BAB 12

1.5K 43 1
                                    

     "Rayyan, nak balik dah?" Tegur Aisy pada adik iparnya.

"Ada hal sikit"

"Aku ada hal nak cakap sikit dengan kau boleh?"

"Pasal Melisa" sambung Aisy pada persoalannya tadi.

Rayyan mengatur langkahnya ke sofa di ruang tamu yang diduduki oleh Aisy.

"Aku tahu aku tak tanya kau lebih hari tu masa kau bagitahu yang kaulah suami untuk Mel. Tapi, aku nak tahu kalau kau buat semua ni sebab arahan abah ke?"

"Aku tak rasa yang aku perlu ikut telunjuk dia. I made my own decision"

"Kau boleh jaga Mel dengan baik?"

"Tak sebaik Mateen" Rayyan memandang Aisy tanpa riak. Dia tahu, itulah hakikatnya.

"Hanya kau yang boleh ubah persepsi diri kau sendiri. Takde siapa membandingkan kau dengan Mateen"

"Melisa did but not directly. Cuma kiasan" Rayyan tersenyum nipis.

"Rayyan....kau tahukan Mel masih lagi bersedih. Jangan ambil peduli sangat dengan kata-kata dia. Kau kena lebih tegas"

"Rumah tangga ibarat kapal terbang dilangit. Suami adalah sebagai pilot. Kalau pilot sendiri tak tahu arah tuju dan ketinggian kapalnya antara langit dan aras laut, apabila kehabisan minyak, terhempaslah ia"

"Kau kena berusaha lebih sebab bukan senang untuk melupakan seseorang yang disayanginya sepenuh hati. Mateen sudah menjadi sebahagian daripada hidup Mel. Terlalu indah untuk dilupakan dan terlalu sakit untuk dikenangkan"

"Perkahwinan ini terjadi atas persetujuan kau sendiri. Jadi, aku harap kau jangan pernah abaikan Mel. Bersabar dengan dia" penuh harapan di wajah Aisy kepada adik ipar di hadapannya itu.

Kesejukan dipipi terasa dan Rayyan menoleh ke kanannya, Dilan tersengih seperti kerang busuk.

"Jauh termenung" air tin Wonda Coffee dihulurkan pada Rayyan. Dilan melabuhkan punggungnya di tempat duduk kosong bersebelahan Rayyan.

"Betul ke keputusan aku ni?" Rayyan menarik nafas panjang.

"Dah kahwin satu hari baru kau tanya aku?" Dilan menggelengkan kepalanya.

"Masa aku buat keputusan tu, aku tengah membuak rasa nak menang dengan mamat tu. Nak tunjukkan, aku yang dapat Mel dan bukan dia"

"Kau nak tunjuk apa lagi, Rayyan? Bekas tunang isteri kau tu dah meninggal. Allah dah tertulis takdir dia yang Melisa bukan milik Mateen" Dilan menekankan perkataan 'bekas tunang' pada Rayyan. Untuk kesedaran diri rakannya itu. Buat apa bersaing untuk orang yang sudah berada di alam abadi itu.

"Mateen hidup lagi, dalam fikiran Mel. Aku takkan pernah boleh gantikan Mateen" Rayyan meneguk air yang dibeli Dilan tadi. Matanya tertumpu pada tasik yang tenang dihadapannya ketika ini.

"Memang kau tak boleh gantikan dia sebab kau tu Rayyan Nick Eskandar. Jadi diri sendiri sudahlah" Dilan memalingkan badannya menghadap Rayyan. Nampak tenang sahaja Rayyan ketika ini tetapi siapa yang tahu fikirannya yang bercelaru.

13 tahun hidup berjauhan daripada keluarga, membuatkan Rayyan pandai dalam menyembunyikan peerasaannya.

Sedihnya tiada siapa tahu, begitu juga sakitnya dalam menerima kenyataan cinta pertama yang didambakan sedikit pun tidak menaruh perasaan pada dirinya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now