BAB 33

1.4K 49 1
                                    

Melisa menarik perlahan tangannya daripada genggaman Rayyan setibanya mereka di depan pintu bilik.

Melisa melihat ke arah tangga yang dipanjat tadi. Tiada kelibat ibu atau bapa mertuanya.

"Mel masuk bilik dulu" Melisa melangkah ke bilik tidurnya.

"Nak aku kena marah lagi ke?" Rayyan berpeluk tubuh.

"Mama tak nampak pun. Rayyan masuklah tidur. Mel minta maaf untuk semua yang Mel cakap mungkin ada menyakitkan hati Rayyan" Melisa datang semula kepada Rayyan dan menyalami tangan berurat suaminya itu.

"Masuk bilik aku je" Rayyan membuka luas pintu biliknya untuk Melisa.

"Bear?" Melisa menunjukkan kucingnya di dakapan.

"Dia buat sepah dalam bilik aku, kau kemas" Rayyan masuk dahulu ke dalam biliknya. Tersenyum lebar Melisa apabila Rayyan membenarkan Bear untuk tidur bersama.

"Jangan buat sepah tau" Melisa berbisik pada Bear. Melisa meletakkan Bear ke bawah dan laju sahaja Bear berlari ke katil Rayyan. Macam ada magnet yang menarik Bear.

Rayyan menolak perlahan Bear yang berada di atas bantal tidurnya. Ditepuk bantal itu tanpa sepatah kata dan ditarik selimut bersama mata yang terpejam.

Melisa duduk di atas katil bersebelahan dengan Rayyan. Bear berada di antara Melisa dan Rayyan. Seperti pagar jarak mereka berdua.

Wajah Rayyan diperhatikan. Kalaulah raut wajah yang tenang ini menatap matanya, mesti tak duduk diam jantung Melisa. Nasib matanya terpejam.

Tiada pergerakan dirasakan Rayyan disebelahnya.

'Takkan Mel terus tidur?' detik hati Rayyan. Jadi, matanya dibuka dan nasib baik Rayyan sempat mengawal raut wajahnya untuk tidak terkejut apabila diperhatikan oleh Melisa sejak tadi.

"Best tengok muka aku? Ada nampak syurga kau ke?"

"Ada. Sebab tu Mel tengok" Melisa mengangguk. Rayyan memutarkan bebola matanya.

"Kau nak apa daripada aku? Tak puas ke dengar mama dah membebel dekat aku tadi?"

"Betul ke.....Rayyan tak nak zuriat buat masa sekarang?" Tetiba sahaja soalan itu terlintas di fikirannya dan terluah juga daripada mulutnya.

"Rayyan tak cakap apa-apa pun dengan Mel sebelum ni" Melisa mengeluh apabila tiada balasan daripada suaminya itu.

"Aku...aku baru terfikir" Rayyan duduk daripada pembaringannya.

"Hmm....okay"

Balasan Melisa tidak memuaskan hati Rayyan. Apa yang okay? Untuk ada perancangan keluarga?

"Mel, how do you see us in the next 5 years?"

"I don't see us in the next 5 years if we're still acting like this. Difference rooms, you only call me when you 'need' me....Rayyan terima Mel sebagai isteri untuk selamanya atau sementara?"

Rayyan hanya merenungnya sahaja. Melisa memutarkan bebola matanya, sakit hati kian terasa.

"Rayyan sendiri tak tahu kan? Patutlah rahsiakan perkahwinan kita. Sebab kalau cerai nanti, perempuan dekat luar sana tak tahu pun yang Rayyan ni pernah berkahwin. That's sly, Rayyan" Melisa tersenyum paksa.

"Baguslah tu, bersangka buruk dengan suami sendiri" Rayyan membalasnya.

"Ke Rayyan ada girlfriend sebelum kahwin dengan Mel?" Melisa mula serkap jarang sahaja sebab status Rayyan di mata orang luar masih seorang usahawan muda yang bujang. Bukan Melisa tidak menyemak hal Rayyan di Internet.

Taip sahaja nama suaminya, terus keluar semua baik dan buruknya.

"Dengar daripada mana berita tu?"

"Jadi, betullah? Sebab Rayyan nak jaga hati girlfriend sampai rahsiakan perkahwinan kita. Mel dah rampas kebahagiaan perempuan lain ke? Kenapa Rayyan tak bagitau awal-awal?" Melisa menggenggam erat baju di dadanya.

Rayyan memicit perlahan dahinya, nafas turut ditarik panjang.

"Bila masa pula aku mengiyakan? Aku tanya, mana kau dapat berita tu?"

"Google cakap" Melisa sudah memuncung.

