Bahu Melisa ditepuk berkali-kali. Lenguh badannya tidak terkira. Ada sedikit masalah dengan resort yang dibina itu, jadi Melisa, Arisha dan pekerja yang lain perlu menyelesaikannya sebelum pembinaan masuk ke fasa seterusnya.
Jam ditangan juga sudah menunjukkan pukul 9 malam. Di perkarangan rumahnya banyak kereta. Jangan cakap yang Rayyan membawa rakan-rakannya pulang ke rumah pula.
Melisa sudah termangu sendirian di depan pintu utama. Nak masuk atau beritahu Rayyan terlebih dahulu.
Semasa Melisa bersendirian di depan rumah, tanpa disangka pintu utama itu dibuka daripada dalam. Seseorang jejaka tinggi lampai, berkulit cerah tersenyum lebar pada Melisa.
"Melisa, right?" slang Amerika kedengaran jelas di pendengaran Melisa. Perlahan sahaja dia mengangguk.
"Come in, why are you standing here? It's your house, I'm just a guest. Rayyan ada pesan tadi, kalau wife dia balik, panggil masuk. Sebab dia tahu, Melisa mesti berdiri je dekat luar"
"Oh by the way, I'm Shauqi. You can call me, Qi" jejaka yang bernama Shauqi itu menghulurkan tangannya pada Melisa. Perlahan-lahan Melisa menyambutnya.
"Masuklah, Rayyan ada dekat atas" Shauqi membuka luas pintu utama itu. Seperti dia pula tuan rumahnya. Melisa memboloskan dirinya. Tanpa menoleh kembali ke arah Shauqi, kakinya ingin melangkah terus ke anak tangga menuju ke bilik tidurnya.
"Hi Melisa" salah seorang daripada empat jejaka yang duduk di ruang tamu itu menegurnya. Teringin juga Melisa bertanya pada Rayyan, yang Rayyan berkawan memang ikut rupa ke? Sebabnya kesemua jejaka disitu memang kacak rupa paras mereka. Tetapi, tidak boleh mengalahkan rupa paras Rayyan.
"Hi" Melisa membalas hanya sekadar beramah mesra
"Cantik juga wife Rayyan. No wonder he kept her as his treasure. I'm Nadhir" jejaka itu memperkenalkan dirinya.
"And this is Izzan, Maleeq and Kaiser"
Melisa tersenyum kecil pada mereka pula.
"Mel nak naik atas dulu. Erm...enjoy the man's night" Melisa memegang erat beg tangannya. Entah kenapa perasaannya pelik ketika bersama mereka berlima di ruang tamu ini.
"Eh, Mel tak nak join sekali ke?" Izzan bertanya pula.
"Takpelah, Mel nak rehat je. Lagipun tak nak ganggu Rayyan dengan korang semua" Melisa menggelengkan kepalanya. Menolak ajakan mereka.
"Lahh, tak syok macam tu. You have to join us too. Baru ada seri" Maleeq menjungkitkan kedua-dua belah keningnya.
"Lagipun, Mel tak minat bola" Melisa menunjukkan pada skrin televisyen yang memaparkan wawancara bola sepak sebelum permulaan permainan.
"Duduk je pun okay kan" Kaiser cuba pula memujuk.
"It's okay" Melisa menggelengkan kepalanya lagi dan segera ingin menapak ke tangga. Dirinya dihalang oleh Shauqi, jejaka yang menjemputnya masuk tadi.
"Melisa...as beautiful as your name. Just join us for a night here. Rayyan will be here too" Shauqi menapak mendekati Melisa.
"It's okay, I'll just give Rayyan some personal space with his friends. Besides, I need a rest after a hectic day in my office" Melisa menapak satu langkah ke belakang.
"I guarantee Rayyan told her to stay away from us" Nadhir tersenyum sinis.
"He's acting like shit. Orang lain punya dia boleh sentuh, tapi dia punya tak boleh sentuh" Izzan memeluk tubuhnya bersama pandangan tidak lepas daripada Melisa.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
عاطفية//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...