And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah..._____________________________________________
• • •
"SAYA sampai 5 minit kejap lagi" belum sempat Nasuha membalas Amier terus memutuskan panggilan. Terkebih kebil Nasuha."Nasib Aleya dengan Farhana tak ada dekat rumah. Aku nak bagi alasan apa eh dekat mereka?" gumamnya pelahan dan tanpa disedari Amier sudah berada di hadapan pagar rumahnya. Nasuha terus membawa bagasinya. Amier tanpa berlengah membantu Nasuha membawa beg.
Pandangan Nasuha jatuh kepada Aleya. Sejak bila dia berada di situ??
"Kau nak pergi mana Nas??" Aleya menyoal apabila terpandang bagasi Nasuha diangkat masuk ke dalam kereta seorang lelaki.
"Errr...aku...aku..." Nasuha terus menarik nafas sedalam dalamnya. Dia memandang ke arah Amier di sebelahnya.
"Dahlah, awak cerita jelah yang sebenarnya" balas Amier dengan nada seperti membisik.
"Sebenarnya kitorang dah kahwin minggu lepas. Kitorang kena tangkap basah" beritahu Nasuha tenang.
"What?!" Aleya memandang Amier dan Nasuha bergilir gilir.
"Kau jangan buat lawak sekarang nih Nas, sebab lawak kau hambar" Aleya membalas.
"Eh, kau jangan salah faham. Sebenarnya kitorang tak buat pun benda benda macam tu. Ni salah faham. Farhana suruh aku hantar bubur dekat kawan dia. Dia bagilah alamat dekat aku. Tapi dia bagi alamat rumah Amier dekat aku. Entah macam mana JAIS boleh datang"
"Untuk tidak malukan aku dengan dia, kami terpaksa menikah. Kalau diikutkan sepatutnya kami naik makamah, tapi keluarga Amier keluarga yang terpengaruh" terang Nasuha bila melihat riak wajah Aleya.
"So sekarang ni kau nak pergi mana?" soal Aleya. Dia cuba menghadam segala yang diucapkan oleh Nasuha walaupun otaknya masih tidak mampu menerimanya.
"Aku kena tinggal dengan Amier. Prof Aina dengan Uncle Yassin suruh" beritahu Nasuha.
"Hmmm, takpalah. Jaga diri dekat sana tau" pesan Aleya dan terus memeluk Nasuha.
"Kau jaga kawan aku baik baik" pesan Aleya sambil memandang tajam ke arah Amier.
"Insyallah. Aku akan jaga dia baik baik. Kau jangan risaulah" balas Amier.
"Dah, tak ada apa apa pun yang tertinggal?" soal Amier. Dia memandang Nasuha yang menggelengkan kepala. Cermin mata hitam yang berjenama disarung di matanya.
Nasuha merobos masuk me dalam kereta. Sempat dia melambai ke arah Aleya buat kali terakhir.
Rasa sedih sedikit di hatinya.
"Errr, rumah awak tu dekat dengan UITM tak?" soal Nasuha setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Tak beberapa jauh pun. 100 meter jer" balas Amier. Suasana kembali menjadi sunyi. Amier terus membuka radio. Kedengaran celoteh DJ dari saluran Era FM.
• • •
"Okey dah sampai"
"Ni, rumah awak ke?" soal Nasuha seakan akan tak mempercayainya. Rumah banglo setinggi dua tingkat dihiasi dengan halaman yang luas serta pagar yang dibuka dan ditutup sendiri.
YOU ARE READING
Kau Untukku Selamanya
RomanceBismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah...