BAB 58

1.2K 59 4
                                    


      "Eh, kenapa masak banyak hari nih?" soal Amira. Ammar yang baru turun terus memeluk tengkuk adiknya.

       "Banyak cakaplah kau nih. Duduk makan sudah. Masak sikit kau merungut, masak banyak pun kau membebel" balas Ammar. Amira mencebik.

        "Ish, sedar diri sikit siapa yang kuat membebel. Angah! Dah dahlah tu. Lepaskanlah tengkuk aku nih. Lemas oi!!" marah Amira. Dia terus mencubit lengan Ammar.

        "Oi, sakitlah" ngaduh Ammar. Gila tak sakit. Cubitan minah nih boleh tahan jugak. Nasuha tersenyum. Dah lama dia tak nampak sifat Ammar yang satu itu.

        "Am, Sya. Sudah sudahlah tu gaduh. Lepas nih nak berperang, peranglah. Papa tak masuk campur dah lepastu. Sekarang duduk makan dulu" tegur Tan Sri Azan. Ammar terus tersenyum manakala Amira dah mencebik. Mereka terus duduk di meja makan.

       "Kau lah nih" bisik Ammar.

       "Asal aku pulak. Angah lah" balas Amira. Dia terus menjeling Ammar.

       "Nur Raisya Amira, Rayyan Ammar Farhan" seru Tan Sri Azan. Terus terdiam kedua dua orang itu.

       "Nas, Amier mana?" soal Tan Sri Azan.

        "Ouh, dia keluar kejap. Nanti dia balik" jawab Nasuha sambil tersenyum. Dia terus mencedok nasi ke dalam pinggan.

        "Ha, Mier. Baru balik. Jarang sekarang nih papa nak nampak kamu ada dekat rumah. Kamu pergi mana??" soal Tan Sri Azan. Dia memandang ke arah Amier yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelah Nasuha. Nasuha tersenyum hambar.

       "Mier ada kerja sedikit tadi" jawab Amier. Haih, terpaksalah dia beritahu semuanya malam nih. Nampaknya semua ada di rumah. Dia mengerling sedikit ke arah Nasuha. Keluhan berat dilepaskan. Mesti wanita ni akan kecewa. Sudah lama dia tak bermanja dengan gadis pujaannya. Bukan tak nak. Tapi disebabkan keadaan...

      "Errh...kejap lagi Amier nak jumpak semua. Amier ada benda nak cakap" ujar Amier. Semua terus menganggukkan kepala. Nasuha diam. Dia terus mengunyah nasi tanpa berkata apa apa.

     
      "Amier nak cakap apa?" soal Tan Sri Azan. Ammar diam. Tajam dia memandang wajah Amier yang resah. Dia dapat rasakan berita yang tidak baik.

      "Sebenarnyaa..."

     "Sebenarnnya Amier....."

     "Amier...nak....kahwin lain" ujar Amier pelahan. Bagaikan terkena renjatan Nasuha terus memandang Amier.

     "Amier!!!" tajam mata Tan Sri Azan memandang Amier. Terkejut dia mendengar apa yang baru keluar dari mulut Amier. Tak sangka dia.

     "Mier sedar tak apa yang Mier cakap nih!!" kali ni Puan Sri Rina menyoal. Dia memandang wajah Nasuha. Amier tersenyum.

      "Amier sedar apa yang Amier cakap. Lagipun takkanlah Nasuha lupa akan perjanjian tu. Perjanjian yang kita akan berpisah bila sampai masanya" ujar Amier. Nasuha diam.

      "Nas izinkan Amier kahwin lain" ujar Nasuha pelahan setelah lama berdiamkan diri. Dia tersenyum di sebalik purdahnya. Amier terkesima.

      "Nas!" pantas anak mata Puan Sri Rina memandang Nasuha. Tak sangka gadis itu setuju. Adakah ni yang dirancangnya???

 
      "Apa yang abang cakap nih??" soal Nasuha. Dia memandang Amier. Amier terus memandang Nasuha dengan wajah selambanya. Dia tersenyum.

       "Bukan kau dah setuju ke yang kita akan berpisah bila aku kata dulu. Cuba ingat balik" ujar Amier. Nasuha terkesima. Sungguh dia terkejut mendengar bahasa yang digunakan Amier.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now