Bab 62

1.3K 38 0
                                    

Telefon pintar Rayyan yang sedari tadi berbunyi tanpa henti dimatikan segera. Suaminya itu masih lena diulit mimpi. Di kesempatan itu, Melisa mencuri-curi membuka telefon pintar Rayyan kerana itu bukan bunyi daripada penggera.

Alangkah menyampahnya Melisa apabila nama Maya tertera di skrin telefon pintar Rayyan. Terus sahaja telefon pintarnya dicapai.

"Let's start the war" Melisa tersenyum sinis sambil berbisik perlahan, tidak mahu didengari oleh Rayyan. Gambar Rayyan yang sedang lena itu diabadikan di dalam telefon pintarnya dan dihantar ke akaun Instagram Melisa sendiri.

 Gambar Rayyan yang sedang lena itu diabadikan di dalam telefon pintarnya dan dihantar ke akaun Instagram Melisa sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Peneman dikala waktu malam❤️

Sejurus dihantar gambar tersebut, Melisa terus sahaja berbaring di atas tubuh belakang Rayyan dan hanya dikenakan baju hoodie milik suaminya yang berada di atas lantai akibat kejadian semalam.

"Rayyan...tak nak bangun lagi ke" Melisa mengucup belakang badan Rayyan yang terdedah itu.
"Awal lagi ni, Mel" Rayyan bersuara perlahan.

"Kita tak boleh sia-siakan masa cuti dekat sini. Bangun cepat, kalau tak....Mel geletek" Melisa terus duduk di atas punggung suaminya itu. Kusyen terbaik dalam hidupnya.

"Ada nampak Rayyan kisah ke?" Rayyan tersenyum mengejek bersama matanya yang masih pejam rapat.
"Ohh....tak kisah...." Melisa menggeletek pinggang Rayyan dan juga ketiak suaminya itu.

Memang Rayyan seorang penggeli, jangan dikacau sikit terus suaminya itu bergerak laju mengelak jari jemari Melisa yang bermain dengannya.

"Mel....stop it..geli oiii" Rayyan gelak dan cuba menolak Melisa daripada punggungnya tapi disebabkan kedudukan Melisa lebih stabil, Rayyan tidak dapat mengelak.

"Melisa enough. Rayyan nak bangunlah niii.. ya Allah..." Rayyan tak tertahan gelaknya. Memang nak kena denda isterinya ini. Tak dengar kata.

"Rayyan tipu" Melisa menyerang pinggang Rayyan tanpa henti. Belum sempat Melisa ingin menari-nari jarinya pada ketiak Rayyan lagi sekali, tubuhnya sudah terbaring di atas katil apabila Rayyan mengalihkan keseluruhan badannya.

Terjerit kecil Melisa dibuatnya. Terkejut dengan tindakan Rayyan itu.

"Kan Rayyan cakap suruh berhenti tadi. Degil" Rayyan mengepung tubuh kecil Melisa di bawahnya. Isterinya itu tersengih tidak bersalah.
"Rayyan lah, siapa suruh tak nak bangun awal-awal" Melisa mencubit kedua-dua belah pipi Rayyan.

"Eh, salahkan kita pula" Rayyan mengucup pipi Melisa.
"Memang pun" Melisa menarik hoodie dikepalanya untuk menutup wajahnya. Kalau dibiarkan memang lagi Rayyan tidak melepaskannya. Lain ceritanya nanti.

"Mel ingat boleh sorok-sorok daripada Rayyan ke?" Giliran Rayyan pula mengusik Melisa, tangannya yang nakal memasuki baju panas itu daripada bawah.

"Tak nakkk" Melisa menolak tangan Rayyan daripada menyentuhnya.
"Berdosa tau tolak permintaan suami"

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now