BAB 36

1.5K 40 0
                                    

     "Kau hidupkan enjin kereta dulu. Tunggu dengan Arisha dalam kereta" Rayyan menghulurkan kunci pada Dilan.

"Suka tau buat aku berdua dengan Arisha. Risau ada yang ketiga je ni" Dilan berseloroh.

"Tak payah bertiga, kau pun dah macam setan" Rayyan memutarkan bebola matanya, menjengkelkan. Rayyan melangkah laju pada Melisa dan Arisha yang berpeluk lengan sesama sendiri. Sengaja tak nak Rayyan memimpinnya tadi.

"Arisha, I need to talk with my wife for a while. Can you give us some time? Kau tunggu dalam kereta dululah dengan Dilan" Rayyan menepuk bahu Dilan yang datang ke sebelahnya.

"Boleh, korang settle dulu apa patut eh. Tak elok bermasam muka" Arisha tersenyum dan menepuk perlahan lengan Melisa untuk melepaskannya. Apa lagi, memuncung Melisa ketika Arisha sudah beredar bersama Dilan.

Rayyan menarik lengan Melisa untuk berdiri di tempat yang berbumbung.

"Mel nak tahu apa pasal Maya?" Rayyan memegang dagu Melisa supaya memandangnya dan bukan jalan raya.

"Semua"

"In details. Aku tak layan kalau kau cakap semua"

"Dia pernah jadi girlfriend Rayyan ke?"

"Pernah tapi aku tak suka. She's too....you know..social" Rayyan menjungkitkan bahunya.

"Rayyan suka dekat dia lagi tak? Rayyan dengan Maya putus sebab nak kahwin dengan Mel ke?" Melisa mendongak memandang suaminya. Dirinya yang hanya paras dada Rayyan itu sudah terasa kerdil.

"Kan tadi aku dah cakap, aku tak suka. Means she has nothing to do with me before our marriage. I just didn't like her" Rayyan mengusap rambut Melisa perlahan. Rasa nak marah sebab cakap benda yang sama.

Tetapi, perempuan kan...walaupun soalan itu mendatangkan jawapan yang sama, tetap sahaja inginkan jawapan itu keluar daripada mulut lelaki. Kena banyak bersabar walaupun sabar Rayyan sangat nipis.

"Rayyan contact dengan dia lagi, kenapa? Tak tahu ke, exes can't be friends" Melisa menepis tangan Rayyan di rambutnya.

"She's just a friend to me. No more, no less"

"Habis tu, gambar, video dengan Rayyan kenapa dia tak delete? Sengaja nak suruh Mel tengok ke?" Melisa mengeluarkan telefon pintarnya dan akaun Instagram Maya ditekan. Gambar dan video yang menunjukkan kewujudan Rayyan menerusi Instagram Story ditunjukkan pada suaminya.

"Mel, everyone has their pasts. So do I. I can't do anything if she wants to keep it that way. It's her choice right?" Rayyan meraup wajahnya.

"So, you're breaking up in a good term lah? That's why you let her keep your 'existence' in her social media. Make it like she's still with you" Melisa mengukirkan senyuman nipisnya. Sakit hatinya tidak pernah dirasakan sebegini.

"Kenapa negatif sangat ni, Mel?"

"Macam mana tak negatif kalau Mel tahu Rayyan masih contact dia. You told her you are married to me and she's deciding to follow me. Like why? And she puts a lot of efforts to find my Instagram too. Nak tengok ke kalau Mel ada post gambar Rayyan macam yang dia buat? Risau, media tahu dia bukan dengan usahawan muda yang terkenal ni lagi? Tak boleh dah nak buat gosip nanti"

"Maya tu orang penting ke dalam hidup Rayyan? Sampai tahu status Rayyan yang sekarang ni. Kawan-kawan ada tahu pasal Mel? Pekerja-pekerja Rayyan ada tahu pasal Mel? Tak kan?" Melisa membetulkan rambutnya yang ditiup angin. Keluhan kasar turut kedengaran.

"I will talk to her about this, okay? I will ask her to delete everything that had me in it" Rayyan memalingkan tubuh Melisa menghadap ke arahnya.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now