"Emosi gila kau ni. Aku berhenti, patutnya kau bersyukur. Buka pintu ni, balik naik kereta aku je" Rayyan menarik beberapa kali pintu kereta yang dikunci daripada dalam oleh Melisa itu.
"Menyusahkan Rayyan je. Biarlah Mel duduk sini. Esok pagi ada lah orang yang tolong" Melisa memandang ke arah lain sambil berpeluk tubuh.
"Memang nampak aku tak berguna pun kan"
"Bukan orang tahu yang Rayyan ni suami Mel pun. Buat apa nak anggap diri tu tak berguna? Ke memang Rayyan tak berguna?" Melisa mengesat air matanya lagi. Kecewa yang teramat.
"Asal kurang ajar sangat mulut kau ni?" Rayyan sudah mengetap rahangnya, bengang.
"Sebab suami Mel, tak patut dihormati sekarang ni"
"Salah ke Mel cakap yang Rayyan memang tak berguna? Selama ni, belakang Mel Rayyan buat lagi kerja terkutuk tu! Mel ni tak cukup ke untuk Rayyan?!" Melisa tidak tertahan amarahnya, kali ini Rayyan dihamburkan.
"Kau cakap apa ni?" Rayyan mengerutkan dahinya, kurang faham apa yang membuatkan Melisa mengamuk sebegini.
"Bagus lakonan Rayyan. Pura-pura tak tahu. Kalau betul, Rayyan nak balik pada Maya. Kahwin dengan dia terus, bukan buat kerja memalukan macam tu. Tapi, Rayyan kena lepaskan Mel pergi" Melisa memandang ke arah Rayyan yang berdiri di luar keretanya.
Entah daripada mana datang kekuatan dalam dirinya melontarkan kata-kata yang tidak sanggup untuk Melisa, disaat hati mula mengukir nama Rayyan Nick Eskandar. Kalaulah perkahwinan mereka membuatkan Rayyan terasa terikat, lebih baik minta dilepaskan.
"Buka pintu ni sekarang sebelum aku pecahkan tingkap kereta kau" Rayyan menepuk kuat badan kereta Melisa.
Melisa masih berkeras mendiamkan diri di dalam kereta.
"Melisa Adriana, buka pintu ni"
Ketukan demi ketukan yang kuat dibuat oleh Rayyan. Akhirnya Melisa mengalah, pintu keretanya dibuka. Tangan Rayyan terus menggenggam erat miliknya dan Rayyan turut mencapai beg tangan Melisa di tempat duduk sebelah.
"Sakitlah...Rayyan" Melisa cuba meleraikan genggaman kuat yang dirasakan Melisa pada pergelangan tangannya. Rayyan melepaskan genggaman tangannya. Melisa terus menggosok pergelangannya.
"Kalau Rayyan nak berkasar macam ni, lebih baik lepaskan Mel. Kalau tak, lepas ni apa pula Rayyan akan buat? Pukul? Tampar?" Melisa merampas beg tangannya yang digenggam Rayyan.
"Kau terseksa sangat ke hidup dengan aku? Macam aku dera kau yang buatkan kau minta aku untuk lepaskan kau" Rayyan meraup kasar wajahnya.
"Mel terseksa dengan layanan Rayyan yang sekejap baik dan sekejap moody macam ni. Sebab Mel ganggu waktu Rayyan dengan Maya ke tadi?"
"Kau memang tak habis-habis nak kaitkan Maya dalam hal kita"
"Memanglah. Mel tak pekak lagilah nak dengar apa Rayyan dengan Maya buat. Mel rasa diri ni bodoh gila. Buat macam-macam untuk suami yang tak hargai Mel langsung!"
Rayyan mengeluh berat. Ini mesti salah faham. Melisa sudah salah faham dengan dirinya.
"Kau ada minta penjelasan aku tak? Kenapa nak main serkap jarang je ni?" Rambut Rayyan yang kemas itu digosok kasar oleh Rayyan sendiri. Sakit kepalanya memikirkan hal yang berlaku.
"Penjelasan yang akan diputarbelitkan oleh Rayyan sendiri. Maknanya, Rayyan dah tak sayangkan Mel lagi. Macam itu sahaja terhapus kita punya janji kan? Janji untuk Rayyan berubah" Melisa tersenyum paksa. Air mata tidak berhenti mengalir. Melisa turut membawa langkahnya jauh. Walaupun rumah Rayyan masih berjarak 10km, lebih baik dia berjalan dalam kegelapan daripada bersama Rayyan di dalam kereta.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
عاطفية//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...