"Selama ni, hidup kau bahagia dengan Mateen tapi ada kau terfikir pasal hidup aku? Lepas kau dah hancur dan mainkan perasaan aku. Ada tak terdetik sesaat dalam diri kau pasal aku bila terang-terangan kau bercinta dengan Mateen?" Pandangan Rayyan berubah ketika matanya bertentang mata dengan Melisa.
Dapat dilihat matanya yang sedih dan bukannya egois seperti tadi.
"Hati aku hancur, Mel. Kau tahu tak? Sampaikan aku minta pada Allah untuk lupakan kau daripada fikiran aku" Rayyan mengalihkan rambutnya yang basah di dahi ke belakang.
"Aku penat, aku penat untuk menjadi seorang pejuang dalam meraih perhatian kau. Tapi apa aku dapat? Hanya kekalahan dan aku terpaksa mengikhlaskan setiap perkara yang berlaku"
"Rayyan...." Melisa cuba menggenggam tangan Rayyan dan ditepis laju oleh Rayyan sendiri.
"Nak tahu jawapan sebenar kenapa aku setuju untuk perkahwinan ni? I just fulfilled my 17 years old's wish, to make you mine"
Terus sahaja Rayyan melangkah semula ke dalam dewan tertutup itu. Songkok hitam di tangannya, di genggam erat.
"Weyh apahal kau basah lencun ni?" Dilan segera berjalan disebelah Rayyan.
"Aku nak balik" Rayyan memberhentikan langkahnya.
"Kau gila ke, tetamu ada lagi kot. Ini majlis perkahwinan kau tau. Kau lupa ke?" Dilan memandang sekeliling bersama senyuman yang cuba dikawal.
"Pahal pipi kau merah? Hujan-hujan pun pakai blusher ke?"
"Jangan sampai pipi kau pun aku pakaikan blusher" Rayyan menarik kolar baju Melayu Dilan.
"Rayyan, kenapa ni?" Puan Qaula mengusap lengan Rayyan perlahan. Anaknya yang sudah basah dek hujan diperhatikan. Baru sahaja dia juga melihat Melisa yang turut dalam keadaan yang sama seperti anak tunggalnya itu.
"I have enough and I want to go home. Mama uruskan lah apa patut dekat sini. Kunci kereta mana?" Rayyan memandang ke arah Dilan.
Dilan terus sahaja menghulurkan kunci kereta Rayyan yang disimpannya.
"Jangan lupa bawa Melisa sekali" Puan Qaula mengusap rambut anaknya itu. Tiada balasan daripada Rayyan, sebaliknya Rayyan hanya berjalan ke arah pintu keluar dewan tersebut.
Apa dia peduli akan mata-mata yang memandangnya. Mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam hidup Rayyan ketika ini.
Kelihatan Dato' Fayyadh yang berdiri bersebelahan Melisa. Dapat dilihat riak tegang bapa mertuanya dan Melisa pasti dimarahi oleh Dato' Fayyadh saat itu.
Laju sahaja kaki Rayyan melangkah ke arah mereka. Tangan Melisa digenggam erat dan ditarik isterinya itu ke pintu keluar dewan tanpa menghiraukan Dato' Fayyadh yang terkejut dengan tindakan Rayyan itu.
"Rayyan...kita nak pergi mana ni?" Melisa mengekori langkah besar kaki Rayyan.
"Balik atau kau nak duduk sini?" Rayyan melepaskan genggaman tangan Melisa.
"Tak nak duduk sini" Melisa menggelengkan kepalanya laju.
Rayyan melangkah masuk ke dalam keretanya, Melisa turut mengikutinya. Risau jika Rayyan meninggalkannya sendirian.
Pemanas kereta dihidupkan dan suasana kereta kembali sunyi, hanya radio yang memainkan lagunya sendiri.
"Mel minta maaf pasal tadi..." Melisa bersuara bagi memecahkan kesunyian yang dirasakan.
Tiada balasan daripada Rayyan. Agak sukar untuk Melisa mengetahui perasaan Rayyan waktu ini kerana wajahnya yang tidak bereaksi. Marahkah dia? Kecewakah dia?
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...