BAB 60

1.5K 39 0
                                    

     "Melisa Adriana, kita dah sampai" Rayyan memberhentikan keretanya di hadapan bangunan pejabat Raees. Isterinya yang sempat melelapkan mata untuk 10 minit itu terus duduk tegak apabila nama penuhnya dipanggil.

"Rayyan bawa kereta laju sangat ke? Kan Mel pesan, bawa slow slow" Melisa menyandang beg tangannya.

"Dah cukup perlahan tadi. Mel yang tidur, tak perasan apa pun" Rayyan memutarkan bebola matanya.

"Hmm yelah" Melisa mengumam lalu membuka pintu kereta Rayyan.

Rayyan menggeleng melihatkan telatah isterinya di pagi hari ini. Lalu, Rayyan keluar daripada kereta dan menuju ke arah Melisa. Nampak isterinya sedang mengeluarkan satu lagi beg kerjanya di tempat duduk belakang.

"Berjalan nanti, tengok orang. Jangan main redah je" nasihat Rayyan pada Melisa. Dihiraukan mata-mata yang memandang ke arah mereka berdua.

"Mel tahulah. Kenapa Rayyan keluar kereta ni?"  Terus segar mata Melisa mellihatkan Rayyan berdiri di sebelahnya.
"Ada orang tu lupa nak salam. Main keluar je"

"Ehhh" Melisa tersengih lebar. Silap dirinya juga.

"Mel pergi dulu eh" Melisa menyalami tangan Rayyan. Seusai itu, Rayyan pula menariknya ke dalam pelukan. Susah betul nak berpisah. Padahal pergi mencari rezeki sahaja.

"Malulah orang nampak" Melisa menepuk-nepuk badan belakang Rayyan.
"Biarlah, ni isteri Rayyan" Rayyan mengucup pipi Melisa beberapa kali. Tergelak kecil Melisa disitu apabila diperlakukan Rayyan seperti anak kecil.

"See you later, Cinta" Rayyan memicit pipi Melisa, geram. Disandarkan badannya pada kereta dan menghantar Melisa bersama pandangan sehingga hilang Melisa dari matanya.

"Lama sangat tengok isteri sendiri tu"

Rayyan menoleh ke kirinya, Raees sedang tersenyum kepadanya.

"Make sure she's safe daripada buaya darat"

"Wahhh kasar gurauan kau sekarang" Raees memeluk tubuhnya.

"Eh? Terasa ke?" Rayyan tersenyum sinis.
"Aku tak kacau Mel dah lah. Kalau aku sailang pun, bukan boleh dapat. Dah dia sayang kau je. Cinta ni, tak boleh dipaksa"

"Bagi aku, cinta boleh dipaksa. Kalau setiap hari disiram benih cinta tu, akhirnya akan bercambah jua" Rayyan mengangguk.

"Cakap dari pengalaman?" Raees menjungkitkan keningnya. Tidak mungkin Melisa mudah jatuh cinta selepas kematian bekas tunangnya. Mungkin ada betul juga kata-kata Rayyan itu.

Rayyan tersenyum kecil.

"Alang-alang kau datang dekat aku ni...aku ada hajat" Rayyan memandang ke arah Raees.

"Macam besar hajat kau ni"

"Berapa lama kau boleh bagi Mel cuti?"

"Kau ni kan...dia tu pekerja terbaik aku tapi,banyak kali dia cuti untuk tahun ni je tahu tak? Rosaklah reputasi pekerja aku kalau asyik dengan kau je" Raees mengerutkan dahinya.

"Kau suruh Mel berhenti kerjalah senang. Biar ada je depan mata kau selalu" sambung Raees lagi.

Kalau termasuk ini, sudah 3 kali Melisa bercuti panjang dalam masa setahun. Pening kepalanya untuk mendapatkan pengganti sebaik Melisa.

"Kalau boleh, dah lama aku buat. Tapi, mengamuk Mel nanti" Rayyan menggelengkan kepalanya.

"Berapa lama?" Raees bertanya lagi.

"Seminggu cukuplah" Rayyan mengira dengan jarinya.
"Bapak lama...bila kau nak dia cuti ni?" Raees terkejut.

"Hari ni?"

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now