BAB 36

1.6K 73 4
                                    


      "Tak payahlah, ni ambik purdah saya jer" Nasuha membuka purdahnya pelahan lahan.

     Amier memandang Nasuha. Jantungnya berdetak laju. Sumpah ni kali pertama dia melihat wajah Nasuha.

       "Nah" Nasuha menyerahkan purdahnya kepada Amier. Bibinya pelahan lahan mengukir senyuman. Dahinya terus berkerut melihat Amier. 'Apahal dia pandang aku tak berkelip ni' soal Nasuha. Dia melambai lambai tangannya di wajah Amier. Bibirnya tersenyum. Pelahan lahan dia mencubit pipi Amier sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.

      "Apa ni cubit?. Sakitlah" Amier menggosok pipinya yang dicubit Nasuha.

      "Berangan sangat" balas Nasuha dan terus ketawa.

      "Dah nah" Amier mengambil purdah di tangan Nasuha lalu membalut luka di kaki Nasuha.

       "Dah jom hari dah siang ni" Amier terus memegang pinggang Nasuha. Nasuha terdiam. 'Nak pegang pon mintak izinlah dulu' bisik Nasuha.

     Melihat isterinya yang terdiam. Idea nakal mula datang. Dia tersenyum senget.

       "Ke awak nak saya dukung awak?" soal Amier.

       "Awak jangan fikir bukan bukan" balas Nasuha.

      "Awaklah yang fikir bukan bukan. Saya tak kata apa apa pon" balas Amier. Nasuha terdiam sambil menjeling ke arah Amier.

       "Prof, dari semalam lagi kita tak jumpa diorang" balas Fareed. Wajahnya cukup mengambarkan yang dia risau akan sahabatnya yang hilang.

      "Okey semua, jom kita cari diorang memandangkan hari dah cerah" semua pelajar terus bangun dan bersedia untuk misi mencari.

      "Prof Aina boleh bantu kami sekarang?" soal Amier. Kelihatan dia dan Nasuha baru krluar dari hutan.

      "Ya Allah. Amier Nas, korang berdua tak apa apa ke?" soal Prof Aina lalu mendekati mereka berdua.

      "Nas, muka kamu" Nasuha yang lupa dirinya tak berpurdah terus menutup dengan hujung tudungnya.

       "Kitorang cari jalan tapi tak jumpa. Ni kaki Nas luka sebab tertusuk kayu waktu dia jatuh. Tolong dia" Amier terus menyerahkan Nas kepada Prof Aina dan Aleya.

        "Weih, Mier macam mana korang boleh sesat?" soal Naufal. Fareed dan Iqwan mendekati Amier. Lega apabila melihat sahabat mereka selamat.

        "Entah, aku dengan Nas cari jalan tak jumpak" balas Amier.

        "Wei, cantik jugak eh isteri kau tu. Putih" balas Fareed sambil menyiku lengan Amier.

         "Dahla, malas aku nak layan korang ni. Aku pergi dulu" Amier terus berlalu pergi ke biliknya untuk membersihkan diri.

        "You dengar tak apa yang I cakap ni?" soal Farhana. Muka dimasam kan apabila Ammar tidak memperdulikannya.

       "Hish, apa?" soal Ammar. Serabut drngan minah sebelahnya ni.

        "You tengok siapa tu?" soal Farhana. Dia memerhati ke arah yang sama Ammar pandang.

       Tangannya terus digengam tanda geram. 'Hish, ni tak boleh jadi. Apa yang cantik sangat Nasuha tu' bisiknya pelahan. Tajam matanya memandang Nasuha yang baru melangkah masuk ke dalam kereta untuk ke Hospital.

      "Okey cik Nas, boleh saya tengok luka dekat kaki cik" Nasuha menganggukan kepalanya. Dia terus menyelak seluarnya. Izian terus mencapai gunting lalu menggunting purdah yang membalut luka.

