BAB 25

1.5K 43 0
                                    

     "Rayyan lepas ni jangan buat macam ni lagilah. Susah Mel nak sorokkan" Melisa mengeluh perlahan. Dia sudah lambat untuk pergi kerja dan lagi lambat apabila perlu menutup tanda-tanda yang dibuat Rayyan pada lehernya.

"Nanti-nanti hilanglah tu" Rayyan memeluk Melisa daripada belakang. Dirinya sudah siap berpakaian lengkap untuk ke kerja.

Melisa selesai menutupnya dengan concealer dan segera menghadap Rayyan yang sudah segak itu.

"Sorry tau Mel tak boleh teman Rayyan breakfast hari ni. Mel nak cepat"

"Hati-hati drive. Aku boleh suruh Dilan makan sini sekali sama-sama" Rayyan mengucup dahi Melisa.

"Mel pergi dulu ye" Melisa mengucup pipi Rayyan dan menyalami tangan suaminya sebelum bergegas meninggalkan Rayyan bersendirian.

Rayyan mengambil telefon pintarnya, panggilan ke Dilan dibuat.

"Awal call?" Dilan segera menjawabnya.

"Sarapan dekat rumah aku dulu" Rayyan menuruni tangga rumahnya ke meja makan.

"Mantap, sekarang juga aku datang" Dilan tergelak kecil. Panggilan dimatikan.

"Kak Eton, mulai hari ni tak perlu kemas bilik saya lagi. Saya boleh buat sendiri" Rayyan memesan pada pembantu rumahnya itu.

"Baik, tuan. Menurut perintah" Kak Eton mengangguk.

"Selamat pagi semua!" Dilan memecahkan kesunyian rumah agam tersebut.

"Assalamualaikum Encik Dilan" Rayyan menyindirnya.

"Waalaikumusalam tuan Rayyan" Dilan turut sama membalasnya.

"Aku tak nampak kau keluar rumah pun semalam. Biasanya mesti kau berjalan keliling rumah" Dilan duduk di kerusi meja makan itu.

"Baguslah kau, semua aktiviti aku, kau tahu eh" Rayyan menepuk bahu Dilan.

"Aku ni seorang jiran merangkap seorang rakan merangkap lagi seorang pekerja yang bagus, berdedikasi dan bertanggungjawab" Dilan menepuk dadanya sendiri. Bangga.

Rayyan hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dilan memang suka memuji diri sendiri. Katanya, siapa lagi mahu memuji kalau bukan diri sendiri.

"Eh, aku lupalah. Wife kau mana? Tak nampak pun?"

"Kerjalah. Ada meeting awal pagi ni. Apa punya bos lah, last minute kau tahu tak dia bagitahu dekat semua pekerja. Nasib Mel perasan memo mesyuarat tergempar tu"

"Lah, kutuk diri sendiri juga ke? Kau pun sama macam kawan San Francisco kau tu. Takde angin, takde ribut tiba-tiba panggil semua head departments" Dilan menyuapkan bihun goreng bersama nuget yang masih panas itu. Baru sahaja digoreng oleh Kak Senah tadi.

Pagi ini sahaja Melisa tidak sempat menyediakan sarapan buat Rayyan kerana Rayyan yang tidak melepaskannya daripada pelukan.

Rayyan hanya melirikkan matanya pada Dilan.

"What's your plan after this, Rayyan? The project is starting it first phase since you agreed for the investment few days ago"

"I plan nothing"

"You better think about it now. What will happen to you and Melisa once the project done. You have to think wisely, alright?"

Rayyan mengangguk perlahan dan meneguk teh hijau panasnya. Tepukan takkan berbunyi jika hanya sebelah tangan dan Rayyan mengharapkan, Raees hanya menepuk sebelah tangan setelah apa yang berlaku antara Rayyan dan Melisa kini.

Hubungan mereka semakin hari, semakin rapat. Cuma, ucapan cinta sahaja tidak dinyatakan Melisa kepadanya.

Tetapi, sudah tentu Melisa mencintainya kalau Melisa sanggup memberikan tubuhnya pada Rayyan.

Atau.

Itu belas kasihannya kepada Rayyan? Sebab barangan milik Mateen masih terjaga di dalam bilik Melisa. Gambar Mateen masih di atas meja pejabat Melisa. Begitu juga Melisa yang tidak memakai cincin perkahwinannya apabila bekerja.

Terlalu banyak pemikiran negatif dan keterlaluan yang menerjah masuk dalam kepalanya pagi ini.

