BAB 10

1.6K 41 0
                                    

"Rayyan...bangun sekejap" Melisa duduk di birai katil sebelah Rayyan yang masih berselubung.

"Nak apa lagi, Mel?" Rayyan meendengus kasar.

"Bangunlah kejap" Melisa menarik Rayyan untuk bangun. Dua kali ganda berat badan Melisa rasanya, bersusah payah Melisa menariknya supaya bangun.

"Kau nak apa lagi?"

Melisa menyentuh dahi Rayyan dengan belakang tangannya. Leher Rayyan juga disentuh. Terkedu Rayyan seketika.

"Sorry, Mel paksa Rayyan mandi hujan tadi walaupun Mel tahu Rayyan mesti demam nanti" Melisa merendamkan tuala kecil yang bersih ke dalam air suam rendaman asam jawa.

Tuala kecil itu diperah dan Melisa menyapu tuala itu di sekitar kepala dan ubun-ubun Rayyan. Leher Rayyan juga turut dilap dengan tuala kecil itu.

"Air rendaman asam jawa ni dapat turunkan suhu badan Rayyan"

Tuala kecil itu dibasahkan semula dengan air rendaman asam jawa.

"Sejuklah" Rayyan mengelak apabila Melisa mendekatkan tuala kecil itu pada kepalanya semula.

"Baguslah sejuk sebab suhu Rayyan panas. Biar balance" Melisa menarik Rayyan mendekatinya semula. Leher Rayyan dilap perlahan.

"Badan Rayyan kena lap juga" Melisa bercakap perlahan sahaja. Suaranya seakan tersekat.

"Apa dia? Tak dengar" sengaja ingin Melisa mengulangi kata-katanya.

"Badan Rayyan pun kena lap juga" Melisa menarik nafas panjang.

"Buatkanlah" selamba sahaja Rayyan bercakap pada Melisa.

"Huh?" Melisa memandang Rayyan bersama matanya yang terbuntang luas. Tanpa membalas, Rayyan menanggalkan baju tshirt lengan panjangnya.

Apa yang mengejutkan Melisa adalah keadaan badan Rayyan mempunyai tatu di bahagian kiri dada sehingga lengannya. Tatu itu diperhatikan lama oleh Melisa.

"Shocking huh?" Rayyan memandang Melisa yang sudah terdiam itu.

"Aku bukan baik sangat pun" Rayyan mengambil tuala kecil daripada tangan Melisa. Badannya dilap menggunakan tuala kecil itu.

"I don't judge people, Allah do. But if Allah can change the dark sky at night into a brilliant morning, How can He not change the darkness inside somebody's heart? Keep coming back to Him, you will find the peace you needed the most"

Melisa mengambil semula tuala kecil di tangan Rayyan dan merendamnya semula.

Badan belakang Rayyan dilap perlahan. Rayyan merenung Melisa disisi, 'Mel terlalu baik untuk Rayyan'

Dengan perlahan, tangan Rayyan seakan membawa dirinya sendiri ke arah Melisa.

"Kau ni, takde wife ke yang sampai call...." Dilan menutup rapat mulutnya.

Sudahlah main terjah masuk bilik Rayyan tanpa mengetuk pintu. Bukan salahnya, Dilan fikirkan Melisa tiada bersama Rayyan berdasarkan jawapan Rayyan di dalam panggilan tadi.

"Knock knock" Rayyan menjungkitkan keningnya.

"Who's there?" Air liur yang ditelan Dilan agak kesat pula. Lagi-lagi pandangan Rayyan tajam mengenai batang hidungnya.

"Bapak kau. Tak reti ketuk pintu ke? Nak aku ajar juga? Kau Melayu kan, mana adab kau?" Rayyan membalas seperti peluru yang ditembak berdas-das pada Dilan.

"Takdelah, kau call tadi macam Melisa takde dekat sini nak jaga kau" Dilan menggosok belakang lehernya.

"Tadi takde, sekarang dah ada" Rayyan mengumam perlahan.

"Melisa boleh tengok-tengokkan Rayyan kan? Senang je kan nak jaga orang sakit ni?" Dilan tersenyum ke arah Melisa.

"Boleh, jangan risau...ermm"

"Just called me Dilan. Saya tinggal dekat sana tu" Dilan menunjuk ke arah tempat tinggalnya yang boleh dilihat melalui balkoni bilik Rayyan.

"Ohh dekat sangat tu" Melisa tergelak kecil.

"Memang dekat, Rayyan tak nak berjauhan dengan saya. Saya madu Melisa tau, kalau Rayyan takde dekat sini, maknanya dia dekat rumah saya" Dilan tergelak besar dengan lawaknya sendiri.

