BAB 5

1.6K 48 1
                                    

Melisa bangun daripada tidur dan melihat dengan lemah akan segala hantaran yang sudah siap digubah di satu sudut ruang bilik tidurnya.

Sudah tiada air mata lagi yang ingin mengalir ketika ini. Dua minggu Melisa berada di atas katil. Hanya tidur dan bangun sahaja tanpa makan atau minum jika tidak dipaksa Aisy.

Melisa mengharapkan kehilangan Mateen hanyalah sebuah mimpi ngeri yang panjang. Tapi ternyata, ianya realiti yang pahit untuk dia hadapi seorang diri.

Mateen janji untuk pulang kepadanya. Dia kotakan janjinya pada Melisa, tapi pulang dengan keadaan yang tidak bernyawa lagi. Tiada senyuman manis yang diukir untuk Melisa.

Senyuman yang Melisa rindui saban hari. Tiada pengganti untuknya.

"Apa duduk termenung lagi ni? You're feeling good?" Aisy tersenyum memasuki bilik adiknya itu. Sudah dua minggu Melisa duduk dirumah keluarganya setelah berita kematian Mateen sampai kepadanya.

Aisy berkeras menginginkan Melisa untuk tinggal bersama semula bagi mengelakkan Melisa mencederakan diri sendiri. Tombol pintu bilik Melisa juga dicabut oleh Aisy. Jadi, Melisa tidak boleh menguncikan dirinya.

Sebagai abang, Aisy risau akan keselamatan adik perempuannya. Minggu pertama di rumah, memang tindakan Aisy itu membuatkan Melisa mengamuk dan memarahinya. Katanya dia ingin bersendirian tanpa diganggu abangnya.

Tetapi, kata-kata Melisa hanya seperti air yang dicurah ke daun keladi. Aisy tidak mengambil kisah akan pemberontakan dan protes daripada Melisa itu.

"Kakak nak lepak dengan abang tak depan tv? Ada cerita best" Aisy menghampiri katil adiknya bersama senyuman dibibir.

"Cerita apa?"

Lebih lebar senyuman Aisy apabila akhirnya setelah dua minggu Melisa menghabiskan masa di dalam biliknya, sedikit sebanyak mula menunjukkan minat untuk sesuatu perkara.

"Cerita hantu. Kakak sukakan cerita hantu?" Aisy masuk ke dalam bilik pakaian Melisa, sepasang baju panas diambil. Musim hujan sekarang ni, cuaca agak sejuk.

"Kakak nak mandi dulu. Nanti kakak turun" dengan perlahan Melisa menjejakkan kakinya turun ke lantai bilik.

"Abang Aisy tunggu dekat bawah" Aisy mencium dahi adiknya dan melangkah keluar bilik. Tetapi, belum sempat Aisy menutup pintu bilik Melisa, tangisan Melisa kedengaran lagi.

Aisy kembali semula ke katil Melisa dan duduk disebelahnya.

"Rindu Mateen ye?" Aisy menggenggam erat tangan Melisa. Anggukan lemah Melisa menandakan jawapannya.

"Semua orang rindu Mateen. Abang, Qis, mama Mateen pun rindukan dia juga"

"Sorry, I am a burden to you" Melisa berkata perlahan.

"Abang tak salahkan kakak jadi macam ni, lemah macam ni. Sebab betul, akan ada suatu masa tu, kita akan rindukan seseorang yang pernah ada dalam hidup kita. Seseorang yang sentiasa ada untuk kita tak kira apa keadaan kita sekalipun. Tapi, kakak kena ingat...ikhlaskan hati kakak untuk lepaskan Mateen pergi"

"Bukan untuk kakak lupakan Mateen, tapi untuk kehidupan kakak yang mendatang. Ikhlas adalah sebahagian daripada hidup yang bermakna. Kakak lepaskan Mateen pergi ye?" Aisy memeluk bahu Melisa yang sudah menangis kesekian kalinya. Bengkak dimata belum surut, tetapi air matanya tetap mengalir menangisi hidupnya.

"Kakak sayang Mateen...kenapa dia pergi dulu?"

"Allah lagi sayangkan Mateen. Dia nak Mateen lebih dekat dengan dia" Aisy mengusap air mata di pipi Melisa. Dibiarkan Melisa bersedih lagi. Jika itu boleh menenangkan dia buat masa ini.

Rayyan's Cinta (C)Where stories live. Discover now