Rayyan membuat panggilan kepada Melisa seusai mandi. Daripada tengahari perutnya tidak diisi makanan berat. Tetapi, panggilan tidak dijawab.
"Tanyakan Arisha..Mel ada dalam bilik tak?" Rayyan menghempaskan punggungnya di atas katil sambil memandang kepada Dilan yang menonton Netflix sambil memakan roti yang dibeli Rayyan di Harold's Bread.
Terus sahaja Dilan membuat panggilan pada Arisha. Selesai membuat panggilan, Dilan menggaru kepalanya. Kusut.
"Kau lapar ke? Pergi makan dengan aku jom?" Dilan duduk menghadap Rayyan.
"Aku tak nak pergi makan dengan kau. Aku nak pergi makan dengan isteri aku. Mel ada tak?" Rayyan mengerutkan dahinya. Lain soalan, lain yang dicakap."Mel dah keluar. Jadi, kau kena makan dengan aku, sebab aku lapar" Dilan bangun daripada katilnya. Ingin bersiap-siap.
"Dengan Arisha? Dekat mana? Kita pergi sekalilah" Rayyan tersenyum senang.
"Bukan dengan Arisha" perlahan sahaja Dilan berkata.
"Habis tu?""Raees...."
Rayyan mendiamkan diri buat seketika.
"Pergi makan dengan aku jelah" Dilan mengajak Rayyan sekali lagi.
"Kau pergilah keluar makan dengan Arisha" Rayyan menolak pelawaan Dilan dan kembali merebahkan badannya di atas katil.Tidak melenting, tidak mengamuk.
"Takpelah, aku makan roti pun dah kenyang" tipu Dilan. Takkan dibiarkan Rayyan bersendirian. Habis satu bilik hotel ini dia mengamuk.
"Terpulanglah, kalau nak keluar gunalah kad aku. Wallet ada dekat sini" Rayyan menunjukkan dompetnya di atas laci bersebelahan katil bujang.
"Kau nak tidur ke?" Dilan bertanya pada Rayyan yang menyelubungi dirinya. Pelik. Rayyan tidak melenting seperti kebiasaannya.
"Tak sedap badan" jawab Rayyan.
Tiba-tiba sahaja tak sedap badan, padahal tadi elok sahaja. Dilan menggaru belakang kepalanya. Tak tahu nak buat apa lagi dengan suami orang itu.
"Rayyan...."
Tiada jawapan.
"Rayyan, kau tak makan daripada tengahari lagi"
"Ada isteri aku kisah? Takde. Dah, jangan kacau aku boleh tak?" Rayyan mengumam kecewa. Isterinya sedang bersuka ria dengan rakannya, sedangkan Rayyan di dalam bilik hotel.
Selepas makan malam bersama majikannya dan juga ketua kontraktor resort, Melisa melihat pada telefon pintarnya. Tidak perasan panggilan daripada Rayyan kerana telefonnya di dalam mod senyap.
"It's a great meeting tonight. Hope we can work it on tomorrow" Raees tersenyum padanya ketika menghantar Melisa pulang ke bilik hotelnya.
"Yeah...and thank you for the dinner too. Kenyang gila" Melisa menyimpan semula telefon pintarnya ke dalam poket.
"No big deals. Bye and have a sweet dream" Raees mengenyitkan matanya ke arah Melisa dan berlalu pergi. Melisa mengerutkan dahinya.
"Assalamualaikum...." Melisa membuka pintu bilik hotel yang dikongsi dengan Arisha. Terus sahaja rakannya itu menerpa ke arahnya.
"Kau tak boleh masuk"
"Hah? Apasal pula?"
"Kau tak cakap dengan Rayyan pun yang kau keluar dengan bos kan?" Arisha memegang kedua-dua belah bahu Melisa.
"Tak sempat, aku nak cepat tadi"
"Sekarang pukul berapa? Dilan bagitahu Rayyan tak makan lagi daripada tengahari. Kau tahu tak?" Arisha memandang ke arah Melisa. Berubah riak wajah Melisa ketika itu.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...