BAB 18

1.5K 42 2
                                    

     Melisa mendakap erat tubuh Rayyan disebelahnya, entah kenapa dia rasakan selamat saat itu.

Denyutan jantung Rayyan bagaikan rentak yang menenangkan.

'Rayyan?' segera mata Melisa terbuntang luas. Melisa mengeluh perlahan.

'Kalau sudah tidur berdua inilah jadinya, syaitan adalah yang ketiga. Eh, sekejap! Tapi dah kahwinlah' detik Melisa di dalam hatinya.

Rangkulan erat dipinggangnya seakan-akan Rayyan tidak mahu melepaskannya. Tidur lena kah Rayyan semalam?

Wajah Rayyan yang sedang lena itu diusap perlahan. Jari Melisa menari-nari diatas alis kening Rayyan yang terbentuk cantik itu.

Hidung mancung Rayyan disentuh perlahan, begitu juga dengan bibir Rayyan. Terus jantung Melisa seakan-akan tidak berdetak dengan betul. Lagi-lagi teringatkan kejadian malam semalam.

Tangan Rayyan naik mengesat matanya. Melisa segera memejamkan semula matanya, berpura-pura masih tidur nyenyak walhal jantungnya sudah laju berdetak.

Rayyan mengusap perlahan rambut Melisa yang berada dalam dakapannya. Betul kata Melisa, Rayyan tidak memerlukan pil tidurnya kalau Melisa ada bersamanya.

Sudah dua hari tidurnya lena.

Rayyan mengucup dahi licin Melisa. Kedua-dua belah pipi Melisa juga dicium. Masa Melisa tidurlah Rayyan boleh memanjakan Melisa dengan ciumannya.

Tapi, apabila Rayyan perhatikan wajah Melisa yang sedang tidur itu, dia seakan-akan merasakan Melisa sudah pun terjaga. Bibir Melisa yang terkatup rapat seperti semalam dipandang lama.

Sah! Melisa sudah terjaga.

Senyuman nakal terukir di bibir Rayyan. Tak sangka pula Melisa hanya berpura-pura tidur tadi.

Rayyan mengucup lagi pipi kiri Melisa dan ciuman itu semakin dekat dengan bibir Melisa yang tertutup rapat itu.

"Assalamualaikum, Puan Melisa Adriana. Suka kena cium ke? Tak nak bangun dah?" Rayyan berbisik perlahan di tepi telinga Melisa.

Melisa masih diam membisu. Berdegil dan masih mengeraskan dirinya.

"Okaylah kalau macam tu" Rayyan tersenyum sinis dan ketika bibirnya hampir bertaut pada bibir Melisa yang diidamkannya sejak semalam, terus sahaja Melisa menolak dada Rayyan menjauhinya.

Selimut ditarik menyelubungi sehingga ke kepala. Melisa bergolek di atas katil Rayyan menjarakkan kedudukan mereka.

"Nak pergi mana tu, Puan Melisa?" Rayyan tertawa mengusik.

"Diamlah" Melisa bercakap kuat daripada dalam selimut itu.

"Sinilah...aku tak habis lagi tadi" Rayyan menarik selimut di tubuh Melisa. Sengaja mengusik.

"Tak nak!" Melisa menjerit kuat.

Rayyan tersenyum lebar kerana dapat mengenakan Melisa pagi-pagi Subuh ni. Risau betul Melisa kalau Rayyan melebihi batasnya.

"Nak jadi makmum aku tak? Kalau nak, cepat bangun" kali ini Rayyan memancing Melisa pula.

"Nakkk" Melisa terus duduk di atas katil Rayyan. Habis rambutnya menjadi kusut masai apabila selimut di tarik kebawah bagi memperlihatkan wajahnya.

Rayyan tersenyum sinis dan melangkah turun daripada katil. Kaki terus menuju ke bilik airnya.

Melisa juga segera keluar daripada bilik Rayyan untuk mengambil wuduk di bilik airnya dengan segera. Risau Rayyan tidak menunggu untuk solat berjemaah bersama.

...

     "Wahh, banyak senyum eh ini ah boy" Dilan menepuk tangannya ketika memasuki bilik pejabat Rayyan.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now