BAB 17

1.5K 50 0
                                    

     Melisa tersenyum gembira apabila solat Maghrib dan Isyak diimamkan oleh Rayyan sendiri. Sempat juga Melisa membeli sejadah baru untuk Rayyan sebelum dia pulang tadi.

Hujan di luar rumah terasa nyaman untuk Melisa. Kakinya mengorak langkah ke balkoni bilik. Udara sejuk menerpa tubuhnya. Walaupun berbaju tidur yang hanya berseluar pendek, tidak dihiraukan oleh Melisa.

Melisa duduk di kerusi sambil melihat perkarangan rumah Rayyan. Kakinya dinaikkan dan dipeluk lututnya saat itu.

Tanpa disedari, Melisa yang duduk termenung itu diperhatikan juga oleh Rayyan. Rayyan menongkat dagu pada palang balkoni biliknya.

"Apa yang kau fikir, Mel?" Rayyan bercakap sendirian.

Rayyan menggapai telefon pintarnya di dalam poket seluar pendeknya. Tidak sejuk agaknya mereka berdua ini.

Panggilan disambungkan pada telefon Melisa. Deringan di telefon pintar Melisa mengalihkan pandangannya pada hujan yang turun.

Melisa memandang ke arah telefon pintarnya di sisi. Senyuman kecil terukir di bibir Melisa.

"Yes, Rayyan?" Melisa menjawab.

"I'm bored"

"Okay, so?" Melisa sengaja berpura-pura tidak faham.

"Nevermind, Mel. Sleep tight" Rayyan segera mematikan panggilan telefonnya. Entah apa difikirkan sehingga memberitahu Melisa akan kebosanannya. Sudah tentu sahaja, Melisa tidak boleh berbuat apa.

Melisa di balkoni sebelah dipandang sekilas sebelum melangkah masuk ke bilik tidurnya. Tubuhnya dihempaskan pada sofa, buku diatas meja kaca diambil.

"Baca buku apa?" Melisa mengambil tempat disebelah Rayyan. Sangat khusyuk sampaikan Melisa masuk pun tidak perasan.

"Tak reti bagi salam ke?" Rayyan memandang sahaja buku ditangannya.

"Assalamualaikum, Rayyan" Melisa tersengih.

"Waalaikumusalam"

Rayyan menjeling sahaja Melisa yang duduk disebelahnya.

"Melisa nak cakap dengan Rayyan boleh?"

"Tu, kau bukan tengah bercakap ke tu?" Rayyan menutup buku yang dibacanya. Badannya dialihkan menghadap Melisa.

"Rayyan bosankan, apa kata kita main game?...for 30 days we should ask each one of us a question. A question that you must answer. No cheat. Lagipun, bolehlah Mel kenal Rayyan yang sekarang ni" Melisa mengangguk supaya Rayyan bersetuju.

"Any questions?" Rayyan menjungkitkan kening kanannya tinggi. Biar betul, Melisa ni.

"Yes. We can know each other better. We're not the same person as we were the last 13 years, right? I'm sure Rayyan nak tahu juga pasal isteri Rayyan ni kan?"

Isteri Rayyan.

Rayyan memandang ke segenap ruang bilik tidurnya, cuba menyembunyikan senyuman yang bila-bila masa boleh terlihat jelas pada wajahnya.

"Mel pun nak kenal juga suami Mel ni. 13 tahun lepas bukan main murah senyuman dia. Jumpa balik, lahhh....macam tak kenal erti senyum" Melisa sengaja mengusik Rayyan lagi. Padahal, dia sudah tahu Rayyan menahan dirinya daripada tersenyum.

Naik merah telinga Rayyan ketika itu.

Sikap Rayyan yang satu itu tidak berubah. Apabila marah, telinganya akan naik memerah. Begitu juga jika Rayyan menahan senyumannya.

"Rayyan nak mulakan dulu ke, Mel? Satu soalan sahaja tau" Melisa mengingatkan Rayyan lagi sekali.

Rayyan tiba-tiba sahaja bangun dan melangkah ke katilnya. Selimut di atas katil dibawa semula ke sofa. Rayyan menyelimutkan tubuh Melisa dan duduk semula di sebelahnya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now