"Kak Eton, clean up this mess" beku sahaja wajah Rayyan ketika itu.
"Tuan Rayyan jangan letak kaki dekat lantai tau. Takut terkena serpihan" Kak Eton mengelap dahulu air yang tumpah itu.
Rayyan selamba sahaja menyambung semula makannya.
"Rayyan nak tambah lagi?" Melisa mengusap lengan Rayyan perlahan. Tidak tahukah Dato' Fayyadh yang nama Mateen diharamkan di dalam rumah Rayyan ini?
Atau itu disengajakan olehnya.
"Dah kenyang" Rayyan menepis tangan Melisa daripada menyentuhnya. Melisa dengan perlahan memandang semula pinggan makannya. Hilang selera makannya.
Nasi dipinggan hanya dikuis-kuis perlahan. Kali ini, Rayyan betul tidak peduli akannya. Melisa mengeluh perlahan dan hanya mendengar sahaja perbualan mereka.
Bukan Melisa yang menyebut nama Mateen tetapi, Dato' Fayyadh dan kesannya pada Melisa. Tidak dipedulikan oleh suaminya itu.
"Alhamdulillah, kenyangnya Ya Allah" Dilan mengusap perutnya semasa menghempaskan tubuhnya pada sofa di ruang tamu.
"Rindu nak makan masakan Mel terubat jua" Aisy tersenyum.
"That's too much flattering" Dato' Fayyadh memutarkan bebola matanya.
"She deserves it, I will surely gain weight in a week here before I go to Austria" Encik Raymond tertawa senang. Perutnya yang sedikit membukit itu digosok perlahan.
"Dah serupa ibu mengandung" Puan Qaula menghidangkan teh hijau kepada mereka semua.
"Mel, mana?" Rayyan bertanya pada Puan Qaula apabila mamanya mengambil tempat di sebelah Encik Raymond.
"Ada dekat dapur lagi. Senah dengan Eton dah balik tadi. Kamu pergi tengok Mel tu. Sorang-sorang dekat dapur lagi"
Segera sahaja Rayyan bangkit daripada sofa. Langkah kakinya menuju ke ruang dapur. Semakin Rayyan menghampiri dapur, semakin Rayyan mendengari esakan yang perlahan dan mendayu.
Dapat dilihat bahu Melisa yang terhenjut-henjut sedang menangis itu. Perlahan sahaja Rayyan menghampiri Melisa yang sedang membasuh sebiji pinggan makan berkali-kali.
Sudah disabunkan, dibilas semula. Perbuatan itu dibuat oleh Melisa tanpa henti. Melisa turut menyeka air matanya menggunakan belakang tangannya.
"Mel" Rayyan memanggilnya. Melisa terus kaku di hadapan sinki itu. Pasti tahu dirinya sudah kantoi menangis bersendirian.
Rayyan berdiri di belakang Melisa, rapat. Sebiji pinggan yang bersabun itu dibilas oleh Rayyan. Kemudian, Rayyan meletakkan pinggan tersebut di tempatnya.
Rayyan merehatkan dagunya di atas bahu Melisa sambil membasuh tangan isterinya yang dipenuhi sabun itu. Jari jemari Melisa dibersihkan perlahan di bawah air paip sinki tersebut.
"What did you cry for?" Abah's attitude? Me? Or Mateen?" Pertanyaan Rayyan membuatkan Melisa lagi dibuai perasaan sedihnya. Dia sendiri tidak tahu hal yang mana menyentuh perasaan sedihnya.
Adakah sikap abah? Adakah rindunya pada Mateen atau sikap Rayyan yang tiba-tiba berubah marah padanya?
Rayyan mengelap tangan Melisa pada tuala tangan yang disediakan. Melisa masih tidak berhenti menangis.
"For sure, not about me. I will just leave you here. Calm down yourself before you come to meet them" Rayyan berpalingkan tubuhnya daripada Melisa. Langkahnya mengiringi Rayyan untuk keluar daripada ruang dapur.
"Ahh..." Melisa berdesis kesakitan. Rayyan segera menoleh kembali kepada Melisa yang sudah terduduk di atas lantai dapur itu.
"Kenapa ni?"
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...