepala Nasuha diusap pelahan, senyuman tipis menghiasi bibirnya.
"Take care. Hati hati bawa kereta tu" balas Nasuha. Amier tersenyum. Dia melambaikan tangannya sebelum keretanya hilang dari pandangan Nasuha.
Susuk tubuh merobos masuk ke dapam kereta, Amier membalas lambaian isterinya di muka pintu sebelum memandu keretanya menuju ke universiti.
Tidak mengambil masa yang lama untuk memandu kerana jarak rumanya dan juga universiti tidak terlalu jauh.
Usai memakirkan kereta di tempat biasa, pemudai tu mencapai beg sandangnya lalu mengorak langkah menemui Iqwan di satu meja bulat.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...