"Eh Mel, aku depan mata kau ni. Asal kau tak tanya aku terus? Kenapa perlu tengok dalam Google tu?" Bengang pula Rayyan apabila dirinya dituduh sebegitu rupa. Macam mana nak ada teman wanita kalau hatinya sentiasa tertulis nama Melisa Adriana.

"Rayyan tak nak cakap dengan Mel kan sebelum ni"

"Macam kau peduli pula kalau aku tak nak borak dengan kau. Bukan kau main terjah je ke" Rayyan menggelengkan kepalanya.

Semakin panjang muncung Melisa ketika itu apabila Rayyan menghamburkan fakta-faktanya. Kali ini, jiwa Rayyan pula meronta-ronta melihatkan bibir kemerahan Melisa memuncung seakan-akan merajuk.

Tergoda dengan isteri sendiri, bahaya bagi Rayyan. Walhal, dia sedang di dalam situasi yang agak serius bersama Melisa. Boleh pula fikirannya melayang jauh.

"Kalau betul Rayyan ada buah hati lain sebelum Mel hidup bersama Rayyan, please tell me. I don't want to destroy other woman's happiness. Mel juga tak suka kalau digelarkan sebagai perampas, penyondol dan seangkatannya" Melisa sudah redha jika benar berita yang dibacanya di Internet.

"Kau melalut apa ni?" Rayyan sengaja merapatkan dirinya pada Melisa. Ingin melihat bibir isterinya dengan lebih jelas.

"Penatlah Mel nak ulang banyak kali. Takkan Rayyan tak faham?" Melisa mengetap bibir bawahnya. Geram.

Rayyan menggelengkan kepalanya. Sengaja ingin melihat lagi bibir merah Melisa yang bercakap tidak henti itu. Bibirnya kelihatan sangat lembut apabila bibir atas dan bawahnya berlaga ketika bercakap.

Entah apa yang dibual oleh Melisa kepadanya, terus sahaja Rayyan menyatukan bibirnya bersama Melisa. Isterinya itu mula meronta-ronta dan memukul dada Rayyan minta dilepaskan. Tetapi, semakin menjadi pula kucupan bibir Rayyan itu.

Melisa menolak kasar dada Rayyan sehingga bibir mereka berjarak kembali. Bunyi 'pop' kedengaran melalui bibirnya.

"Apa ni, Rayyan?" Mencungap Melisa menuturkan 3 patah perkataan itu sahaja. Hampir hilang nafasnya. Dadanya berombak bagi mengawal semula pernafasannya.

"Bising sangat kau bebel, aku diamkan lah" Rayyan mengusap rahang Melisa perlahan.

"That's not the right way" Melisa mengerutkan dahinya. Rayyan tersenyum sinis. Bibir Melisa dikucup lagi sekali. Apabila tiada balasan daripada Melisa, Rayyan mula membelai Melisa dengan mencuri masuk tangannya di bawah baju Melisa. Ciumannya di bibir Melisa dilembutkan caranya.

Rayyan merebahkan Melisa di atas katilnya, Bear terus melompat turun daripada katil dan sambung tidur di karpet milik Rayyan.

"Rayyan..." Tangan Melisa menahan Rayyan daripada membelainya di bahagian wanita. Tetapi, tidak diendahkan oleh suaminya. Makin dihalang, makin dibuat.

Melisa menggenggam erat baju di tubuh Rayyan apabila terasa kehangatan tapak tangan Rayyan dibawahnya. Melisa menatap tepat ke mata Rayyan yang memandangnya.

Suaminya tidak lagi memberikan ciuman hangat kepadanya tetapi, hanya usikan yang masih dirasakan Melisa. Bibir bawahnya digigit erat. Cuba tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana itu pasti yang diinginkan Rayyan.

Kaki Melisa sudah menggeletar menahan dirinya sehabis mungkin. Rayyan melucutkan seluarnya dengan pantas tanpa meninggalkan seurat benang pun dan Melisa sendiri dapat lihat dengan jelas tangan nakal Rayyan yang sedang bermain di bawahnya.

Kakinya sudah terdedah luas pada Rayyan, bibir Rayyan mula mencium perut Melisa dan secara perlahan, mula bergerak ke bawah. Laju sahaja tangan Melisa menggenggam erat rambut Rayyan itu.

Bunyi keresahan Melisa mula kedengaran di telinga Rayyan.

"Can I have you now, cinta?"

Melisa mengangguk dan menarik Rayyan kepadanya. Bibir Rayyan dikucup juga. Mulanya pergaduhan, tetapi pengakhiran memang tidak dijangkakan. Bertaut kasih sesama sendiri dan melupakan keraguan yang ada pada diri masing-masing.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now