And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah..._____________________________________________
• • •
"KENAPA bangun awal? Bukan hari ni tak ada kelas ke?" soal Amier apabila sorot matanya terpandang Nasuha yang baru sahaja turun.
"Nak masaklah, awaknya. Nanti ada yang lapar pula" Nasuha membalas. Ketawa kecilnya meledak.
Amier mencebik, mesti kata kata itu tuju padanya. Dia menghampiri isterinya.
"Baiknya dia. Isteri siapalah ni?" Amier mengusap kepala Nasuha. Kening gafis itu berkerut, tangan suaminya ditepis pelahan.
"Janganlah main kepala saya" marah Nasuha. Suka sangat main kepalanya!
"Saya tak main. Just usap usap sayang je" balas Amier, ketawanya meledak. Nasuha mencebik.
Segera Amier melarikan dirinya apabila melihat tanda tanda seperti Nasuha bakal mencubit dirinya. Ketawanya meledak.
"Awak"
"Apa??" Nasuha beralih, pandangannya bertembung dengan anak mata Amier.
"Nak saya tolong tak??" Amier bersuara. Dipandang isterinya itu.
"Hmm, tak apa rasanya. Saya masak ringkas sahaja hari ni" Nasuha membalas. Dipandang bahan bahan yang sudah dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja.
"Sure ni??" Amier membalas. Nasuha menganggukkan kepalanya.
"Oke, nanti panggil saya tau kalau awak perlukan apa apa" Amier membalas. Didukung kucingnya menuju ke ruang tamu.
Nasuha tersenyum lebar, akhirnya dia boleh memasak tanpa kehadiran Amier. Bukan tidak mahu memberi jejaka itu membantunya tetapi Amier itu seorang yang banyak bercakap.
Mesti ada sahaja jejaka itu akan mengacaunya. Ketenangan Nasuha pasti akan menghilang jika Amier muncul di dapur.
"Awaknyaa"
"Yeee, apa lagi Encik Amier?? Nakapa lagi Encik Amier?? Apa lagi yang Nasuha ini boleh bantu Encik Amier??" terkebil kebil Amier seketika. Sebelum ketawa besarnya meledak.
"Tak saya saja je, tapi tak apa lah. Melihatkan awak yang sudah kelihatan seperti...hmm, tak apa lah saya mengundurkan diri dahulu" segera Amier laju melangkah ke ruang tamu bersama sisa sisa ketawanya.
Amier memandang kolam ikan di luar rumahnya. Segera pemuda itu duduk, kaki dijulurkan ke dalam kolam ikan. Ikan ikan di dalam kolam mulai berenang di keliling kakinya.
Ketawa kecilnya meletus, dia berasa kegelian akibat ikan ikan tersebut.
"Awak, mari makan" laungan suara Nasuha membuatkan Amier segera bangun dari duduknya. Langkahnya laju menuju ke dapur.
"Mari, saya tolong angkat" senyuman lebar terukir di bibir apabila Nasuha membenarkannya untuk menolong.
"Thanks" Nasuha membalas. Dibawa makanan menuju ke meja makan.
Belum sempat Nasuha menghidangkan nasi buat Amier, pemuda itu sudah siap menyedokkan nasi buatnya dan buat diri jejaka itu sendiri. Nasuha tersenyum kecil.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...