"Balik, aku ambil kau juga. Kalau aku ada hal, aku suruh Dilan pickup" Rayyan memandang Melisa yang sedang menanggalkan tali pinggang keselamatannya.
"Dilan suami Mel ke Rayyan? Kalau Rayyan ada hal, Mel boleh minta Arisha hantar balik" Melisa menyandang beg tangannya di bahu.
"Mel pergi dulu. Assalamualaikum" Melisa membuka pintu kereta Rayyan.
"Sebelum Mel lupa...." Melisa tutup pintu kereta semula."Esok, Mel kena pergi Perlis untuk lawatan tapak dengan rakan sekerja sekali. Arisha will be there too"
"Jauh sangat ke sana" Rayyan mengerutkan dahinya.
"Itukan projek yang Rayyan sendiri invest. Masa tandatangan kontrak tak nampak ke tempatnya? Lagi satu, Rayyan sendiri tak tahu progress resort tu kan? Rayyan tahu, bagi duit je. Yang lain suruh Dilan yang handle"
"Berapa lama?"
"I don't know, it depends" Melisa menjungkitkan bahunya.
"Aku tak benarkan kau pergi. Kau belum sihat sangat. Lagipun, mama dengan papa kan ada dekat rumah. Buat apa nak keluar?" Rayyan menggelengkan kepalanya.
"Mel tak minta izin, Mel hanya beritahu Rayyan mengenai jadual Mel esok. Pasal mama dengan papa, Mel ada bagitahu papa. Dia okay je. Dia tahu Mel bekerja bukannya menggeletis" sindir Melisa sambil memandang ke arah Rayyan.
"I said no. You can't go with them"
"Sampai bila nak simpan Mel? Rayyan boleh keluar dengan Maya selalu kalau Mel takde dekat rumah. Tak payah balik pun takpe kan?"
"She's just a friend. I don't do shit behind you"
Melisa hanya memandang pada Rayyan sebelum keluar daripada kereta. Laju sahaja kaki melangkah ke dalam bangunan pejabatnya. Memang manusia dah buat silap, takkan mengaku salah.
Rayyan mengurut dahinya, daripada tidak sakit tiba-tiba berasa berdenyut pula pagi-pagi ini.
...
"Mel pergi Perlis dengan apa? Bas? Kereta?" Rayyan duduk di birai katil Melisa dan hanya melihatkan si isteri mengemas bajunya untuk dimasukkan ke dalam bagasi bersaiz sederhana.
"Bukan pergi lawatan belajar sampai nak naik Bas. Naik van je" Melisa bangun daripada duduknya dan bergerak ke meja solek. Barang keperluannya di bawa di dalam beg kecil.
"Berapa orang pergi?" Rayyan bertanya lagi.
"6 orang je"
"Raees pergi tak?"
"Memanglah pergi, dia yang plan"
"Berapa lama dekat sana? Takkan takde specific date untuk balik?" Rayyan memeluk tubuhnya.
"Memang takde. Ikutlah kerja kitaorang siap bila. Siap cepat, awallah balik" Melisa mengambil ubat yang diberi doktor ketika rawatan alahannya. Buat masa ini memang Melisa bergantung pada ubat kerana pernafasannya masih susah sedikit, lagi-lagi kalau Melisa dalam keadaan yang keletihan.
"Hmm, tidur awal lah hari ni. Tak payah nak berjaga teman mama tengok hindustan pula. Nanti bangun lambat" Rayyan mendukung Bear dan melangkah pergi meninggalnya bilik tidur Melisa.
Rayyan menghantar satu pesanan ringkas kepada Dilan dan berjalan ke ruang dapur, kehausan terasa di tekak.
Keesokkan paginya, sekitar pukul 7 pagi Melisa sudah bersiap untuk berangkat ke Perlis. Hanya menunggu Arisha mengambilnya sahaja.
Sarapan turut sudah siap dihidangkan oleh Melisa awal pagi tadi seusai solat Subuh. Puan Qaula dan Encik Raymond turut bersarapan bersamanya.
Ting Ting
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...