"Assalamualaikum, mama, adik. Kakak datang ni" Melisa mencabut rumput-rumput di pusara mama dan adik kembarnya. Dedaun kering turut dibuang ketepi.
"Kakak dah jumpa buah hati kakak, yang boleh jaga kakak dengan baik. Rugi mama dengan adik tak dapat jumpa Mateen. Dia baik gila tau, walaupun suka menyakat kakak"
"6 bulan je lagi kakak nak bernikah dengan Mateen. I really wish both of you will be there with me, bergembira dengan kakak untuk hari bahagia kakak....ma,kakak rindu.." tanpa disedari, air mata Melisa berjuraian jatuh ke pipinya. Teresak-esak dirinya meluahkan segala kesedihan yang terbuku di hati.
"Kenapa abah tak ambil kisah pun pasal kakak? Salah kakak ke, Allah ambil mama dengan adik dulu? Bukan abah je yang rindukan mama, kakak pun rindukan mama. Tak pernah kakak rasakan pelukan mama, ciuman mama. Tak pernah langsung, tapi kenapa abah masih letak semua beban kehilangan mama, adik dekat atas kakak? Kenapa?"
"Abah tak pernah kisah pun bila kakak cakap nak berkahwin dengan Mateen. Mesti dia seronok, cepat-cepat nak lepaskan tanggungjawab dia dekat suami kakak nanti" Melisa mengusap air matanya.
"Kakak harap sangat bukan kakak yang hidup. Biarlah mama dengan adik yang hidup. Mungkin abah takkan jadi macam ni. Tapi....kakak tak boleh nak salahkan takdir. Kakak boleh terima jelah nasib buruk kakak ni"
"Tapi, mama dengan adik jangan risaulah. Mateen selalu ada untuk kakak. Tengok, sekarang ni pun dia cari kakak juga. Tak habis-habis nak call" Melisa tersenyum kecil semasa melihat panggilan Mateen yang masuk ke dalam telefon pintarnya.
"Mateen dengan abang Aisy, dua-dua sayang kakak juga. Extra love diaorang bagi. Cuma, kakak tak suka tunjukkan kesedihan kakak depan diaorang. Tak nak diaorang sedih juga. Dah banyak diaorang berkorban untuk kakak"
Telefon pintarnya yang berdering disenyapkan. Lebih baik begitu. Biarlah seharian ini, Melisa ingin bersama-sama mama dan adik kembarnya. Inilah tempatnya mengadu nasib. Hanya Melisa bercakap seorang diri, berharap mama dan adik kembarnya menyahut percakapannya.
Tapi, Melisa tahu perkara sebegitu adalah mustahil. Mereka sudah tenang di alam yang lain dan dia yang masih hidup, hanya perlu kuatkan semangat sepenuhnya.
...
Mateen yang berada di hadapan kondominium Melisa kehulur-kehilir menanti bidadarinya pulang. Kerisauan dalam dirinya menerjah apabila Aisy menelefon pagi tadi. Katanya Melisa tidak bersarapan dan keluar rumah awal pagi.
Turut diberitahu mengenai perbualan Dato' Fayyadh bersama Melisa semalam.
"Abang, bawa bertenang sekejap boleh tak? Sekejap lagi kak Mel baliklah" Qistina mula bersuara. Penat rasanya apabila melihatkan abangnya yang tidak duduk diam daripada tadi.
"Macam mana abang tak risau, Qis...Melisa tak jawab call abang daripada tadi. Dah berpuluh call tak dijawab" Mateen mengeluh perlahan.
"Kak Mel balik rumah keluarga dia tak?"
"Takde, Aisy cakap Melisa tak balik sana"
Dengar sahaja bunyi tapak kasut keluar daripada pintu lif, terus kepala Mateen terarah ke sana.
"Melisa....pergi mana tadi hmm?" Mateen memeluk tubuhnya apabila Melisa menghampiri. Kunci kondominium Melisa ditangan diambil oleh Mateen dan dihulurkan kepada adiknya Qistina.
"Jumpa mama dengan adik" lemah sahaja suara itu menerpa gegendang telinga Mateen.
"Rasa lebih lega tak?" Mateen mengalihkan rambut Melisa yang menutupi wajahnya ketika dia menunduk. Rambut Melisa diselitkan di belakang telinganya.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...