BAB 51

1.4K 36 4
                                    

     "Aku dah cakap dengan kau hari tu kan? Tak nak percaya" Iwan tersenyum bangga, akhirnya kata-katanya terbukti benar apabila melihatkan Rayyan yang sedang memasukkan bagasi Melisa di bahagian belakang van itu.

"Aku ingatkan aku mimpi doh masa tu. Aku nampak juga lockscreen Encik Rayyan tu sebab aku duduk belakang dia kan. Lagipun masa tu aku mamai lagi siot" Helmi menggelengkan kepalanya. Itu memang bukan mimpi.

"Asal aku tak tahu langsung?" Maulana berkata pula.

"Kau dalam dunia kau. Dunia khayalan, dunia impian" Iwan menyanyikan lagu cerita daripada seberang yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Helmi turut tertawa sama dan memboloskan dirinya ke dalam van. Kalau dilayan, makin lama Maulana diusik oleh Iwan.

Melisa menghulurkan tongkat siku yang digunakan kepada Arisha sebelum memanjat sendiri untuk masuk ke dalam van. Susah juga untuk dirinya. Terkial-kial Melisa ingin memaut pada pemegang van itu sebelum Rayyan sendiri yang mencempung tubuh badannya masuk ke dalam van.

Raees hanya memerhatikan gerak geri Rayyan itu sahaja. Sebuah kotak kecil yang berisi cincin itu disimpan dengan rapi di dalam beg sandangnya. Perancangannya untuk kejutan melamar Melisa di akhir lawatan kerja dan di hadapan resort itu tidak menjadi.

Lagi mengejutkannya adalah status Rayyan dan Melisa sebagai sepasang suami isteri yang sah. Setahu Raees, tidak pernah nampak pula mereka berdua berinteraksi mesra selama ini. Tahu-tahu sahaja, Melisa menangis memanggil nama Rayyan setelah mendapati dirinya jatuh satu tingkat.

Raees mengeluh perlahan dan menyandarkan tubuh belakangnya pada kerusi.

"Rayyan nak pergi mana?" Melisa memegang tangan Rayyan ketika suaminya ingin bergerak ke tempat duduk belakang.

"Duduk tempat akulah" Rayyan tunjuk tempat duduknya di antara Raees dan Dilan.
"Duduklah depan dengan Mel" Melisa mula mencebik, semoga dapat pujuk Rayyan untuk duduk bersamanya.

"Aku ada belakang kau je. Duduklah dengan Arisha. Apa-apa panggil aku" Rayyan mencium dahi licin Melisa itu. Sengaja menyakitkan hati Raees yang sedari tadi memerhatikan mereka berdua.

Terang lagi bersuluh mata rakannya itu tidak lepas daripada menatap Melisa.

"Dah baik gaduh ke?" Dilan tersenyum mengusik sebaik sahaja Rayyan duduk di sebelahnya.
"Siapa cakap dah baik?"
"Actions speak louder than words, bro" Dilan menepuk-nepuk bahu Rayyan itu.

"Memandai je" Rayyan memutarkan bebola matanya.

"By the way, congrats on your wedding" Raees menghulurkan tangannya kepada Rayyan.
"Thank you" Rayyan menyambut tangan Raees itu, digenggam kemas tangan mereka.

"Sorry for having the romantic feelings towards your wife. Kalau aku tahu, dia isteri kau...aku takkan ada perasaan tu"

"You used to be popular stealing girls from their boyfriends. Are you thinking about doing the same with Mel?"

"I used too...aku dah tak nak buat kerja macam tu lagi dah. Buat cari musuh je" Raees menggelengkan kepalanya dengan senyuman. Jahatnya yang dulu, tidak boleh disangkal lagi.

"Susah aku nak percaya, tapi...takpelah" Rayyan tersenyum kecil.

Melisa merebahkan kerusinya ke belakang, hampir sahaja terkena pada peha Rayyan. Betul rebah habis kerusinya.

"Mulalah tu" Arisha mencucuk-cucuk pinggang Melisa. Terus sahaja rakannya itu menepis kuat.

Rayyan membelai rambut Melisa, tahu sangat perangai Melisa kalau sudah begini gayanya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now