BAB 67

1.3K 30 0
                                    

     Melisa tidak senang berdiri ketika melakukan pembentangan yang dihadiri oleh Rayyan dan Dilan mengenai resort berkonsepkan pulau yang diberi nama Resort Chempaka itu.

Tekaknya tidak selesa, seperti ingin menolak isi perutnya. Begitu juga dengan mata Rayyan yang tidak lepas daripada memandangnya dan bukan skrin layar di belakangnya.

Siapa suruh cari gaduh dengan suami yang merangkap pelabur utama Resort Chempaka ini. Semalam Melisa buat hal lagi kerana dia memandu sampai 30 minit jauhnya hanya sebab inginkan laicikang yang sedang tular di media sosial. Tetapi, bukannya dia pergi seorang diri. Arisha ada bersamanya kerana mereka pergi selepas waktu kerja.

Dijadikan masalahnya adalah, kedua-dua mereka sudah kehabisan bateri, memang langsung tidak dapat dihubungi. Melisa menganggap tempat itu dekat sahaja rupanya dia sudah tersilap tengok alamat.

Sudahlah Rayyan yang menjemputnya pulang kerana Rayyan tidak mahu Melisa memandu bersendirian lagi. Kunci kereta semua disorokkan oleh Rayyan di tempat yang Melisa tidak tahu.

Satu jam lamanya Rayyan menunggu, turut ada bersamanya adalah Dilan. Memang mengamuk Rayyan di tempat parkir apabila dapat tahu Melisa pergi tanpa memaklumkannya.

Dengan Arisha sekali dimarahinya, Dilan hanya menggelengkan kepalanya, lebih baik tidak menghalang marah rakannya itu, kalau tidak, dengan dia sekali kena hamuk.

Sudahnya, Rayyan masih tidak baik dengannya lagi. Bermacam cara dipujuk tetapi tidak diendahkan suaminya. Rasa mual ditekaknya semakin terasa. Melisa memalingkan tubuhnya menghadap skrin layar, digosok perlahan dadanya.

"Mel, are you okay?" Raees bertanya untuk kepastian. Sudah 3 minit Melisa memalingkan tubuhnya dan mendiamkan dirinya.

"I'm sorry, I will let Arisha continue this" Melisa memandang semula ke hadapan bersama senyuman nipisnya. Cuba menyembunyikan apa yang dirasakan saat itu.
"Ahh..yes! Yes, I will" Arisha segera ke hadapan. Pekerja-pekerja yang lain sudah berkerut dahinya. Boleh pula bertukar-tukar di tengah-tengah pembentangan?

"I'm sorry, I have to excuse myself for a moment" Melisa tersenyum kecil dan segera berlalu keluar daripada bilik mesyuarat itu.

Rayyan pula menunggu dengan sabar untuk menghabiskan pembentangan Resort Chempaka itu ketika Melisa tidak muncul kembali.

"I want to check on my wife. Do your parts. Jangan asyik nak tengok girlfriend kau je" Rayyan berbisik pada Dilan. Hanya jelingan dibalas pada Rayyan.

Rayyan bangun daripada kerusinya dan berlalu keluar daripada bilik mesyuarat. Langkahnya menuju ke pejabat Melisa. Mata-mata yang memerhatikannya dibiarkan sahaja. Pejabat Melisa diketuk terlebih dahulu sebelum melangkah masuk.

Melisa sudah berbaring di atas sofa pejabatnya.

"Sihat ke tak?" Rayyan mendekati Melisa. Isterinya itu membuka matanya dan menggelengkan kepala.

"Kenapa? Sakit kepala ke?" Rayyan berlutut di sebelah sofa itu. Melisa menggelengkan kepalanya sahaja.
"Habis tu? Nak bawa pergi klinik tak?"

"Mel okay...cuma nak rehat je" Melisa memejamkan matanya semula. Tangan Rayyan naik mengusap rambut Melisa.

"Semalam elok sihat je. Siap boleh pergi beli laicikang"

Melisa menepis tangan Rayyan, lagi tak sihat suaminya boleh pula berkata begitu.
"Rayyan kalau nak sindir Mel, tak payah menyibuk dekat sini"

"Siapa sindir? Rayyan cakap benda betul"

"Tapi kan Rayyan....dapat laicikang sekarang pun sedap juga. Nak yang sejuk. Boleh tak?" Melisa terus tersenyum dan mengusap rahang suaminya yang terbentuk sempurna itu.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now