Diperhatikan Melisa yang mengeluarkan barang-barang hantaran di belakang keretanya. Tangan Mateen sudah dipenuhi barang hantaran juga.
"Banyak pula barang-barang ni. Tadi beli macam tak banyak" Melisa mengomel sendirian.
"Macam tak banyak tapi banyak" Mateen tersenyum.
"Nasib baiklah saya ni rajin nak tolong hantarkan ke depan pintu kondo awak tau"
"Ikhlas ke tak ikhlas tu?" Melisa melangkah ke pintu lif. Mateen segera mengunci keretanya semula dan mengekori langkah laju Melisa.
Memang sengaja cik tunangnya berjalan laju. Tunjuk protes.
"Mestilah ikhlas. Bidadari saya mana boleh penat. Biar saya je yang penat angkat barang-barang ni semua" Mateen mengambil kesemua beg kertas yang terisi barang-barang hantaran di tangan Melisa.
Senang hati Melisa. Lenguh di tangan mulai hilang.
"Itu gunanya tangan berotot awak tu" Melisa tersenyum senang.
"Kita kahwin nanti, bolehlah awak gunakan otot saya ni puas-puas"
Mati senyuman Melisa dibibirnya. Kedua tangannya dimainkan bersama-sama. Malu gila ni.
"Malu-malu pula" Mateen lagi menyakat.
"Diamlah"
"Awak fikir sampai ke mana tu? Eeii otak kuning" tak tertahan ketawanya, memang gelak besar Mateen apabila melihatkan Melisa yang sudah tersipu malu.
Terus sahaja tangan Melisa menumbuk badan kekar milik tunangnya itu. Memang tidak rasa apalah pada Mateen. Tangan kecil tu menumbuk terasa seperti hanya tamparan manja baginya.
"Sorry lah. Saya bergurau je. Syok juga tengok muka bidadari saya merah macam tomato tadi. Comel"
Melisa hanya menjeling encik tunangnya dan membuka kunci pintu kondominium yang didudukinya. Kakinya mengorak langkah ke dalam tempat tinggal bujangnya.
"Saya letak dalam bilik awaklah eh? Bilik yang akan saya gunakan segala otot-otot pada badan nanti"
Usikan Mateen memang ada habuannya lah. Tangan Melisa naik hinggap di belakang badan Mateen. Berbunyi kuat pada badannya.
"Sakitlah...tu tangan ke besi?" Mateen menyeringai kesakitan. Kali ini betul sakit.
"Besi. Cakaplah lagi, boleh kena kali kedua" Melisa memeluk tubuh kecilnya.
"Bergurau pun dah tak boleh ke sekarang ni?"
"Bergurau ada batasnya, sayang" Melisa tersenyum mesra. Saja. Mateen mencebikkan mulutnya.
"I have something to tell you lah" Mateen bersuara di dalam bilik Melisa. Melisa hanya menunggu di ruang tamu bersama pintu rumah yang dibuka luas.
Sajalah tak nak jiran-jiran panggil jabatan agama nanti. Memang mereka berdua ingin berkahwin dalam masa 6 bulan lagi. Tapi, bukan kahwin percuma dengan pihak jabatan. Jadi, kena lebih berwaspada.
"Mama hari tu marah gila dengan saya sebab balik daripada kem terus nak jumpa awak" Mateen berjalan keluar daripada bilik Melisa dan menuju ke dapurnya. Dia mengambil jus buah-buahan yang tersedia di dalam peti sejuk Melisa.
Setiap kali Mateen pulang daripada kem, pasti kondominium Melisa menjadi tempat persinggahan yang pertama. Jadi, Melisa menyediakan jus buah-buahan kegemaran Mateen di dalam peti sejuk itu.
"Sebab awak tak jumpa mama dululah. Sebab tu dia marah. Saya dah pesan banyak kali, dahulukan mama baru saya"
"Bukan sebab tu mama marah. Dia kata, tak manis kalau nak jumpa bidadari saya sepanjang masa. Lagi pula, 6 bulan sahaja sebelum majlis kita" Mateen mengambil tempat duduk di sofa berhadapan Melisa.
YOU ARE READING
Rayyan's Cinta (C)
Romance//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, p...