MAWAR menarik lembut tangan Melur masuk ke dalam sebuah restoran mewah. Apabila terlihat kelibat bayang Anath di salah satu meja. Pantas kaki Mawar melangkah mendekati figura tersebut.
"Mama... Nak main kat taman sana ? " soal Melur lembut sambil jarinya menunjuk ke arah taman kecil yang berada di dalam restoran itu juga.
"Ye... Pergilah. Tapi hati - hati. Mama kat uncle Anath sana tu." pesan lembut Mawar dengan senyuman tipis.
"Okay mama ! "
Apabila tangan kecil itu di lepaskan. Dengan pantas kaki kecil gadis itu berlari ke arah taman kecil yang berada di dalam restoran itu juga.
Kepala di geleng sekilas dan terus memandang ke arah figura Anath semula. Lelaki itu tersenyum manis ke arah Mawar. Kaki melangkah mendekati lelaki itu.
"Lama ke tunggu ? " soal Mawar kasihan.
"Tak adalah... Dalam lima minit je." ujar Anath dengan lembut.
"Ouh... Maaflah. Tadi ambil Melur balik dari sekolah dia." Terang Melur.
Anath hanya membalas dengan anggukkan.
"Hm... Asal nak jumpa ? " soal Mawar pelik.
"Errr... Aku nak beritahu kau something... Dah lama aku nak bagi tahu kau. Tapi cuma tak tahu bila waktu yang tepat dan hari ini... Cukup sudah tujuh tahun Rayyaz tinggalkan kita semua. Jadi... Aku tak mahu lagi simpan dari kau." ujar Anath sedikit ketakutan.
"Ini ada kene mengena dengan arwah Rayyaz ke ? " soal Mawar dengan jongketan kening.
"Hmm... Ye."
Terbuntang mata Mawar. Terus dia merapatkan lagi kerusi dia ke depan dan menongkatkan kepalanya memandang tajam wajah Anath.
"Err... Kau masih tak tahukan ? Kenapa Arwah Rayyaz bunuh Hadi ? "Soal Anath mencari kepastian.
Mawar membalas dengan anggukkan. Di ingat di mahkamah. Si suami hanya mengatakan dia bersalah atas tuduhan membunuh itu saja dan memang berniat.
"Ye... Jadi ? "
"Haih..."
Anath cuba mengumpulkan kekuatan untuk menceritakan semuanya kepada Mawar. Harap gadis itu faham.
" Mawar... Rayyaz bunuh Hadi di sebabkan engkau." Terang Anath membuatkan mata Mawar terbuntang.
"Aku ? Kenapa ? Apa maksud kau ? " soal Mawar pelik dan rasa ingin tahu membuak - buak di hatinya.
" Kau masih ingat ? Siapa lelaki yang seumur dengan kau yang pernah kutuk arwah ibu dan ayah kau ? " soal Anath.
Terbuntang mata Mawar.
"Tak mungkin... Hadi tu ke ? " Mawar terkejut apabila teringat balik. Dia fikirkan mangsa adalah seorang lelaki yang tak pernah dia temui. Tetapi sebaliknya...
"Hadi... Dia buli kau. Rayyaz sakit hati juga tengok kau terseksa dengan kelakuan kawan - kawan kau. Waktu kau balik sekolah... Kau ingat tak ada kereta hitam ikut belakang kau ? " soal Anath lagi.
"Tak... Aku dah tak ingat..."
"Itu kereta Hadi. Dia memang dah pelan dengan kawan - kawan dia untuk culik kau dan bawa kau lari. Dorang rancang untuk jual kau." terang Anath membuatkan Mawar terdiam.
" Pada waktu tu... Kereta Hadi berhenti dan dengan selamba Rayyaz masuk dan kelar leher Hadi dari tempat duduk belakang." terang Anath membuatkan Mawar terdiam.
Air mata mula bergenang di tubir mata. Terasa pedih kembali hatinya teringat wajah si suami.
"Kenapa Rayyaz buat macam tu ? " soal Mawar sebak.

YOU ARE READING
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomantizmAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...