BAB 34

1.7K 75 3
                                    


       "Okey assalamualaikum semua" Prof Aina tersenyum memandang satu persatu wajah pelajarnya.

       "Okey hari ni lepas makan satgi kita semua akan pergi surau untuk solat magrib berjemaah semua" kesemua pelajar menganggukan kepala.

      "Okey semua boleh ambik makanan yang dah siap dimasak. Masing masing beratur tau. Satu barisan untuk lelaki dan satu barisan untuk perempuan"

     "Cepat Nas cepat" Aleya dan Nasuha terus bangun. Mereka terus beratur di barisan perempuan.

    

       "Leya jom cepat. Dah pukul berapa dah ni. Sekejap lagi dah nak azan dah" Aleya terus keluar dari bilik dan terus menutup pintu bilik mereka. Mereka berdua terus menuju ke surau.  

        "Jom duduk situ" Nasuha menganggukan kepalanya dan terus mengambil tempat di dalam surau tersebut. Bahagian lelaki dan wanita telah dipisahkan dengan kain penghadang. Kiranya lelaki tak dapat tengok perempuan dan perempuan pun tak dapat tengok lelaki. Perempuan yang uzur akan duduk di belakang sekali.

     "Amier, azan" Amier menganggukan kepalanya dan terus bangun. Dia mencapai mikrofon di tangan ustaz Razif. Didekatkan mikrofon di mulutnya dan terus melaungkan azan.

      "Uish, sapa yang azan tu. Sedaplah suara tu. Nampak macam boleh jadi calon calon ustaz ja. Takkanlah ustaz Razif sebab tadi suara ustaz lain" Nasuha mengakat bahunya. Dia membiarkan Aleya bersoal sendirian.

     Semua pelajar lelaki dan perempuan terus bangun untuk solat magrib. Nasuha memandang sekeliling dan terus bangun. Pelahan lahan dia membuka purdahnya yang berwarna putih. Terselah lah wajahnya.

      "Nas?" Nasuha memandang seorang pelajar perempuan di sebelahnya sambil tersenyum. Dia meletakkan jari terlunjuknya di bibirnya.

      "Serius ni kau?" soal si perempuan itu. Nasuha tersenyum sambil menampakkan lesung pipitnya di pipinya.

        "Shhh....jangan beritahu sesiapa tau Karmila" Karmila menganggukan kepalanya. Mereka semua terus menunaikan solat magrib berjemaah.

  
      "Okey semua. Malam ni kita akan pilih sesiapa sahaja untuk  nyanyi. " kesemua pelajar terus bersorak sambil menepuk tangan

     "Okey korang semua nak pilih siapa cepat?" Prof Aina tersenyum.

   

     "Okey semua kita nak mula dengan siapa dulu?" soal Prof Aina.

     "Jimin melaya prof!" laung Fareez. Amier memandang tajam ke arah rakanya. Dia menayangkan penumbuknya dan terus bangun. Semua terus memberikan tepukan yang gemuruh. Ameir terus mencapai gitar dari Prof Kamil yang sengaja membawa gitar.

      "Nak lagu apa?" soal Amier dan terus duduk di atas kerusi.

      "Lagu...Bukti dari Virgoun" balas Fareed. Amier mula memetik gitar. Semua diam dan memerhati sahaja.

       "Memenangkan hatiku...bukanlah satu hal yang mudah...kau berhasil membuat ku tak bisa hidup tanpamu...menjaga hati ku bukanlah satu hal yang mudah...."

       "Leya, jom teman pergi tandas kejap" Aleya yang sedang menghayati lagu yang dinyanyi oleh Amier terus tersentak.

      "Okey jom" mereka berdua terus bangun dan meminta izin daripada Prof Faziha untuk ke tandas.

       "Dah jom cepat" mereka terus menuju ke tandas yang berdekatan dengan tapak kem itu.

      
        "Kamu adalah bukti...dari cantiknya paras dan hatimu...kau jadi harmoni saat ku bernyanyi..." Nasuha kembali menuju ke tapak kem. Dia kembali duduk. Tak sampai beberapa minit kedengaran tepukkan dari semua pelajar tanda Amier sudah habis menyanyi.

      "Amier ku sayang, you are my lovely" jerit seorang perempuan. Amier tersengih. Dia terus menyandarkan gitsr di kerusi dan kembali ke tempatnya.

      "Tadi pergi mana?" bisik Amier pelahan. Nasuha berpaling memandang ke arah Amier di sebelahnya.

