"Cinta, pakai jaket tu betul-betullah" Rayyan menggelengkan kepalanya dan membetulkan skarf dileher beserta jaket Melisa yang sibuk mengambil gambar persekitaran Krakow, Poland.
Sempat jugalah Rayyan merakam detik-detik mereka tiba di Poland itu. Seronok sangat Melisa sampaikan senyuman isterinya tidak lekang dibibir.
"Cantiklah tempat ni" Melisa tersenyum senang.
"Secantik isteri Rayyan ni" Rayyan menggenggam erat tangan Melisa.
"Terima kasih bawa Mel jalan-jalan" Melisa memeluk pinggang Rayyan.Mereka sudah tiba semalam lagi tapi baru hari ini mahu meneroka dunia Poland. Semalam hari mereka berdua berehat dan bermanja sahaja. Kena kumpul tenaga untuk berada seminggu di negara asing ini.
"Hadiah anniversary untuk Mel" Rayyan mengucup pipi Melisa.
"Tapi, Mel tak prepare hadiah untuk Rayyan pun" Melisa berkata perlahan. Rasa bersalah pula dirinya ketika itu. Sudahlah terlupa tarikh pernikahan mereka kerana sibuk menghabiskan kerjanya yang tergendala di pejabat akibat cuti sakit kelmarin.Kalau setahun ulang tahun perkahwinan Rayyan dan Melisa, itu bermakna setahun juga Mateen sudah pergi menghadap Ilahi.
"I don't need the gift from you, I only need you" Rayyan mengusap pipi Melisa perlahan.
"Mel sayangkan Rayyan. Sangat-sangat" Melisa tersenyum manja."Tahu dah"
"Apa pula jawab macam tu....takkan Rayyan tak nak balas balik" Melisa mengerutkan dahinya. Nampak tidak berpuas hati langsung.
"Rayyan sayang Mel juga. Sampai hujung nyawa, tiada yang lain" Rayyan mencuit hidung mancung isterinya itu.
"Baiknya suami Mel ni" Melisa menjengketkan kakinya dan mengusap rambut Rayyan."Mel tak rasa ke nak panggil Rayyan dengan panggilan lain? Asyik 'Rayyan' tak pun suami Mel" Rayyan berjalan beriringan Melisa melewati bandar Krakow.
"Tak nak sebab Mel suka nama Rayyan" Melisa menggelengkan kepalanya.
"Mateen boleh panggil sayang. Rayyan ni?" Rayyan memberhentikan langkah kakinya."Rayyan...suami Mel, husbaby, hubby" Melisa mengeratkan pelukannya di pinggang Rayyan. Suaminya hanya memandang ke arahnya sebelah mata sahaja.
"Rayyan...." Melisa mendongak memandang suaminya, dagu diletakkan di atas dada Rayyan."Apa"
"Nak kiss...Rayyan tinggi sangat tu" Melisa menjengketkan tumitnya lagi.
"Sengaja kan? Tahu sangat Rayyan ni pantang kalau Mel minta macam ni" Rayyan tersengih, tak jadi nak merajuk. Terus sahaja bibir Melisa diserang oleh bibirnya.Hilang separuh nafas Melisa apabila Rayyan sudah beraksi walaupun masih di khalayak awam. Luar negara memang berani suaminya ini, tiada siapa peduli.
Bibir Melisa dilepaskan, puas hatinya.
"Malulah, sikit-sikit dah lah" Melisa menampar dada Rayyan.
"Tak boleh sikit-sikit" Rayyan tertawa kecil."Tak kisahlah Mel nak panggil Rayyan apa sekalipun, asalkan bukan carutan" sambung Rayyan. Melisa menggelengkan kepalanya. Telefon pintar di tangannya selalu merakam setiap detik-detik mereka berdua di Poland.
Makan malam untuk mereka turut diupah khas oleh Rayyan di balkoni kondominium yang disewa. Sengaja Rayyan membawa Melisa berjalan-jalan agar pihak disana dapat menyiapkan segala dekorasi.
Tidak ketinggalan juga Melisa yang buat pertama kalinya menghantar gambar Rayyan di akaun media sosialnya. Nampak seperti Rayyan tidak kisah akan hal itu juga.
Beberapa gambar dimuatnaik untuk kenangan mereka berdua bersempena ulang tahun perkahwinan yang pertama.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...