BAB 41

1.4K 36 2
                                    

"Kau rasa, aku boleh jadi ayah yang baik tak?"

"Mel dah pregnant ke?" Terbeliak biji mata Dilan.

"Belum bodoh. Aku tanya je"

"Kau nak ada anak dengan Mel tak?"

"Memanglah nak. I want to have my little family too" Rayyan meraup wajahnya kasar. Sejak Melisa bertanyakan soalan itu, fikiran Rayyan sedikit bercelaru. Risau akan semua perkara yang mungkin berlaku.

"Tu dah ada jawapan" Dilan menunjuk pada diri Rayyan sendiri.

"Aku tak faham"

"Kau cakap, kau nak ada keluarga sendiri. Maknanya kau dah ready. Itu satu. Yang kedua, kalau ditakdirkan Tuhan untuk Dia tiupkan zuriat dalam kandungan Mel, for sure kau sendiri yang akan berubah untuk menjadi seorang ayah yang terbaik"

"Sebab Rayyan Nick Eskandar dah bersedia untuk menggalas tanggungjawab tu" Dilan tersenyum lebar, menampakkan barisan giginya yang tersusun.

"Yang penting, hati kau ikhlas untuk sayang anak kau nanti. Lain-lain akan dipermudahkan oleh Dia" Dilan menepuk bahu Rayyan perlahan.

"Kalau aku jadi macam dulu balik, macam mana? Kesian dekat Mel dengan anak aku nanti"

"Kau ada tergerak hati nak jadi macam dulu ke? Rindu perangai setan kau?"

"Takdelah, tapi..."

"Allah tu sentiasa membolak-balikkan hati hamba-Nya. Iman kita sentiasa turun naik, tapi itu bukan tiket untuk kau balik kepada zaman kegelapan kau. Dulu, hidup kau berseorangan. Tapi sekarang, kau dah ada Mel. Wanita yang kau puja daripada dulu"

"Fikir baik-baik, Rayyan. Allah dah bagi semua yang kau nak, takkan kau nak khianat Pencipta kau sendiri" Dilan menggelengkan kepalanya.

Rayyan menarik nafas panjang. Ada betul kata Dilan itu. Hidupnya serba lengkap, mewah. Ada ibu bapa yang menyayanginya, ada juga isteri yang diidamkan selama ini. Kalau kewujudan anak dapat melengkapkan lagi hidupnya, pasti kehidupan dia lebih bermakna.

"Aku balik dululah" Rayyan melangkah ke pintu utama rumah rakannya itu.
"Lah, kata nak main game dengan aku" Dilan menunjuk ke arah kaca televisyen yang menyala itu. PlayStation 5 sudah siap terpasang juga.

"Balik buat anak lagi berfaedah. Nanti-nantilah aku datang lagi" kata Rayyan, seolah-olah rumahnya jauh sahaja. Padahal hanya sekangkang kera sahaja jarak antara rumah mereka.

"Memang perangai serupa oink oink" Dilan mendengus.

"Kalau aku oink oink, kau wuff wuff" Rayyan tertawa senang dan menutup pintu utama rumah Dilan itu. Langkahnya menuju laju ke rumah agam miliknya.

"Mel?" Rayyan melihat sekeliling ruang tamu. Tiada.

"Cintaaa" Rayyan berjalan ke bilik tidurnya dan juga bilik tidur Melisa. Kosong.

"Melisa Adriana" Rayyan memanggil Melisa lagi. Belakang kepala diusap perlahan. Kaki Rayyan terhenti apabila terdengarkan Bear mengiau. Telinganya berjalan mendekati bunyi Bear itu. Mesti Melisa ada disana.

Bibirnya terukir senyuman apabila melihatkan susuk badan belakang isterinya yang sedang duduk bersila hadapan Bear di laman belakang rumahnya.

"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Mateen,
Happy birthday to you"

Melisa menepuk perlahan tangannya bersama satu mini kek cawan yang diletakkan di tengah-tengah antara Melisa dan kucing kesayangannya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now