BAB 1

5.1K 75 5
                                    

     "Ice cream chocolate mint for my angel" Mateen menghulurkan ais krim yang dibeli sebentar tadi. Puas dia menahan pakcik ais krim tadi. Nasib baik jeritan kasarnya didengari oleh pakcik ais krim.

"Puas berebut ais krim dengan budak-budak tu? Awak je budak besar dekat situ tau. Tak tahu malu" Melisa tertawa kecil.

Daripada awal dia sudah perhatikan encik tunangnya bersama beberapa orang kanak-kanak yang turut sama membeli ais krim pada pakcik itu. Dapat juga dia perhatikan perebutan antara mereka. Maklumlah tinggal satu sahaja ais krim coklat mint.

Keputusan akhirnya, sudah pasti Mateen yang menang. Mana pernah encik tunangnya kalah dengan mana-mana orang. Kecuali apabila bersama dirinya.

"Saya bukan bergaduh pun dengan diaorang. Saya minta elok-elok kot. Saya cakap bidadari saya nak makan" selamba sahaja Mateen berkata-kata.

"Awak cakap macam tu dengan budak kecil tu semua? Seriuslah? Buat malu je" wajah Melisa sudah merona memerah. Pipinya seperti memakai pewarna pipi merah jambu pekat.

"Takde apa nak dimalukan. Betullah awak tu bidadari saya" Mateen tersengih hingga menampakkan giginya yang tersusun cantik itu.

"Okay, that's enough. Don't say any words" Melisa menutup mulut Mateen dengan tangan kanannya. Kalau tidak ditutup mulut encik tunangnya, memang sampai ke sudah dia tidak berhenti memuji.

Mateen mengangkat kedua-dua belah tangannya sebagai tanda bendera putih.

Melisa mengalihkan tangannya daripada mulut Mateen. "Bidad..."

Terus mulut Mateen dikatup rapat semula.

"Saya kata diam" Melisa menjegilkan bebola matanya seakan-akan amaran. Mateen menolak tangan Melisa yang menutup mulutnya.

"Nak tutup, tutup mulut je. Bukan dengan hidung sekali. Mau biru muka saya nanti" Mateen menarik nafas lega apabila tangan kanan Melisa yang menutup mulut dan hidungnya dilepaskan.

"Okaylah tu biru. Boleh jadi avatar" Melisa menepuk perlahan pipi Mateen dan sambung menikmati ais krimnya.

"Nasiblah sayang...kalau tak..." Mateen menggeleng kepalanya perlahan.

"Kalau tak apa?"

"Dah humban awak ke tasik depan ni"

"Cubalah, cuba" Melisa mencabar Mateen sambil tersenyum sinis. Dia tahu, Mateen tidak akan berbuat sedemikian. Tidak pernah sekali pun di dalam hubungan mereka yang membuatkan Melisa mengalirkan air matanya kerana Mateen.

Hari-hari mereka penuh dengan gelak tawa. Ada sahaja perkara yang menghiburkan hati masing-masing. Apatah lagi Mateen yang berkhidmat di Grup Gerak Khas (GGK), jarang-jarang ada bersama Melisa.

Tapi, apabila ada depan mata, memang takkan pernah jemu berborak sesama mereka.

"Tunggulah...lain hari memang saya balas balik hal ni" Mateen memeluk tubuh sasanya.

"Tunggu jelah hari tu eh. Saya nak pergi toilet dekat sana" Melisa tersenyum mengejek dan menepuk perlahan bahu Mateen. Saja ingin membakar lagi encik tunangnya itu.

Dibiarkan Mateen menghabiskan ais krim ditangannya dan Melisa berlalu pergi untuk membuang hasilnya.

Setelah keluar daripada tandas awam di kawasan persekitaran itu, Melisa terlihatkan satu gerai yang menjual pelbagai buah-buahan. Terliur pula rasanya.

Terus sahaja kakinya melangkah ke arah gerai tersebut. Tangannya mula mencapai buah potong sejuk yang disediakan. Dibeli dua cawan buah potong untuk dirinya dan Mateen.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now