        "Hmmm....nampaknya kita perlu jahit. Nasib kayu tu tertusuk sikit je lagi. Saya akan cucuk ubat tahan sakit dan akan jahit" balas Izian. Dia tersenyum memandang Nasuha. 'Eh, aku macam kenal je raut wajah ni...' bisik Izian.

    Dia terus menyuntik lengan Nasuha dengan ubat tahan sakit lalu mula menjahit luka di betis Nasuha.

       "Wei, cam mana boleh luka ni?" soal Nazril. Nasuha mengakat bahunya dan kembali menyedut milo ais yang dibeli di kantin hospital.

        "Teruk tak?" soal Nazril. Nasuha menggelengkan kepalanya.

        "Alah abang Ril jangan risaulah. Tak teruk mana pon luka ni" balas Nasuha sambil tersenyum.

    
       "Okey cik Nasuha..." Izian tersenyum memandang Nasuha. Tak sampai beberapa minit senyumannya mati.

       "Kau doktor adik aku eh?" soal Nazril.

      "Adik kau eh..." soal Izian. Nazril menganggukan kepalanya.

      "Okey cik Nas, awak perlu bermalam beberapa hari dekat sini" beritahu Izian dan terus berlalu pergi.

      "Abang jangan beritahu umi eh?" Nazril mengenyitkan matanya sambil membuat isyarat ok. Nazril terus berlalu pergi.

      "Tok tok, assalamualaikum" Nasuha yang ralit bermain telefon terus memandang ke srah pintu. Sekuntum senyuman menghiasi bibirnya apabila melihat gerangan yang baru masuk ke biliknya.

       "Eh, kem dah habis ke?" soalnya. Amier menganggukan kepalanya. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelah Nasuha.

      "Awak macam mana?" soal Amier.

      "Alhamdulillah, saya okey lagi" balas Nasuha.

  
      "Wei beb, ya Allah. Kau tau tak aku risau sangat dengan kau" balas Aleya. Entah bila minah ni masuk. Tetiba je terus peluk Nasuha.

      "Aku okey je lah, apalah kau ni" balas Nasuha dan terus ketawa sehungga menampakkan lesung pipitnya. Amier terpegun melihat isterinya. Sumpah sungguh cantik ciptaan allah di hadapannya.

      "Oh ya, kau ada bawak tak purdah aku yang aku tinggal dekat bilik tu?" soal Nasuha.

      "Oh ya, nah. Kau mintak warna hitam kan" Aleya terus menyerahkan purdah yang bewarna hitam kepada Nasuha.

      "Kau pegang kejap eh. Aku nak ikat rambut kejap" balas Nasuha. Nasuha terus membuka tudungnya dan menanggalkan skaf yang dipakainya. Dia terus mengikat rambutnya. Amier terus memandang bawah. Takut untuk melihat Nasuha.

       "Dah siap pon" balas Nasuha sambil tersenyum.

       "Awak saya keluar dulu eh" balas Amier. Kedua dua wanita itu terus beralih memandang Amier.

       "Aaa....sejak bila awak ada dekat sini?" soal Nasuha yang seakan akan lupa kewujudan Amier.

       "Lah, lama dah. Saya keluar dulu. Assalamualikum" Amier terus berlalu pergi.

       "Oit, sejak bila dia ada dekat situ. Aku ingat dia dah keluar" balas Nasuha. Aleya mengakat kedua dua bahunya tanda tidak tahu.

     "Dahlah, esok diorang yang lain datang melawat kau. Ni sembahyang ke tak lagi ni?" soal Aleya.

      "Aku cuti. Baru jer tadi" balas Nasuha. Aleya menganggukan kepalanya.

       "Dahla, aku balik dulu. Bye assalamualaikum" Aleya terus berlalu pergi selepas Nasuha menjawab salamnya.

**********************

Heyoooo semua. Sorry semua. Author ingat nk aupdate semalam tapi author ada kerja sekolah banyak. Sorry...heheeheheheh

    

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now