BAB 5

2.5K 111 0
                                    

 
And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...

_____________________________________________

•            •            •

      "WEH, Mier. Kitorang nak keluar kejap. Makan dekat luar. Kau nak ikut tak?" soal Fareed. Amier yang menonton televisyen memandang rakan rakannya sambil menggelengkan kepalanya.

    "Bungkus dekat aku bihun sup" balas Amier sambil tersengih.

    "Alright. Jom" Fareed, Iqwan dan Nazirul terus berlalu pergi.

     "Bosanlah. Bancuh milo dulu dan kita tengok movie seram dalam bilik" Amier terus menuju ke dapur selepas dia menutup televisyen dan lampu di ruang tamu.

    Langkahnya dibawa menuju ke biliknya yang berada di tingkat ke dua. Lebih baik dia habiskan masanya menonton apa apa filem yang menarik. Tak berani pula dia berada di ruang tamu yang luas itu keseorangan.

    Cepat cepat Amier melangkah masuk ke dalam biliknya.

•            •            •

   "Nas, aku nak keluar kejap. Boleh tak kau tolong aku hantar bubur ni dekat kawan aku. Dia demam" Nasuha yang ralit menonton televisyen memandang rakannya yang bergegas keluar.

    "Beb, alamat?" soal Nasuha di hadapan pintu sambil memerhati Farhana yang sedang menyarungkan kasut tumit tinggi.

      "Nanti aku hantar. Bye" Farhana terus berlalu menuju ke pagar rumah. Dia tersenyum memandang Ammar yang berada di dalam kereta.

  Nasuha kembali menonton televisyen.

  Tut...tut...tut...

  Dia bingkas bangun dari sofa dan terus mencapai tudung serta purdahnya. Nasuha menuju ke dapur untuk mengambil bekal yang siap disediakan Farhana.

    "Dekat je ni tak jauh pun" Nasuha terus mencapai helmet dan terus menaiki motornya.

      "Takkan ni rumah kawan dia?. Gelap semacam jer. Ada orang ke. Nampak macam rumah hantu jer" soalnya sendirian. Dia memandang rumah banglo dua tingkat di hadapannya. Dia kembali memeriksa alamat yang dihantar Farhana.

      "Betullah" Nasuha terus memberi salam tapi tiada yang menyahut. Dia terus menolak pagar.

     "Eh, tak berkunci. Bahaya ni" Nasuha terus memasuki banglo itu selepas memakirkan motornya di hadapan pagar rumah tersebut.

    "Assalamualaikum" tetap tiada yang menyahut. Nasuha mengambil keputusan untuk memasuki ke dalam rumah itu. Dia memulas tombol rumah itu.

    "Hish, bahaya ni. Macam manalah kalau pencuri masuk" Nasuha memandang sekeliling rumah tersebut. Dia cubs memetik suis lampu tapi tak berjaya. Mungkin disebabkan kilat tadi. Sewaktu dalam perjalanan tadi Nasuha melihat kilat.

   Dia meraba raba dalam kegelapan. Tiba tiba pintu tertutup sendiri. Trrhinjut bahu gadis itu mendengar bunyi hentakan pintu. Suasana terus gelap gelita. Jantung Nasuha mulai berdegup kencang.

Tok...tok...tok...

   "Fuh, nasib tak melatah" Nasuha mengurut dadanya. Dia terus memulas tombol pintu tadi. Kelihatan wajah enam orang lelaki yang bersongkok serta berjubah. Ada yang berbaju melayu.

    "Ada apa encik?" soal Nasuha. Dia memandang wajah wajah lelaki yang boleh dianggap 40 tahun lebih.

     "Cik tinggal sorang sorang ke?" soal salah seorang lelaki yang berkopiah putih.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now