...

     Melisa pulang ke rumah setelah seharian dirinya berulang-alik melawat tapak pembinaan. Hari Isnin yang memenatkan.

Melisa pulang ke rumah dahulu dan melihatkan Kak Senah yang sedang menyediakan bahan masakan makan malam yang diminta Melisa.

Senang katanya, Melisa pulang dan setelah membersihkan diri boleh terus memasak.

"Kak Senah, kalau dah siap kerja semua. Kak Senah dengan Kak Eton boleh balik awal hari ni" Melisa melangkah ke peti sejuk, minuman yogurt sejuk diambil.

"Betul ke ni, Puan Melisa?" Kak Eton tersenyum lebar.

"Ye, betul...kakak berdua boleh sediakan juadah makan malam untuk keluarga" Melisa mengangguk.

"Terima kasih ye, puan" Kak Senah tersenyum senang. Bagusnya Rayyan beristerikan Melisa yang berbudi pekerti akhlaknya.

Melisa tersenyum dan beredar daripada dapur untuk menuju ke tingkat atas. Bilik tidurnya dibuka. Kena cepat bersihkan diri sebab juadah makan malam perlu disediakan sebelum Rayyan pulang.

Selesai membersihkan dirinya, Melisa kembali ke ruang dapur. Rambutnya disanggul tinggi, tubuh badannya sudah memakai baju tidur kerana itulah paling selesa untuknya di rumah.

Dikerling jam pada telefon pintarnya, hampir pukul 7 malam. Sebentar lagi, pasti Rayyan akan pulang ke rumah.

Tugasannya dalam menyediakan juadah makan malam diteruskan. Hari ini, Melisa memasak juadah kari daging, daging masak lada hitam dan ulam-ulaman yang dipetik Kak Senah petang tadi.

Mujur sahaja Rayyan lebih suka akan masakan Melayu walaupun dia merupakan anak kacukan. Mudah sahaja untuk isterinya yang Melayu pada kad pengenalan ini untuk mengenyangkan perut si suami.

Ketika Melisa leka di dapur, Rayyan sudah pun pulang dan segera berjalan ke bilik tidurnya. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi. Haruman masakan Melisa saat itu memang mengiurkan. Beruntunglah badan.

Beberapa minit lagi sebelum masuk waktu Maghrib. Dirinya belum lagi menunaikan solat Asar, memang laju sahaja langkah Rayyan ketika itu.

Maklumlah dirinya baru sahaja ingin berjinak-jinak kembali kepada Yang Maha Esa. Sudah lama dirinya meninggalkan agama. Doanya yang selama ini saban hari, saban tahun diminta kepada Tuhan sudah pun dimakbulkan. Kenapa dirinya perlu bongkak, bukan?

Kucing Melisa yang mengekorinya diabaikan sahaja. Tidak kuasa lagi dirinya untuk menghalau kucing kesayangan Melisa itu.

Ketika solat juga, Bear hanya duduk diam di sebelah sejadah. Seakan-akan menjadi mata-mata untuk Melisa dalam memastikan Rayyan menunaikan solat fardhu nya itu.

Setelah menghadap Tuhan, Rayyan masuk ke dalam bilik air. Dibiarkan pancuran air mengenai badan dan kepalanya. Sangat menenangkan.

     Keluar sahaja Rayyan daripada bilik airnya, Melisa sudah terpacak di dalam bilik tidurnya. Senyuman diukirkan pada Melisa dan Rayyan berjalan ke bilik pakaiannya.

"Rayyan dah solat Asar ke masa balik tadi?" Melisa mengikuti Rayyan ke dalam bilik pakaiannya.

"Dah, cinta. Tak percaya boleh tanya Bear tu" Rayyan sengaja memanggil Melisa dengan panggilan itu. Terdiam terus Melisa saat itu.

"Ermm...makan malam dah siap tau, Rayyan. Nanti Rayyan turun bawah eh?" Melisa segera mengubah topik dan mengambil Bear di kakinya.

Rayyan mengangguk.

Melisa merasakan degupan jantungnya selepas keluar daripada bilik Rayyan. Tidak duduk diam betullah. Dah hilang rentak jantungnya ketika itu. Melisa menarik nafas panjang dan menghembuskannya semula.

Lalu, Melisa turun bersama Bear. Kucing kesayangannya itu juga diberikan makan terlebih dahulu. Barulah sihat dan sentiasa gendut.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now