BAB 11

1.5K 54 0
                                    

Selepas bersarapan pagi, Rayyan terus bergerak ke tempat kerjanya bersama Dilan. Melisa hanya sempat menjengah ke bawah daripada balkoni biliknya apabila mendengarkan deruman enjin kereta di perkarangan rumah.

"Aku pergi toilet sekejap je. Berdesup hilang" Melisa melepaskan keluhannya.

Langkah kaki di atur menuju ke tingkat bawah. Lagi sekali, Melisa memakai pakaian Rayyan yang diambilnya secara senyap-senyap semasa Rayyan masih tidur Subuh tadi.

Katalah apa pun, Melisa tidak memakai pakaian dalamnya ketika itu kerana dicuci terlebih dahulu. Tak terfikir Rayyan agaknya mengenai pakaian "adik-adik" Melisa itu. Tidak selesa dibuatnya.

Nasib baiklah hanya Kak Senah dan Kak Eton yang berada di dalam rumah itu.

Melisa berjalan ke setiap bilik dan penjuru rumah Rayyan. Perlu tahu selok belok rumah ini, lebih senang untuknya nanti.

Agak terkejut Melisa ketika melihat bilik gim persendirian milik Rayyan, walaupun Melisa bukanlah seorang yang gemar akan bersukan, tetapi dia tahu gim persendirian Rayyan ini cukup lengkap peralatannya.

Terasa aura kejantanan di dalam gim tersebut, sepantas kilat Melisa menutup kembali pintu gim itu.

Kali ini, bilik pejabat Rayyan dibuka.

"Wow" Melisa bagaikan terpaku dengan kekemasan terperinci bilik pejabat itu. Daripada susunan buku mengikut ketinggiannya, sehinggalah susunan pen di atas meja. Sejak bila Rayyan menjadi seorang yang sangat teliti?

13 tahun benar-benar merubah seorang Rayyan Nick Eskandar. Melisa seperti tidak mengenali Rayyan lagi. Rak buku Rayyan dituju. Mata Melisa tertumpu pada satu bingkai gambar yang diselitkan antara koleksi bukunya.

Sifat ingin tahunya membuak-buak dan tangannya mula mencapai bingkai gambar yang disorokkan itu.

"Gambar ex-girlfriend lah ni" Melisa tersenyum sinis.

Senyuman sinisnya serta merta berubah mendatar apabila bingkai gambar itu berada di genggamannya. Gambar sewaktu mereka bertiga masih di zaman persekolahan. Melisa pasti, ini adalah Hari Kokurikulum di sekolah kerana terdapat jualan bukaan gerai di belakang mereka.

Melisa tersenyum kecil ketika melihatkan senyuman Mateen yang dirindui dalam gambar itu.

"Mateen....saya rindu awak tahu"

Diusap perlahan wajah Mateen pada bingkai gambar di tangannya.

"Saya milik Rayyan sekarang ni. Awak rasa, Rayyan boleh jaga saya macam awak jaga saya tak?" Melisa memuncungkan bibirnya seakan-akan mengadu pada Mateen.

Melisa mengeluh berat. Tiada lagi jawapan daripada Mateen. Untuk selamanya. Bingkai gambar ditangannya di selitkan semula antara buku-buku di rak tempatnya disorokkan.

Bilik pejabat Rayyan ditutup rapat. Langkahnya menuju ke ruang tamu.

"Patutlah Rayyan rajin pergi kerja, takde apa pun dekat rumah dia. Membosankan" Kaca televisyen dihidupkan, cuba untuk mempercepatkan masa dengan menonton filem atau drama yang menarik.

...

Rayyan memasuki rumahnya ketika jam sudah menunjukkan pukul 1:30 petang.

"Ermm Tuan Rayyan...saya tak tahu pula tuan balik untuk makan tengahari" Kak Eton segera menghampiri Rayyan yang sedang menanggalkan kasut di muka hadapan pintu utama.

Sedangkan sarapan tadi, apabila ditanya oleh Kak Senah, jawapan majikannya adalah tidak makan dirumah.

"Saya dah makan tadi. Mel mana?" Rayyan melangkah masuk ke rumahnya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now