BAB 52

1.4K 34 2
                                    

     "You've changed so much, Ray. Perlu ke buat I sampai macam ni? You told me, you want me back. Then, out of nowhere you changed your mind" Maya mengeluh berat.

"I'm just using you, I'm sorry. We're better off as friends" Rayyan menyedut air minumannya yang berada di atas meja.

"Risau wife you nampak ke? Risau dia tahu? Apa susah, you boleh kahwin empat kan? Tak berdosa pun" Maya menjungkitkan bahunya.
"Apa yang kita buat dulu, tu yang berdosa Maya. I'm just a friend to you now. Nothing more" Rayyan menggelengkan kepalanya.

"Dulu pun you cakap kita kawan je, tapi layanan you pada I bukan macam kawan pun" Maya tersenyum sinis.

"Itu dulu, bukan sekarang" Rayyan memotong kecil daging steak yang ditempah oleh Maya.

"How about now? Isteri you tak marah ke keluar dengan I?"

"She's hanging out with her friends. She doesn't know about us here"

"Mesti dia jealous kalau dapat tahu I keluar dengan husband dia" Maya mengusap perlahan pipi Rayyan dan turun ke bibirnya pula.

"Hand off, Maya" Rayyan menepis perlahan.

"Tak luak pun you kalau I pegang" Maya memuncung, merajuk.

"I don't like it. Nahh, makan. Cepat sikit I boleh hantar you balik" Rayyan menghulurkan pinggan berisi daging steak yang sudah siap dipotong untuk Maya.

Maya tersenyum lebar apabila daging steak sudah siap dipotong untuknya. Sikap Rayyan yang satu inilah membuatkan Maya ingin kembali semula pada Rayyan. Baik Rayyan yang kadang-kadang nakal itu menarik hatinya.

Hampir pukul 10 malam, baru Rayyan menghantar Maya pulang ke rumahnya. Sempat pula Maya mengajaknya teman membeli-belah. Diikutkan hati, Rayyan tidak mahu tetapi, tiada apa yang perlu dibuat di rumah kerana isterinya masih belum pulang.

Sudahnya kesemua beg membeli-belah dihulurkan kepadanya. Menyesal pun ada.

Cuma kebaikan mengikuti Maya membeli-belah, Rayyan dapat juga membeli sepasang gaun tidur separas lutut untuk Melisa. Terbayang-bayang isterinya memakai gaun tidur ini di mata, memang sesuai.

"Maya, I put it here" Rayyan meletakkan kesemua beg membeli-belah Maya di atas sofa ruang tamu milik Maya.

"Thank you. Need a drink?" Maya berjalan ke arah Rayyan.
"No need, I have to go home and one more thing, don't spamming me. It's annoying" Rayyan berjalan ke pintu utama rumah Maya.

"Rayyan, wait..." Maya memegang pergelangan tangan Rayyan ketika Rayyan sudah pun melangkah keluar.

"Nak apa lag..." Terbeliak bebola mata Rayyan apabila satu kucupan mendarat di bibirnya. Terasa bibirnya di ragut oleh Maya bersama lilitan lengan di batang lehernya.

Sebelum Maya mendalami ciumannya pada Rayyan, terus sahaja Rayyan melepaskan dirinya.

"This is too much, Maya" Rayyan mengesat bibirnya dan segera melangkah ke keretanya. Maya hanya tersenyum sinis. Perancangannya menjadi dan ditutup semula pintu rumahnya. Perang besar mungkin meletus.

"Rayyan..."

Rayyan menoleh kepada suara yang memanggilnya. Langkahnya kaku apabila melihatkan isterinya yang berdiri tidak jauh daripadanya bersama tongkat siku yang sudah pun menyembah bumi.

"Mel...Mel..buat apa dekat..sini?" Seakan-akan orang bodoh Rayyan bertanyakan soalan itu.

"Sampai hati Rayyan kan? Sejak bila Rayyan buat Mel macam ni?" Linangan air mata Melisa jatuh berjuraian.

"Kalau dah benci Mel sangat, tak ingin untuk bersama dengan Mel, tak perlu Rayyan nak cari perempuan lain dekat luar macam ni. Best sangat ke buat benda haram sampaikan Rayyan tak boleh tinggalkan perbuatan kotor ni?"

"Mel, I can explain" Rayyan berjalan mendekati Melisa.
"Explain for what?! Mel nampak sendiri dengan dua biji mata Mel ni. Selama ni, Mel bersangka baik je dengan suami Mel kalau suami Mel balik lewat malam. Tak sangka, Rayyan hancurkan kepercayaan Mel terhadap Rayyan malam ni" Melisa mengesat kasar air matanya. Tidak guna untuk bersedih kalau perkara sebegini sudah berlaku.