      "Tandas. Saya sakit perut sikit" balas Nasuha. Mereka berdua kembali mendiamkan diri dan terus fokus ke arah Prof Fauziah yang baru memulakan cerita.

   
      "Arh penatnya" Aleya terus merebahkan dirinya ke atas katil.Nasuha menutup pintu bilik dan terus menanggalkan purdahnya lalu disangkut di penyakut yang disediakan. Dia terus menuju ke bilik air yang terletak sedikit penjuru.

      "Seharian hari ni. Penat gila doh" Aleya terus mencapai telefonnya. Dia terus membuka alpikasi whatsapp. Nasuha kembali menuju ke katilnya. Dia melabuhkan punggungnya pelahan lahan.

     "Aku tidur dulu. Bye assalamualaikum" dia menadahkan tangannya untuk membaca 3 Qul, ayat kursi dan doa tidur. Pelahan lahan dia berbaring di atas katilnya. Tak sampai beberapa minit dia terus terlena.

       "Woi, tak penat ke?" soal Nadia. Dia menyandarkan dirinya di kaunter sambil memandang ke arah Izian yang sibuk menyemak data pesakitnya.

        "Tak, asal?" soal Izian. Matanya masih menatap data pesakit barunya.

         "Tak balik?" soal Nadia. Izian mengerutkan wajahnya. Fail yang dipegang terus ditutup. Matanya terus beralih arah memandang Nadia yang tersengih. 'Minah ni asyik sengih je' bisik Izian. Dia terus menyeluk poket kot putihnya.

       "Wei dengar kata kau dah nak tunang dengan pengarah kita" bisik Nadia.

      "Akak bawang sampai dah" ngumam Izian sendirian.

      "Ha'ah" balas Izian. Wajahnya menunjukkan dia tidak berminat dengan topik yang baru dibangkitkan oleh Nadia.

      "Dah lah wei, aku nak kena buat kerja ni. Kau tu pergi buat kerja tu" Izian terus berlalu pergi menuju ke biliknya. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil memejamkan matanya. Seharian dia di hospital hari ni.

      "Hoi!" pantas mata dicelik dan badannya berdiri tegak semula.

      "Woi nak masuk ketuk dulu boleh tak. Silap hari bulan kau kena lebel penjenayah baru tau" marah Izian dan kembali duduk di atas kerusinya. Nazril tersengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di hadapan Izian.

       "Apa kau nak?" soal Izian.

       "Umi aku cakap 2 minggu lagi dia datang nak masuk minang dan sekaligus kita bertunang jugak hari tu" beritahu Nazril. Izian membuka matanya.

       "Ouh, meminang aku" balasnya pelahan dah memejamkan matanya.

       "Hah!, masuk minang aku?!" dia terus berdiri tegak semula. Hilang terus ngantuknya tadi.

       "Apasal awal sangat?" soal Izian. Nazril mengakat bahunya.

        "Okeylah tu jer yang aku nak beritahu. Bye aku keluar dulu" Nazril terus melangkah keluar dari bilik Izian.

       "Seriuslah, lagi dua minggu?!" Izian menganggukan kepalanya. Dia kembali menghirup kopi. Nadia mengkedip kedip matanya seakan akan tak percaya.

       "Jodoh awal beb, nak buat macam mana. Dulu kau doa aku sampai jodoh awal dari kau tapi sekarang terbalik. Kau yang nak kahwin dulu. Aku rasa doa tu untuk kau sendiri tu" Izian melemparkan jelingan ke arah Nadia yang sedang membebel. Dia terus menghirup kopinya sehingga habis.

      "Sorry beb, aku ada pembedahan pulak sekejap lagi. Aku chaw dulu. Bye assalamualaikum" Nadia terus menghabiskan minumannya dah terus berlalu pergi meninggalkan Izian di cafe.

********************

Heyoooooooo, assalamualaikum semua readers yang setia membaca novel author ni. Thanks you. Okey yang pertama author mintak maaf sgt sgt sbb tak update minggu lepas. Author sibuk hari tu maklumlah author kan tgh bersekolah lagi. Yang kedua data author sikit waktu tu dan memang x leh update. Okey yang ketiga author try lukis gambar Amier dan Nasuha dlm bentuk kartun. Tapi x leh nak hantar sbb x cukup data.

     
Okey semua, jumpa nanti yer. Assalamualaikum

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now