BAB 48

1.4K 33 2
                                    

"Can I?" Rayyan memandang ke arah pekerja-pekerja lelaki Raees sambil membuat isyarat untuk menurunkan penyandar di kerusinya.

"Boleh boleh" Helmi mengangguk laju. Rayyan tersenyum dan menurunkan hanya sedikit. Cukup untuk keselesaan badannya.

Beberapa jam yang membosankan di dalam van. Dilan sudah hilang daripada dunia nyata. Raees pula entah apa dibuat daripada tadi dengan Ipad miliknya.

"Abang, singgah r&r yang berdekatan boleh tak?" Rayyan terdengar perbualan Melisa itu.

"Boleh dik, depan tu ada R&R Rawang Arah Utara" pemandu van itu tersenyum mengangguk.

"Terima kasih" Melisa membalas senyumannya.

"Teman aku pergi toilet weyh" Melisa mencuit Arisha disebelahnya yang sedang lena dibuai mimpi. Tak boleh bawa berjalan jauh, naik sahaja highway terus lesap.

Tiada tindak balas yang diberikan Arisha. Lagi sekali pinggangnya dicuit. Masih lena.

"Bangunlah...." Melisa mengeluh apabila Arisha masih lena.

Pemandu van sudah memberhentikan van di perhentian. Rayyan menepuk perlahan bahu Melisa ketika dia bersedia untuk keluar daripada van tersebut.

Kaki Dilan dialihkan ketepi dan Rayyan keluar daripada pintu van itu.

Perlahan sahaja langkah kaki Rayyan apabila melihatkan Melisa yang mengekorinya melalui pantulan di kereta-kereta yang diparkir.

Rayyan mencari tandas awam berdekatan dan terus masuk ke tandas lelaki. Walaupun, tiada niat untuk membuang hadas ketika itu. Selepas melihatkan Melisa memasuki tandas perempuan, terus sahaja Rayyan tunggu di luar tandas. Badannya disandarkan pada dinding di luar.

"Lega?" Rayyan menegur Melisa yang baru keluar itu.
"Thank you" Melisa terus berjalan meninggalkan Rayyan.

"Mel nak makan apa-apa tak?" Rayyan mengejar langkah Melisa.

"Tak nak, tak lapar" Melisa menggelengkan kepalanya. Padahal, perutnya sudah berkeroncong.

"Dah waktu makan tengahari, takkan tak lapar lagi" Rayyan mengambil tangan Melisa ke genggamannya. Cepat-cepat Melisa menarik semula tangannya.

"Tak kisah ke kalau diaorang nampak?"

"Bukan diaorang ada pun" Rayyan memegang semula tangan Melisa erat.
"Teman aku beli roti jap. Alas perut before lunch"

Rayyan dan Melisa melangkah masuk ke Harold's Bread. Satu dulang putih disuruh Melisa untuk memegangnya, tangannya yang kosong memegang penyepit. Sengaja tidak mahu melepaskan genggaman tangan mereka.

Melisa hanya mengikut kemana sahaja Rayyan pergi di dalam Harold's Bread itu. Pilihnya tidak pun, kehulur-kehilir sahaja.

Telefon pintar Rayyan berbunyi ketika mereka berada di kaunter pembayaran.

"Aku dekat mana? Asal?" Rayyan menyoal pada si pemanggil semula.

"Okay, kejap lagi aku sampai" Rayyan mengangguk sambil menghulurkan kad daripada dompetnya.

"We will take our lunch here" Rayyan menyimpan semula telefon pintarnya di dalam poket seluar. Melisa hanya mengangguk faham dan meninggalkan Harold's Bread dahulu, lebih baik berjauhan daripada disyaki rakan sekerja dan majikannya.

Melisa hanya berjalan mengikuti rentak kakinya, tempat makan dituju dan tersenyum melihatkan orang yang dia kenali melambai ke arahnya.

"Mel boleh makan apa je, saya belanja" Raees mengukirkan senyumannya.
"Sizzling macam menarik" Melisa melihat ke arah kaunter sizzling.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now