Melisa terdengar akan ketukan di pintu biliknya. Matanya baru sahaja ingin dibuai mimpi. Esok jadualnya ada untuk lawatan tapak pembangunan, jadi dia perlukan rehat yang secukupnya.
Pintu bilik dikuak perlahan, kepalanya sahaja dijengah kepada Rayyan yang berada di hadapan pintu bilik tidurnya.
"Kucing kau masuk bilik akulah. Bawa dia keluar cepat. Habis bulu-bulu kucing bersepah atas katil aku"
"Tadi Mel nampak Bear dekat bawah meja makan. Takkan dia dalam bilik Rayyan pula"
"Habis tu, kau nak kata aku menipu ke? Dia ikut masuk bilik aku tadi, aku tak perasan" Rayyan pandang Melisa dengan riak tidak puas hatinya.
"Kau fikir apa lagi, bawa dia keluar"
Terkejut Melisa dibuatnya apabila Rayyan seakan-akan menyergah dirinya yang termenung jauh tadi. Fikirannya sudah di atas katil tapi jasadnya masih dipintu.
Susah betul dapat suami kerjanya nak mengarah sahaja.
Kakinya berjalan keluar daripada bilik tidur. Tidak perasan akan pakaian tidurnya yang hanya mengenakan seluar pendek satin paras peha dan baju tidur satin yang berlengan pendek.
"Bear sayang...kenapa masuk sini?" Melisa berjalan ke arah kucingnya yang bersantai di atas katil Rayyan.
"Katil kakak lagi selesa tau" Melisa memanjat ke atas katil Rayyan dan mengambil Bear ke dakapannya.
"Sorry, Rayyan...."
Melisa menoleh kebelakang dan tiada kelibat Rayyan di situ.
'Mana pula Rayyan pergi ni? Tadi, macam ada ikut daripada belakang' Melisa mengerutkan dahinya.
"Bear nak tidur dengan kakak ke malam ni? Tapi, nak berak ke kencing ke mesti keluar bilik tau. Kakak biarkan pintu terbuka sikit" Melisa bercakap bersama Bear dipelukannya. Langkah kaki diatur semula ke bilik tidurnya.
Melisa meletakkan Bear di atas katilnya pula. Bear mula mengeliat keletihan. Jadi kucing pun penat.
Dum!! Dum!! Dum!!
Cepat sahaja Melisa bangun daripada pembaringannya. Macam nak tercabut pintu biliknya apabila diketuk secara kasar.
"Mel! Kau keluar sekarang!"
Bagai nak luruh jantung Melisa ketika itu. Suara pekikan daripada Rayyan menerobos ke dalam gegendang telinga miliknya.
"Kenapa ni Rayyan?" Melisa membuka luas pintu bilik yang menjadi penghalang mereka.
"Kau nak bunuh aku ke? Kau letak apa dalam dinner aku tadi?!" Keras sahaja soalan daripada Rayyan. Matanya mencerlung tajam ke arah Melisa. Terasa seperti diri Melisa begitu kerdil waktu ini.
"Mel...Mel mana ada letak apa-apa..Mel masak..macam biasa" Melisa menelan air liurnya yang kesat.
Tapi, dalam takutnya, dia dapat lihat keadaan Rayyan yang sedikit berpeluh dan memerah mukanya. Rayyan kerap batuk dan menepuk kasar dadanya.
"Rayyan...Rayyan kenapa ni?" Melisa memegang lengan Rayyan.
"Don't touch me. Kalau tak suka aku pun, jangan sampai nak tarik nyawa aku" Rayyan berjalan ke bilik tidur disebelah, tinggal berbaki beberapa kudratnya sahaja. Tangannya naik bersandar pada dinding, cuba menampung badannya yang semakin lemah.
"Biar Mel tolong" Melisa yang sudah buntu dengan keadaan Rayyan cuba mendekati Rayyan semula.
Tadi, Rayyan kelihatan baik sahaja. Belum lima minit, Rayyan sudah bereaksi sebegini rupa.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...