Dahinya dipicit perlahan. Beginikah kehidupan Rayyan selama 13 tahun ini? Tiada batasan antara lelaki dan perempuan.
Ketika dirinya bermuhasabah sendirian, terasa ada sesuatu diletakkan di kepalanya. Melisa membuka matanya.
Alangkah terkejut apabila Rayyan berdiri dihadapannya pula. Baru sekejap tadi Rayyan bercekerama dengan Gina dihadapan matanya.
"Aku nak pergi beli air sekejap" Rayyan membetulkan topi putih yang dipakainya tadi di atas kepala Melisa.
"Stay here with them"
Melisa memandang ke arah lain, tidak berminat untuk berbual atau memandang Rayyan ketika ini. Mulutnya diam membisu.
Tiada kata-kata daripada Melisa, Rayyan berlalu pergi meninggalkan Melisa seorang diri di padang bersama orang-orang tua yang tidak sedar diri itu.
Kubur kata mari, tetapi masih bersuka ria dengan gadis-gadis muda.
"Melisa, jom try satu pukulan je" Adam menghampirinya lagi sekali.
"Huh? Takpe, Encik Adam. Saya tak berminat" Melisa menolak lagi sekali.
"Alah, sekali pukul je. Saya ajarkan" tangan Melisa digenggam erat, sedaya upaya Melisa cuba mengeraskan dirinya. Tetapi kudrat seorang lelaki tidak dapat dikalahkannya.
"She's not into you, bro. Chill the fuck out" jejaka bernama Razak pula ketawa.
"Aku nak ajar pukul bola je, bukan apa pun" Adam menghulurkan stik golf sejenis Putter kepada Melisa.
Pada mulanya Melisa tidak menginginkannya, tetapi Adam seakan-akan memaksanya.
"I'm so close to the hole, so I want you to be the reason my balls get into the hole" Adam tersenyum sinis. Melisa memandang sekeliling, tiada tanda-tanda Rayyan disekitar situ.
Dilihat gadis-gadis itu turut tersenyum nakal. Razak dan Ismail yang berada di situ turut mengukirkan senyuman yang sama dan bergelak tawa. Seronok.
"Melisa jangan risau, pukulan kali ni pasti mengena" Adam berdiri dibelakang Melisa. Kedua belah tangannya menggenggam erat tangan Melisa yang berada pada stik golf itu.
"Mula-mula, Melisa kena membungkuk sedikit ke depan" Adam menyentuh belakang badan Melisa, memaksanya untuk membungkukkan tubuhnya.
Adam mula merapati tubuh hadapannya ke punggung Melisa. Dagunya diletakkan pula pada bahu Melisa.
Melisa kaku di posisinya.
Mereka yang melihat adegan tersebut hanya meraikannya, tanpa sebarang bantuan diberikan pada Melisa.
"Melisa kena goyang sikit ke kiri dan kanan sebelum pukul bola golf ni" pinggang Melisa pula dipegang. Adam turut menggesel bahagian lelakinya pada punggung Melisa.
Air mata Melisa akhirnya jatuh apabila dia kembali sedar dirinya telah diperlakukan sebegitu rupa. Tetapi sudah terlambat kerana Adam merangkulnya erat tanpa sebarang ruang untuk Melisa melarikan diri.
"Hmm macam tulah" Adam berbisik di telinga Melisa. Pukulan yang disengajakan Adam tidak mengenai lubang di hadapannya.
"Ops ops, tak kena. Lagi sekali, Melisa" Ismail segera meletakkan semula bola golf di stik golf yang dipegang Melisa.
Adakah ini semua dirancang oleh mereka bertiga?
"Melisa kena goyang lebih sikit tau" Adam membungkukkan lagi badan Melisa kehadapan secara paksaan, geselannya pada punggung Melisa semakin menjadi-jadi juga.
Air mata Melisa tidak berhenti berjuraian. Difikirannya ketika itu adalah Rayyan sahaja. Kemanakah Rayyan ketika Melisa memerlukannya.
Melisa dapat merasakan ketegangan keadaan Adam ketika itu. Tuhan sahaja tahu rasa marahnya diperlakukan sebegitu tetapi pada masa yang sama, Melisa tidak dapat melakukan apa-apa. Dia juga lemah selemahnya.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...