BAB 66

1.4K 32 0
                                    

     "Kau dengan Mel, okay tak?" Raees melabuhkan punggungnya di sofa dalam pejabat Rayyan. Apa mimpi Raees berkunjung ke situ pun Rayyan tidak pasti.

"Asal tanya?" Rayyan duduk di sofa single berdekatan Raees.

"Jawapan kau okay jelah kan? Tak payah lah aku bagitahu" Raees mengangguk sambil bermain dengan belakang tengkuknya.
"Aku nak tahu kenapa kau datang cari aku? Something happened to Mel? She's not concentrating on her work?" Rayyan cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh Raees.

"No, she's good....cuma...Shauqi"

"Apa kaitan jantan tu pula ni? Kau cakap biar terang boleh?" Rayyan sudah naik angin. Lagi-lagi nama yang disebut Raees itu telah pun dipangkah merah untuk muncul di hadapannya.

"Kau tahu tak, Maya sebenarnya dengan Shauqi? Nadhir yang call, dia beritahu aku pasal hubungan diaorang tu. Shauqi naik angin dengan kau sebab kacau girlfriend dia yang merangkap bekas kekasih kau tu" dengan sekali nafas, Raees menceritakan hal sebenarnya.

"Bila masa pula aku kacau? Lagipun, Maya tak bagitahu aku pun pasal hubungan dengan Shauqi? Kau biar betul?" Rayyan meminta penjelasan sekali lagi pada Raees.

"Memang lah Maya tak nak bagitahu, nanti kau tak nak keluar dengan dia lagi"

"Dude... it's been months. Aku tak keluar dah dengan Maya walaupun sebagai kawan. Mel tak suka" Rayyan mengerutkan dahinya. Kenapa lah hal lama dibangkitkan semula oleh Shauqi? Sengaja cari masalah dengan Rayyan agaknya.

"Aku tak rasa Shauqi akan berdiam diri"

"Dan aku pun takkan berdiam diri. Maya yang terhegeh-hegeh cari aku, aku pula kena? Bodoh lah jantan ni" Rayyan menggelengkan kepalanya.

"Kau tau kan, Shauqi tu kalau dah lalok, memang tak fikir apa dah. Buat ikut suka dia. Kau jagalah Mel baik-baik. Aku datang sini sebab risau je and nak kau aware pasal Shauqi"

"Bila Nadhir bagitahu kau pasal ni?"

"Masa kau dengan Mel pergi honeymoon" Raees mengusap wajahnya. Telinga cuba ditahan, memang kena tengking nanti. Dah hampir 2 bulan tempoh masa Nadhir menelefonnya.

Pandangan tajam Rayyan cuba dielakkan. Dua bulan waktu yang lama untuk Shauqi merancang perkara buruk berlaku, kalau betul dia ada terfikirkannya.

"Asal kau tak inform je masa Shauqi dah muncul depan muka aku?!"

"Sumpah aku baru teringat" Raees mengeluh.
"Pergi mampus dengan sumpah kau" Rayyan mengetuk jarinya di sofa.

"It's okay, thank you for this news. Selagi aku bernyawa, Shauqi takkan dapat apa-apa kan isteri aku" Rayyan melonggarkan tali lehernya. Sedikit sebanyak, hal ini turut membimbangkan Rayyan juga. Hati suami mana tak susah kalau tahu isterinya kemungkinan diganggu oleh kawan lamanya yang gila perempuan.

"Aku boleh tolong tengokkan Mel dekat pejabat. Kau tak payah risaulah" Raees memandang Rayyan yang duduk termenung itu. Memikirkan segala kemungkinan yang Shauqi mungkin sedang merancang.
"Kau nak tolong tengok ke nak tolong mengayat isteri aku?"

"Aku rasa kau kena percaya aku lebih kali ni daripada Shauqi and The Gangs tuuu. Itu lagi bahaya" Raees mengangguk

"Memang musibat lah perangai jantan tu" Rayyan mendengus kasar. Bengang dengan perkara yang berlaku. Nafas ditarik dalam. Cuba menenangkan fikirannya yang bercelaru.

...

     Telefon pintar berbunyi kuat di segenap ruang bilik tidur itu. Panggilan masuk tanpa henti. Rayyan yang masih memejamkan matanya terus sahaja mencapai telefon pintar di bawah bantalnya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now