BAB 50

1.6K 37 0
                                    

     Melisa berjalan di sekeliling buffet, mencari-cari apa yang hendak di makan untuk sarapan. Sambil-sambil itu, telefon pintar dilekapkan di telinga. Setia menelefon Rayyan walaupun tiada jawapan.

"Off kan telefon kau boleh tak? Call aku banyak kali, kenapa?"

Suara Rayyan yang menerpa secara tiba-tiba di tepi telinganya membuatkan Melisa segera berpaling. Hanya jarak beberapa inci sahaja wajah mereka berdua.

Rayyan turut terkedu sama apabila memandangkan bibir merah delima Melisa yang hanya beberapa inci dengannya. Tidak disangka Melisa akan terus berpaling padanya.

"Phone aku dah hang sebab kau, tahu tak?" Rayyan berdehem dan segera menegakkan badannya. Melihat pula kepada buffet makanan yang sudah tersedia oleh pihak hotel.

"Pagi ni, Rayyan makan berat sikit tau" Melisa menarik tangan Rayyan untuk ke bahagian makanan berat seperti nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng dan juga kuew tiau goreng.

"Takde selera lah"

"Kalau nak tunggu ada selera, memang lambatlah Rayyan nak makan" Melisa menghulurkan pinggan berisi bihun goreng beserta ayam goreng crispy kepada Rayyan.

"Nanti tak habis membazir je" Rayyan merungut dengan keluhannya.
"Kalau tak nak membazir, habiskan lah" Melisa tersenyum lebar. Teh o panas turut diambilkan untuk Rayyan.

Melisa memeluk lengan Rayyan dan di bawa duduk bersama-sama di meja berempat, ada Arisha sedang menikmati juadah sarapannya.

Mujur sahaja tiada rakan pejabat Melisa dan juga majikannya ketika itu. Jadi, tiada masalah untuk menyentuh suaminya sendiri. Melisa turut mengambil beberapa jenis kuih muih di dalam pinggan kecil dan diletakkan di hadapan Rayyan sebelum mengambil sarapan untuk dirinya.

"Boleh habis ke semua ni?" Dilan meletakkan tangannya di dada. Terkejut dengan juadah sarapan di atas meja.

"Rayyan boleh habiskan" Melisa mengangguk dengan sengihan mengusiknya.

"Sebab dia tak makan semalam ke? Faham" Dilan tertawa kecil.
"Kau ingat perut aku ada banyak tong ke" Rayyan mengambil kuih talam dan segera dimakannya. Sedap.

"Banyak bunyilah kau ni. Makan jelah" Dilan menjeling Rayyan di sebelahnya.

Melisa melihat pada suaminya yang sedang menikmati sarapan bersama senyuman. 'Dengar kata juga' detik hati Melisa.

...

     Hari kelima mereka bertandang di negeri Perlis dan juga hari terakhir mereka disana, Rayyan tidak berjumpa dengan Melisa seharian kerana perlu menghadiri mesyuarat secara atas talian bersama para pekerjanya.

Hanya Dilan dijadikan wakil untuk menyelesaikan hal di resort bersama Raees.

Sudah namanya bos, dimana-mana sahaja bekerja. 24 jam bekerja.

Tetapi, walaupun urusan Rayyan bersama pekerjanya sudah selesai, dia hanya tinggal di hotel sahaja dan mengemas beg pakaiannya untuk dibawa pulang tengahari nanti.

Hubungan Rayyan bersama Melisa masih tidak semesra dulu. Banyak hal yang bermain difikiran Rayyan mengenai perkahwinan mereka. Adakah Melisa mencintainya hanya sekadar belas kasihan? Atau rasa hormatnya pada Rayyan sebagai seorang suami?

Lamunan Rayyan mati apabila deringan telefon pintarnya kedengaran.

Rayyan bangun daripada duduknya di sofa dan mengambil telefon pintarnya di atas katil.

"Rayyan, dah settle meeting ke?" Suara Dilan kedengaran di sebelah sana.

"Dah, aku tengah pack barang"

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now