"Salah faham je, Mel. She kissed me, did you see I'm enjoying the kiss? I don't" Rayyan tenang menjawab walaupun jantungnya sudah berentak tidak tentu.

"Aku minta maaf, memang salah aku untuk keluar dengan Maya tapi demi Allah, Mel...aku tak pernah terdetik pun nak buat macam apa yang kau fikirkan" Rayyan memegang kedua-dua belah bahu Melisa.

"Aku sayangkan kau, Mel" Rayyan mengusap pipi isterinya, entah untuk ke berapa kali Melisa menangis untuk khilafnya.

"Tak perlu nak gunakan nama Allah, Rayyan. Serupa macam Rayyan mempergunakan agama. Kalau Rayyan sayangkan Mel, Rayyan takkan cari Maya untuk kembali semula pada dia. Jadi, memang Rayyan dah tak sayangkan Mel, Mel minta untuk dilepaskan" Melisa menatap tajam terus ke mata Rayyan. Dia yakin, inilah yang dia mahukan walaupun hatinya susah untuk menerimanya.

"I will never let you go..please, don't say that again"

"Lepaskan Mel" 

"Melisa...kita bincang dekat rumah. Mel datang dengan siapa?" Rayyan melihat ke arah kereta yang terparkir berdekatan dengan keretanya.

"Lepaskan Mel pergi" Melisa masih berkeras.

"I said no, ikut aku balik rumah dulu" Rayyan cuba untuk mencempung tubuh kecil isterinya itu terus sahaja Melisa menghayunkan tangannya ke pipi Rayyan.

"Ceraikan Mel...Mel tak sanggup nak hidup dan tahu yang suami Mel dibelai oleh perempuan lain"

"Melisa Adriana!" Rayyan tanpa sengaja menengking Melisa apabila kerap diberikan tekanan oleh isterinya itu.

"Halal kan makan minum Mel selama ni" Melisa menyalami tangan Rayyan dan segera meninggalkan Rayyan bersama tongkat siku yang dirampas pada genggaman Rayyan.

Dapat dilihat Arisha segera mendapatkan rakannya itu.

"Kau nak bawa isteri aku pergi mana?" Tidak memasal Arisha ditengkingnya juga.
"Jauh daripada Rayyan lah" kata Arisha, bengang.

"Duduklah dengan perempuan tu, nak cari Mel lagi buat apa?" Arisha segera menutup pintu apabila Melisa memboloskan dirinya ke dalam kereta.

"Biar saya jaga Melisa kalau Rayyan tak nak jaga" Arisha menutup kasar pintu kereta dan memandu meninggalkan Rayyan yang terpinga-pinga sendirian.

Rayyan menuju ke keretanya dan membuat panggilan terus kepada telefon Melisa. Hanya deringan sahaja dan akhirnya nombor telefon Rayyan telah disekat.

Kusut.

...

Rayyan menunggu di hadapan pintu utama hospital. Waktu temujanji Melisa untuk membuka balutan simennya. Ini juga menunjukkan hampir sebulan Melisa tidak pulang ke rumah. Tiada apa-apa maklumat daripada isterinya.

Pergi ke pejabatnya, selalu sahaja Melisa atau Arisha tiada di sana. Mahu ditanya pada Raees, mesti dia akan mengambil kesempatan dan cuba mendekati Melisa dalam keadaan mereka yang masih tidak berbaik ini.

Rayyan buntu. Tiada tanda-tanda untuk berjumpa dengan Melisa langsung terutama sekali di hospital yang bersesak dengan orang ramai.

"Rayyan, jomlah balik. Bukan Mel nak jumpa kau pun" Dilan berjalan ke arah Rayyan bersama air kopi di tangannya.

"Sedap je mulut kau kan" Rayyan berpeluk tubuh, matanya tidak lepas daripada memerhatikan orang ramai yang masuk ke pintu utama hospital itu.

"Esok, awal pagi kau duduklah depan pejabat Mel, supaya dia dah tak dapat lari daripada kau" Dilan mengajak Rayyan pulang lagi sekali.

"Keras kepala juga isteri aku ni"

"Kau cakap apa ni, Rayyan? Kau bercumbu depan mata dia, memanglah isteri kau lari. Bodoh simpan sikit, bagi keturunan kau.... Kalau ada keturunan lah" Dilan memeluk tubuhnya.

Rayyan menjeling sekilas Dilan di sebelahnya. "Bukan aku, Maya yang menggedik nak aku"

"Sama-sama menggeletis"

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now