"Astaghfirullahhalazimmmm...kau merepek apa ni Rayyan? Kau fikir buruk pasal isteri kau kenapa? Okay, let's say Melisa betul tak anggap kau sebagai suami dia lagi, apa peranan kau sebagai seorang suami Melisa yang sah?" Dilan menyoal Rayyan kembali. Tiada tanda-tanda untuk Rayyan menjawab persoalan itu.
Dilan mengurut dadanya untuk bersabar.
"Pikat dia, Rayyan. Bukannya mengalah macam ni. Kau suami dia, bukannya orang lain pun. Setiap hari kau tengok muka dia, takkan kau tak boleh cuba menangkan hati dia? Walaupun sikit sahaja ruang yang ada dalam hati dia untuk kau, tapi semakin lama disiram, diberi benih kasih sayang, akan bertambah mekar juga"
"Kau boleh biarkan kawan San Francisco pikat isteri kau, tapi kau sendiri? Tak cuba langsung untuk pikat hati Melisa. Kalau sampai waktunya, Melisa betul sukakan Raees dan mintakan perpisahan daripada kau, jangan kau marahkan dia. Jangan kau tengking dia sebab jadi isteri derhaka. Walhal, kau tak pernah mencuba"
Tepat sahaja Dilan habis memberikan nasihat sekali lagi kepada rakannya yang kepala batu itu, telefon pintar Rayyan di dalam poket seluarnya berbunyi.
Panggilan daripada Melisa masuk menerjah ke skrin telefon pintarnya.
Rayyan mematikan panggilan itu. Baru sahaja dimatikan, panggilan baharu masuk sekali lagi.
"Jawablah, mana tahu penting" Dilan memandang Rayyan sekilas yang hanya merenung pada skrin telefon pintarnya.
"Malas"
"Eh meh sini bagi aku" Dilan merampas telefon ditangan Rayyan. Nama 'Cinta❤️' tertera pada skrin telefon Rayyan. Dilan memberhentikan keretanya pada lampu isyarat merah.
Dilan memandang pula kepada Rayyan yang sudah memejamkan matanya.
Skandal Rayyan ke?
Dilan menyorot ke atas pada ikon telefon berwarna hijau.
"Assalamualaikum, Rayyan. Rayyan dah sampai office ke?" Lembut suara Melisa kedengaran di pembesar suara telefon itu.
Lega Dilan mendengarkan suara Melisa dan bukannya perempuan lain. Dipandang juga Rayyan yang masih diam tidak berkutik itu.
"Waalaikumusalam, Mel. Dilan ni...Rayyan tengah drive. Kitaorang masih belum sampai office lagi. Kenapa, Mel?" Dilan terpaksa menipu. Tipu sunat.
"Ohh...pergi lunch sama-sama nak tak? Alang-alang Dilan dengan Rayyan dah dekat sini"
"Boleh boleh! Saya pun memang dah lapar gila ni" Dilan tersenyum lebar. Satu tumbukan padu mengena lengannya, hampir terlepas telefon Rayyan yang dipegang oleh Dilan itu.
Senyumannya digantikan dengan cebikkan di bibir. Sakit.
"Kalau macam tu, Mel bagi location okay? Mel tunggu dekat sini"
"Okay, Mel" suara Dilan menahan kesakitan. Terus sahaja dimatikan panggilan Melisa itu.
"Kau hantar aku balik office. Aku malas nak tengok muka dia lagi" Rayyan mencerlung tajam ke arah Dilan yang sudah memulakan pemanduannya berpandukan lokasi yang diberi oleh Melisa.
"Aku ke kau yang bawa kereta?" Dilan menggosok lengannya yang sengal-sengal. Memang biru lengannya nanti.
"Perangai kau serupa babi. Main menyondol setuju tanpa minta persetujuan aku"
"Salah, salah. Aku setuju sebab memang aku dah lapar. Kau lapar tak? Tapi, apa aku peduli, perut kau kan. Bukan perut aku" Dilan mengusap perutnya yang sudah lapar itu.
Walaupun tanpa persetujuan Rayyan, kereta mereka sudah selamat sampai di restoran yang diberitahu Melisa sebentar tadi. Dilan memarkir di sebelah kereta Honda Civic milik Melisa.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...