"Baguslah kalau macam tu. Sebab saya tak suka jumpa orang yang sama dalam hospital tu" Dr. Nabila menggelengkan kepalanya.
"Saya pun tak suka jumpa doktor dalam hospital tu" Rayyan tersenyum kecil.
"That's good, she's the best medicine for you. Jangan ikut kata hati sangat kalau apa-apa berlaku. Encik Rayyan tahu kan apa nak buat kalau marah menguasai segalanya?"
"Kalau marah, duduk untuk lima minit. Kalau masih lagi ada perasaan marah tu, doktor selalu nasihat untuk saya baring. Jangan bercakap, jangan buat apa-apa kecuali dua perbuatan tu" Rayyan mengangguk perlahan walau hakikatnya jarang sekali dirinya membuat perkara itu.
"Itu pesan Rasulullah. Tak rugi kalau Encik Rayyan laksanakan. Sebab mulut yang bercakap ketika marah lagi tajam daripada mata pedang. Kadang-kadang kita tak maksudkan pun apa yang kita katakan. Ada masa, kita bercakap sahaja tetapi lepas marah dah reda, kita lupa apa yang dikatakan. Jadi, saya tak naklah Encik Rayyan ada sifat marah membabi buta itu lagi"
"Marah ni sifat syaitan. Tak elok" Dr. Nabila menasihati Rayyan dengan lembut, risau juga jika bekas pesakitnya ini terasa hati. Maklumlah, sudah bertahun-tahun berlalu dan Rayyan pun tidak lagi ada temujanji bersamanya serta tidak bergantung pada ubat-ubatan lagi.
"Insya'Allah saya akan ikut kata-kata doktor tu. Lagipun, isteri saya ni cenggeng. Saya nak marah pun kadang-kadang tak sampai hati. Marah sekejap je" Rayyan tertawa kecil.
"Lebih bagus macam tu. Bahagia rumah tangga tau" Dr. Nabila mengangguk.
"Rayyan, ada bawa duit tak?" Melisa tiba-tiba datang dari arah belakang bersama Arman. Entah bila isterinya itu meninggalkan kawasan permainan pun dia tidak perasan.
"Hmm? Kenapa?" Rayyan mengerutkan dahinya. Isterinya kena peras ugut ke sampai minta duit daripadanya.
"Nak beli ais krim. Mel nak belanja Arman tapi, lupa tak bawa wallet tadi" Melisa tersengih menampakkan giginya. Rayyan menggelengkan kepala dan poket seluarnya diseluk. Dompet dibawa keluar dan dihulurkan RM20 kepada isteri tercinta.
"Takde duit kecil ke? Senang uncle tu nak bagi baki" Melisa mengomel dan mencekak pinggangnya.
"Itu je paling kecil. Mel belilah untuk doktor sekali, lebih tu Mel sedekah dekat uncle tu. Senang, tak payah baki" Rayyan mengerutkan keningnya. Simple math. Itu pun isterinya ingin mengomel macam mak nenek.
"Oh..boleh eh macam tu?" Melisa membetulkan rambutnya yang ditiup angin itu.
"Duit Rayyan, suka hati Mel lah nak buat apa pun sebab duit Mel juga" Rayyan mengangguk."Terima kasih. Jom, Arman" Melisa berjalan semula ke arah pakcik cina yang sudah menunggu mereka berdua itu.
"She's cute" Dr. Nabila tertawa kecil. Rayyan hanya membetulkan rambutnya yang ditiup angin juga. Nampak macam bila-bila masa sahaja hujan akan turun. Langit sudah pun gelap.
"Encik Rayyan, saya rasa kita semua dah kena balik, hujan kejap lagi ni" Dr. Nabila memandang ke langit dan segera bangun apabila anak lelakinya menghampiri semula.
"Nah..untuk ibu" Arman menghulurkan ais krim di tangan kecilnya untuk Dr. Nabila. Melisa tersenyum kecil memandang dua beranak itu.
"Terima kasih...do you already say thank you to kakak Melisa and uncle Rayyan?" Dr. Nabila bertanya pada anaknya.
"Terima kasih kakak Melisa. Terima kasih uncle Rayyan" Arman menundukkan kepalanya sedikit.
"Hopefully we can meet each other again. Cepat balik, hari nak hujan" Dr. Nabila tersenyum senang.
"Hati-hati balik. Jumpa lagi" Melisa bersalaman dengan Dr. Nabila.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...