BAB 21

1.5K 49 1
                                    

Rayyan duduk di balkoni rumahnya untuk mengambil angin malam hari. Balkoni di bilik Melisa dipandang sepi. Kosong.

Hari ke-4 dalam menyelesaikan miniature resort yang diminta oleh Rayyan. Sudah tentu Melisa tidak menghabiskan waktunya bersama Rayyan lagi.

Melisa sedang sibuk di dalam bilik kerjanya, disitulah disiapkan miniature sepanjang 4 hari itu. Hanya berbaki 3 hari sebelum ditunjukkan kepada Rayyan.

Semakin kuranglah wajah Melisa melintas dihadapan mukanya. Lagipun Melisa tidak membuatnya seorang diri, Arisha turut membantu. Kadang kala kereta milik Arisha ada terparkir di halaman rumahnya tetapi tidak pernah mereka bersua muka.

Rayyan lebih gemar berada di dalam biliknya sahaja. Tetapi, makanan harian Rayyan masih dijaga baik oleh Melisa. Makan malam pasti ada dihidangkan begitu juga dengan sarapan pagi.

Pada waktu cuti pula, daripada sarapan, makan tengahari sehingga makan malam sehari pun Melisa tidak pernah culas untuk menyediakan makanan Rayyan walaupun Sabtu dan Ahad pembantu rumahnya tidak bekerja.

Tetapi, Rayyan hanya makan seorang diri sahaja. Tiada Melisa menemaninya.

Hari ke enam sebelum pembentangan semula Melisa kepada Rayyan, Rayyan melangkah masuk ke bilik pejabat Melisa secara perlahan.

Tidak pernah sekali pun Rayyan memasuki bilik kerja Melisa itu, tetapi dirinya meronta-ronta untuk melihat wajah Melisa yang dirinduinya.

Rayyan berjalan ke arah miniature resort yang lengkap sepenuhnya. Memang Melisa sentiasa melakukan kerja dengan efisyen. Usahanya untuk memperoleh apa yang diinginkan selalu sahaja membuahkan hasil yang bagus.

Tubuh Melisa sudah berbaring di atas sofa. Kesan-kesan gam dijarinya masih ada terlihat jelas.

Perlahan sahaja rambut Melisa diusap, dikucup juga dahi licin isterinya itu.

"Mel boleh je pujuk Rayyan untuk beri lebih masa. Nak juga siapkan dalam masa seminggu" Rayyan menggelengkan kepalanya, rambut Melisa diselitkan di belakang telinga.

Rayyan mengerutkan dahinya apabila terlihatkan sesuatu yang berada pada leher jinjang Melisa itu. Rantai pengenalan atau 'dog tag' .

Secara perlahan, Rayyan memegang rantai pengenalan itu dan secara terangan memang rantai itu milik Mateen. Nafas ditarik panjang, kemudian dilepaskan.

Mateen dan sentiasa Mateen untuk Melisa. Rayyan segera beredar daripada bilik kerja Melisa. Makan malam yang dimasak oleh Melisa tidak diusik langsung. Selera makannya hilang serta merta.

Hanya Rayyan menyayangi Melisa seorang. Daripada dulu, hanya dia seorang. Itulah bunuh diri paling tragik. Apabila perasaan yang ada hanya pada sebelah pihak sahaja.

Bukannya Rayyan tidak mahu mencuba untuk memikat Melisa seperti yang dikatakan oleh Dilan. Tetapi, memang sudah hati Melisa bukan untuk Rayyan. Buat apa ingin dipaksa lagi?

Pembentangan yang sepatutnya dihadiri oleh Rayyan juga hanya diwakilkan Dilan sahaja. Rayyan mengelak untuk berjumpa dengan Melisa buat sementara waktu walaupun mereka duduk serumah.

Pintu biliknya turut dikunci daripada dalam kerana cubaan Melisa untuk membukanya pernah terjadi.

Tidak pernah Melisa berputus asa untuk berjumpa dengannya, bukankah lagi bagus kalau mereka tidak bersua muka.

...

Setelah menunaikan solat Asar, Melisa bangkit untuk membersihkan dirinya. Cuaca terasa bahang hari ini. Nasib baiklah hari Sabtu, kalau hari bekerja dan Melisa ada lawatan tapak, memang masak otaknya kepanasan.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now