"Dah habis merepek?" Rayyan memandang Dilan dan Melisa bersilih ganti.

"Aku cakap benda betul, mana ada aku merepek. Ubat kau dah makan ke belum?" Dilan mengorak langkah ke sisi katil Rayyan. Laci di sebelah katil dibuka dan beberapa botol ubat-ubatan dan vitamin tersedia di dalamnya.

"Ambil ni" Dilan memberikan dua biji Panadol pada Rayyan.

Melisa hanya memerhatikan gelagat dua rakan dihadapannya ini.

"Aku balik dululah, khidmat aku macam tak diperlukan je dekat sini lagi. Jangan datang kerja esok kalau tak kebah demam kau tu. Kalau kau datang, aku yang susah"

"Kau bos ke, aku yang bos?"

Dilan mencebikkan bibirnya, memang malas nak menjawab soalan Rayyan yang satu itu.

"Suka hati kaulah" Dilan melangkah keluar bilik tidur Rayyan.

Rayyan menolak perlahan kain yang dilap pada badannya oleh Melisa.

"Aku nak tidur dulu" Rayyan merebahkan badannya pada katil bersaiz King itu. Selimut ditarik menutupi keseluruhan badannya.

"Rayyan tak nak makan dulu ke?"

"Tak lapar. You may leave now"

Dengan langkah yang perlahan, Melisa membawa dirinya keluar daripada bilik tidur Rayyan.

"Puan Mel, Tuan tak turun makan sekali ke?" Kak Senah memandang Melisa ketika terlihat isteri majikannya seorang diri  ke ruang makan.

"Dia tak nak makan, tak lapar katanya" Melisa menjungkitkan bahunya, mangkuk air rendaman asam jawa tadi diberikan kepada Kak Eton. Rayyan mempunyai dua orang gaji yang khas untuk mengemas dan juga memasak. Tetapi, mereka hanya berada di rumah Rayyan daripada pukul 6 pagi sehingga 8 malam.

"Kak Eton dengan Kak Senah makan sekalilah dengan saya. Banyak lauk ni. Siapa nak habiskan?"

"Eh takpe Puan Mel. Tengah malam nanti Tuan bangun, dia makan juga. Biasanya macam tulah kalau dia tak sihat" Kak Eton menolak cara baik.

"Betul ni?" Melisa bertanya untuk kepastian.

"Betul. Kami balik dulu ye, puan" Kak Senah tersenyum kepada Melisa.

"Sebelum tu.....Kak Senah, nak bagitahu yang bermula daripada esok, biar saya yang masak. Kak Senah tolong-tolong je saya dekat dapur ye" Melisa memandang Kak Senah dengan senyuman, tidak mahu mengguris hati pembantu rumah Rayyan jika dia mengambil kerja Kak Senah pula.

"Tuan Rayyan bagi tak puan buat kerja-kerja rumah ni?"

"Jangan risaulah" Melisa tersenyum senang.

"Baiklah puan kalau macam tu. Kami minta diri dulu ye"

Melisa mengangguk dan melihat pembantu-pembantu rumahnya sehingga hilang dari pandangan. Melisa melihat keadaan sekeliling rumah agam Rayyan.

"Rumah besar, tapi sunyi" Melisa mengeluh perlahan. Cuti panjangnya mesti lagi membosankan yang hanya terperuk di rumah agam Rayyan ini.

Maklumlah sejak kehilangan Mateen, dirinya diberikan cuti panjang oleh bos di syarikatnya bekerja. Nasib Melisa agak baik apabila ada majikan yang memahami kesedihannya di atas kematian Mateen sebelum majlis pernikahan mereka.

Entah apa nasib Melisa selepas ini. Dirinya sudah pun terikat secara halal dengan Rayyan, rakan baiknya di zaman persekolahan. Tetapi, Rayyan sekarang jauh berbeza dengan Rayyan yang dahulu, yang lebih baik dan manis tutur katanya.

Melisa memandang lauk di atas meja makan itu. Hilang seleranya tika ini.

Sudah terbiasa dengan perutnya yang kosong tidak diisi, Melisa menutup lauk pauk tersebut dengan tudung saji yang berada di dapur.

Melisa melangkah memanjat anak tangga menuju ke bilik tidur bersebelahan bilik Rayyan.

"Live or die, Mel" Melisa berkata sendirian ketika melihat ke arah pintu bilik Rayyan,  kemudian kakinya melangkah masuk ke bilik tidurnya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now